Sunday, May 23, 2010

Kem Latihan Pembinaan Sahsiah Cahaya Ummi Islamic School

Program : Latihan Pembinaan Sahsiah 2010 (LAPES Siri II)
Tarikh : 14-15 Mei 2010
Tempat : Cahaya Ummi Islamic School, Gombak, KL
Peserta : 78 pelajar tahun 1-6

Team CSQ bersama FC Team UIA ( Akif, Yasir, Fatin & Yanie) dan FC Team KUIS ( Khairul & Safwan) berkampung 2 hari 1 malam bersama adik-adik Cahaya Ummi yang amat aktif dan ceria dalam Program Pembinaan Sahsiah Edisi II kali ini.


Permainan gelung iman..

FC Khairul menenangkan peserta tahap I

FC Yanie bersama adik-adik kesayangan...


Dalam sesi Menara Anak Soleh..

Sampai terbalik adik Irfan kita...
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan guru SRI Cahaya Ummi yang membantu CSQ sepanjang program berlangsung. Juga kepada FC Team yang amat menyumbang ke arah kelancaran perjalanan program untuk mencapai objektif yang disasarkan pihak sekolah.


Sesi Pengurusan Masa & Teknik Belajar SRA Ar Ridhuan


Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu dengan kira-kira 300 orang pelajar tahun 5 dan 6 SRA Ar Ridhwan dalam 2 sesi yang disusun oleh pihak sekolah. Saya diminta berkongsi petua berkenaan Teknik Belajar dan Pengurusan Masa yang saya namakan sebagai Tips Pecutan Akhir & Super Masa. Saya kira para pelajar hari ini memerlukan sesuatu yang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Justeru, saya cuba memudahkan para pelajar agar mereka memahami bahawa masa bukanlah diurus dengan jadual semata-mata tetapi melalui perubahan sikap dan budaya belajar itu sendiri. Maka saya mulakan sesi ini dengan meminta pelajar menulis nota kecil dan dibawa ke mana-mana. Apabila kita mula menulis, kita akan menstrukturkan kembali maklumat yang telah kita baca sebelumnya walau pun kita belum ingat kesemuanya. Maka proses pengulangan harus dilakukan di luar suasana formal belajar seperti ketika guru tiada dalam kelas, menunggu bas, sedang makan di kantin, ketika dalam bas dan bila-bila sahaja masa kosong yang ada.
"Repetition is the mother of all success". Sesuatu kemahiran diperolehi melalui pengulangan dan penambahbaikan yang berterusan. Sesuatu fakta dan formula dalam apa jua subjek dikuasai setelah diulang berkali-kali, difahami dengan membuat latih tubi berterusan. Tiada "roti ajaib"Doraemon yang dapat membantu pelajar dalam soal ini.
Saya memberikan analogi mudah kepada pelajar dengan meminta mereka menunjukkan anggota mereka dengan pantas apabila saya menyebutnya. Dengan pantas mereka memegang hidung apabila saya menyebut hidung. Dengan cepat pula mereka memegang telinga apabila saya menyebut telinga. Sambil ketawa pula mereka memegang ketiak masing masing apabila saya menyebut ketiak. Saya kira tidak ada pelajar yang tersilap memegang telinga sewaktu saya menyebut hidung. Mereka melakukannya dengan yakin. Kenapa? Kerana mereka telah memegang telinga, hidung dan ketiak mereka berulang-ulang kali sehinggakan mereka tidak tersilap. Sedangkan ketika mereka kecil dahulu, mereka mungkin masih keliru yang mana satu hidung yang mana satu telinga. Namun, keyakinan dan kefahaman itu terserlah selepas berulang-ulang kali melakukannya.


Justeru, apa yang kita perlukan untuk memahami sesuatu subjek? Atau mengingat sesuatu fakta? Atau menghafal sesuatu formula? Jawapannya ialah pengulangan. Saya tekankan pengulangan bukanlah dalam suasana formal semata-mata seperti mesti berada di depan meja study sahaja, tetapi ia menjadi budaya yang mengakari hidup kita. "Studying is not reading but reading is studying". Study tak semestinya membaca buku di meja studi semata-mata, tetapi studi boleh dilakukan di mana sahaja, melalui apa jua cara yang sesuai dengan kehendak kita. Kumpulkan 2-4 jam masa belajar sehari secara berperingkat dan jangan membuat marathon study. Apa itu marathon study? Study 2 jam tanpa henti yang akan membuatkan kita memusuhi study itu sendiri. Maka set kan masa belajar. Study 30 minit rehat 5 minit. Study 1 jam rehat 10 minit. Inilah yang dinamakan smart study.


Para pelajar tekun mencatit isi penting...



