Friday, September 16, 2011

CSQ Training di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam

Kem Super Muslim 2011
SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor
160 peserta

Dalam sesi kecergasan minda....

Pose menarik dari adik adik SMK Bagan Terap...



LDK membincangkan isu gejala sosial remaja...

Dalam sesi pemantapan solat kendalian Ust Basya....

Zikir munajat menjadi agenda sebelum memulakan setiap slot...

Sesi pecah minda membentuk matlamat,.

Bersama "orang kuat" program Ust Luqman & Ust Shauqi...

Setiap peserta dipecahkan kepada kumpulan kecil untuk melatih diri...

Kumpulan terbaik dengan susunan fail buku yang menarik...

Bersama sebahagian peserta lelaki...

Merakamkan kenangan ketika sesi Menara Kejayaan...

Dari kiri Ust Basya, saya dan Ist Shauqie...

Antara aktiviti membentuk keyakinan dan sikap...

Sekalung penghargaan kepada Puan Lila selaku Kaunselor SMK Bagan Terap, Sabak Bernam di atas kesudian menjemput kami untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar di sana. Kebimbangan kami untuk mengawal karenah 160 peserta hanyalah kebimbangan semata-mata kerana kami menerima respons yang cukup baik dari para peserta. Semoga setiap fakta yang kami kemukakan, setiap modul dan aktiviti yang kami lakukan bersama mereka dapat membantu pelajar memilih dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

" Anda tidak tahu melakukan sesuatu hanya kerana anda tidak cuba untuk memahami kaedahnya"

CSQ Training di SMK Bandar Rinching, Semenyih

 Kem Anakku Sayang SEMERAK 2011
SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor
Bertempat di Kem Bina Taqwa, Banting, Selangor
Bersama 40 peserta

 Membentuk sikap melalui penghayatan solat...

 Seseorang yang sujud dalam solat akan sentiasa merendah diri dalam setiap perbuatannya...

 Hanya sembilan peserta perempuan bakal srikandi Islam yang mengikuti program ini...







Bersama Guru PK SMK Bdr Rinching dalam sesi penutup....

Saya mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Puan Norazita selaku Kaunselor SMK Bandar Rinching atas kepercayaan yang diberikan kepada CSQ Training untuk menguruskan modul dan perjalanan program SEMERAK 2011. Kami berusaha yang terbaik untuk memastikan objektif yang disasarkan oleh pihak sekolah tercapai. 
"We Do The Best, Allah Do The Rest"

CSQ Training di Sk Convent Jalan Peel, Cheras

 Program : Kem Pemantapan Sahsiah & Persiapan UPSR 2011
Tarikh     : 9 Sept 2011
Tempat    : SK Convent Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur
Penyertaan : 60 pelajar UPSR



 Dalam sesi Pemantapan Wudhu & Solat...

 Sesi Ceramah Persiapan Akhir UPSR...

Bersama Datin Hajah Che Hasnah, Guru Besar...

 Antara ragam peserta program....

 Sesi Suapan Ukhuwwah bersama sahabat...

 Brainstorming persiapan spiritual & tips urus tekanan...

 Aksi peserta dalam sesi ice breaking...


Tayangan video pelajar cemerlang ketika masa rehat...

"Kejayaan itu bukanlah sesuatu yang dicapai, ia adalah apa yang sedang kita lakukan"

Friday, September 9, 2011

Kem Cemerlang SPM 2012 di MRSM Kuala Kubu Baru

 Program Kecemerlangan SPM 2012
19-21 Ogos 2011
MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor
Penyertaan 146 peserta tingkatan 4 (SPM 2012)


Alhamdulillah,  CSQ Training berbesar hati dapat berkunjung berkongsi ilmu dengan adik-adik peserta tingkatan 4 MRSM KKB. Kami dijemput oleh Puan Siti Hajar selaku Penolong Pengetua MRSM KKB untuk memberikan pencerahan matlamat dan membentuk sikap dalam mencapai kejayaan. Walau pun sasarannya SPM 2012, namun perencanaan program ini bagi saya amat baik untuk mengolah sikap dan semangat lebih awal untuk adik-adik peserta menghadapi SPM pada 2012 nanti.


 Antara susunan fail terbaik..