Tuesday, May 4, 2010

Program Anak Soleh Cemerlang Exam UPSRA 2010 SRA Othmaniah, Bdr Tun Razak

Tempat : Dewan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bdr Tun Razak
Tarikh : 30 April - 1 Mei 2010
Anjuran : SRA Othmaniah di bawah kendalian CSQ Training & Consultancy
Peserta : 119 Pelajar tahun 5 dan 6 SRA Othmaniah



Slot Seluhur Kasih Ibu..
Permainan minda otak kanan otak kiri..

Tangisan anak solehah...

Satu lagi reaksi peserta dalam slot seluhur kasih ibu..

Tetamu kehormat Majlis Perasmian Penutup Program Anak Soleh Cemerlang Exam, YBhg Datuk Hj Salleh b Yusup, Pengerusi SRA Othmaniah merangkap Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( berbaju coklat)

Pengerusi majlis yang petah berbicara

Suasana ketika majlis perasmian penutup...

Datuk Hj Salleh menyampaikan sijil kepada Guru Besar SRA Othmaniah, Ustazah Salmah bt Maidin..

Ust Azizul (CSQ) menerima cenderamata dari Ustazah Salmah

Sesi Pembinaan Kumpulan Anak Soleh..

Slot Bersama Mentor...

Apa cita-cita anda bila besar nanti?

Bersemangat membuat tepuk semangat..

Terima kasih daun keladi kepada SRA Othmaniah khususnya Ustazah Salmah bt Maidin ( Guru Besar) bersama team guru-guru yang lain yang banyak membantu CSQ dalam menjayakan program ini. Juga untuk makanan yang sangat sedap yang dihidangkan kepada kami. Kami amat berbesar hati dengan layanan yang kami terima. Insya Allah, semoga para peserta dapat melaksanakan agenda perubahan sebagai formula untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan seterusnya menjadi anak soleh cemerlang. Amin

Thursday, April 15, 2010

CSQ Training & Consultancy

PENGENALAN

CSQ ialah singkatan daripada Creative Solution Of Qalbu merupakan sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera muslim. Diasaskan dengan keazaman untuk membantu menyerlahkan potensi insan supaya sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa jua perkara.
Maksudnya: “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang prinsip kehidupan sebagai insan. Kebahagiaan sebenar bukan bertuhankan kepada harta benda, material, simbol atau objek semata tetapi dilihat dan dinilai berdasarkan ketenangan dan kelapangan hati serta kebersihan jiwa dari segala perkara tercela. CSQ ditubuhkan bermatlamat membimbing peserta melakukan perubahan secara asasi dan kolektif bermula dari pembentukan hati serta melihat pembersihan jiwa melalui konsep 3R iaitu Retrain Refresh Rebuild iaitu - Pembentukan semula, penyegaran semula dan pembinaan semula.

INILAH VISI CSQ
C : Creative ( Sentiasa relevan)
S : Solution ( Bersedia membimbing)
Q : Qalbu ( Perubahan berteraskan kesedaran hati)

MISI CSQ
Visi kami membantu peserta melakukan perubahan diri ke arah sentiasa yang terbaik. Menjadi generasi berilmu serta berakhlak mulia dan menjunjung tinggi jati diri insan
NILAI CSQ
CSQ mempraktikkan 4 nilai utama di dalam setiap perencanaan modul dan perjalanan program serta hubungan CSQ dengan pelanggan
AMANAH/TRUSTWORTHY
Menjunjung tinggi nilai intergriti dan amanah dalam setiap urusan. Bermula dari sekecil perkara hinggalah ke puncaknya





KOMPETEN/COMPETENT
Melaksanakan sesuatu dengan tepat dan sesuai selaras dengan tuntutan semasa





SEPASUKAN/TEAMWORK
Sentiasa menjadikan musyawarah sebagai agenda penentuan tindakan kea rah penyelesaian kolektif





INOVATIF/INNOVATIVE
Menjadi fleksibel, kreatif dan inovatif dalam rangka fikiran kami dan dalam menyelesaikan tanggungjawab atau tugasan kami.

Monday, April 12, 2010

akulah

selamat

motivasi belajar

Program CSQ

Jurulatih CSQ


Kami di Creative Solution Of Qalbu CSQ Training & Consultancy mempunyai barisan motivator dan jurulatih (trainer) yang berpengalaman luas dalam bidang perundingan dan latihan serta mempunyai pengalaman mengendalikan peserta dari segenap lapisan umur melalui pelbagai pendekatan yang konstruktif, ceria serta informatif.
USTAZ AZIZUL ASRI HJ AHMAD TAJUDDIN
Memulakan langkah sebagai Jurulatih Utama di Brilliance MQ @ BMQ Training & Consultancy pada tahun 2003 setelah menamatkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam bidang Al Quran & Hadith dengan kepujian. Kini mengorak langkah mengasaskan Creative Solution Of Qalbu (CSQ) sebagai platform untuk membantu individu merangsang perubahan secara asasi dan kolektif. Antara pengalaman beliau ialah mengendalikan program-program berikut :
  1. Kursus Bina Sahsiah untuk remaja di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
  2. Program Motivasi Insan Cemerlang untuk Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR)
  3. Mengendalikan kem motivasi bersama Bursa Saham Malaysia
  4. Program Motivasi untuk anak-anak Kakitangan Kastam Wilayah Persekutuan
  5. Motivasi Belajar untuk anak-anak Angkatan Tentera Malaysia
  6. Speaker untuk Program Induksi Kakitangan JAKIM
  7. Setiausaha Lembaga Pelawat, Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh, Selangor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  8. Panel Penceramah untuk Pusat Pemantapan Aqidah Jakim, Jelebu, Negeri Sembilan
  9. Speaker untuk Program Motivasi Insan Cemerlang, Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya
  10. Speaker bagi Program Orientasi, Politeknik Kota Melaka
  11. Pengendali program Anak Muslim untuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  12. Mengendalikan program Anak Muslim, Smart Study dan Anak Soleh untuk sekolah-sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  13. Mengendalikan Program Kecemerlangan Pelajar untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Lembah Klang


USTAZ RAMADHAN AL MUBARAK HAJI AHMAD
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang motivasi berkonsepkan islamic. Berkelulusan Syariah Ekonomi dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta Kaunseling & Psikologi Kolej Darul Hikmah, Selangor. Antara pengalaman beliau ialah :
  1. Speaker dan motivator Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan
  2. Mengendalikan SummerCamp remaja di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  3. Program Insan Cemerlang bersama Kementerian Kesihatan Malaysia
  4. Program Bijak Belajar bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Speaker bagi Program Orientasi, Politeknik Kota Melaka
  6. Pengendali program Anak Muslim untuk Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  7. Mengendalikan program Anak Muslim, Smart Study dan Anak Soleh untuk sekolah-sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  8. Mengendalikan Program Kecemerlangan Pelajar untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Lembah Klang


USTAZ LUQMAN HAKIM MOHD GHAZALI

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia, mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran tips serta teknik menguasai matematik & sains. Termasuk mengendalikan program remaja dengan pendekatan terkini dan mesra remaja. Pernah bertugas sebagai Jurulatih Utama (Trainer ) di BMQ Training & Consultancy, Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM serta berpengalaman 10 tahun dalam bidang motivasi dan bina insan.

USTAZ MOHD SHAIFUL AZAM MOHD RUSDILulusan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Syariah Ekonomi, bertindak selaku Trainer ( Ketua Fasilitator) untuk CSQ Training & Consultancy


USTAZ MOHD SHAFUAN MOHD RUSDI

Lulusan Kolej Universiti Islam Selangor dalam bidang Multimedia & Pengurusan selaku Trainer & Fasilitator CSQ Training & Consultancy

Antara tempat latihan CSQ Training & Consultancy

Meneroka keindahan air terjun Batu Pisang, 45 minit jungle trekking dari Kem Sri Raudhah, Kem Rebutia (D'Perkasa) dan Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor.


Program boleh diadakan sama ada di sekolah atau mana-mana tempat yang sesuai untuk menampung kapasiti peserta. Jika program ingin dianjurkan di luar kawasan sekolah@ campsite, CSQ Training & Consultancy mencadangkan tempat-tempat berikut :
  1. Nur Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor
  2. Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat, Selangor
  3. Kem Nur Bukit Unggul, Bangi, Selangor
  4. El Azhar Camp, Morib, Banting, Selangor
  5. Kem Sri Raudhah, Gombak, Selangor
  6. D'Perkasa Camp Site, Gombak Selangor
  7. Kem Alang Sedayu, Gombak, Selangor
  8. Perlok Recreational Camp Site PRCC, Sungkai, Perak
  9. Kem NADI, Sungkai, Perak
  10. Desa KEDA Kemangi Camp Site, Baling, Kedah
  11. Seri Juluk Resort, Kuala Nerang, Kedah
Pihak CSQ Training akan membantu anda menguruskan atau membuat konsultasi berkenaan penginapan, pengangkutan, insurans serta aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak kem. Antaranya :
  1. Flying Fox
  2. River Crossing
  3. Jungle Trekking
  4. Obstacle
  5. Berkayak
  6. Pond Rafting
  7. Sukan Didik Sukaneka
  8. Rempuh Halangan
  9. Permainan Khas - Paint Ball
  10. High Rope
  11. Absailing
  12. Treasure Hunt dan sebagainya
Berkayak di El Azhar Camp, Morib, Banting, Selangor


















Aktiviti Obstacle di El Azhar Camp, Morib















Aktiviti lasak di Kem Sri Raudhah, Gombak








Suasana di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat, Selangor

Kenali CSQ Training



Creative Solution Of Qalbu (001943433-U)
No 24, Second Floor, Jalan SD Tanjung 13/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...