 Fail tersusun kerjasama diadun...

 Antara wajah ceria pelajar cemerlang SPM 2012....


 Sesi lantikan kepimpinan SmartLeaders...


 Program diselangi zikir munajat....

 Mengisi masa sebelum Zohor dengan tadarus al Quran

 Tadarus Al quran mengambil keberkatan Ramadhan...

Slot bersama Imam Muda Azhar (Hos Jemputan Umrah Astro Oasis)

Alhamdulillah, keletihan mengharungi lapar dahaga ramadhan tidak menjangkiti semangat peserta yang sentiasa memberikan respons terbaik dalam setiap aktiviti yang kami laksanakan. Ditambah dengan kehadiran Imam Muda Azhar mengisi slot Kecemerlangan Diri Sempena Ramadhan menambah keterujaan peserta untuk menjadi remaja yang terbaik.

Sekalung budi setuls hati kepada semua yang terlibat. Guru-guru MRSM KKB khususnya Puan Siti Hajar, Ust Hafizuddin dan Cikgu Mie yang banyak membantu kami. Juga kepada semua sahabat seperjuangan CSQ Training yang sama-sama tidak tidur lena memikirkan formula terbaik untuk menambahkan lagi resepi kejayaan dalam program ini.

"When You Do The Best, That Is The Perfect, So, Do The Best You Can!"

Sunday, July 24, 2011

Pendaftaran Kem Jom Raikan Ramadhan 1432H




Salam hormat buat semua ibu bapa. Terima kasih atas kunjungan ke laman web Creative SQ Consultancy. Sempena Ramadhan ini, Creative SQ menawarkan suatu program perkampungan motivasi khas sempena Ramadhan dengan modul "Jom Raikan Ramadhan" istimewa untuk anak-anak anda.

Objektif Kem Jom Raikan Ramadhan
  • Mengenali & menghayati ibadah puasa ramadhan dalam membentuk diri sebagai anak soleh
  • Menyerlah potensi kecemerlangan dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari ibrah Ramadhan
  • Mendedahkan strategi pecutan akhir sebagai persiapan menghadapi peperiksaan
  • Membina semangat & penghayatan Islam dalam diri pelajar sebagai benteng gejala negatif
Modul  & Aktiviti Jom Raikan Ramadhan
  • Ramadhan & Excellence
  • Ramadhan & Sejarah
  • Teknik Pecutan Akhir
  • Adab Puasa Rasulullah S.A.W
  • Batalkah Puasa Anda Jika...?
  • Kuiz Ramadhan
  • Ifthar dan moreh
  • Qiamullail
  • Zikir munajat
  • Solat berjamaah

Bagaimana mendaftarkan anak-anak anda?
  • Hubungi CSQ Training di 03 6273 5130 atau sms nama peserta, umur & lokasi program ke 019 303 9845 ( Ust Aziz), 013 222 1012 (Cik Fatin) dan 019 405 0158 (Cik Izzaty)
  • Sila buat pembayaran secara tunai/cek/online melalui akaun Maybank atas nama CSQ Training & Consultancy bernombor 56439 7100 826
  • Maklumkan sebaik pembayaran dilakukan. Faks slip pembayaran ke 03 6273 5131 atau email ke csq_training@yahoo.com atau serahkan pada hari program
  • Urusetia kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut pendaftaran hari program
Tadarus al quran salah satu kaedah untuk membetulkan bacaan al quran anak-anak...
KEPERLUAN PESERTA

Masjid Bandar Baru Sungai Buloh  : 
Baju melayu, t-shirt @ kemeja, seluar slack dan track, bantal, selimut, alatan mandi, baju kurung & telekung solat (Perempuan)

Masjid Saidina Othman & Masjid Sultan Idris Shah II : 
Pakaian solat & telekung.

Rebutlah peluang mendaftarkan anak-anak anda dengan lebih awal. Kami menghargai kunjungan anda.

Kem Jati Diri & Wacana Ilmu di SRA Darul Hikmah

    Tempat            : Dewan Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
    Penyertaan       : 101 pelajar
    Anjuran            : SRA Darul Hikmah, Bandar Tasik Selatan


 Dalam Singgahan Ilmu Subuh - Rasulullah IdolaKu.."Choki choki" ganjaran untuk peserta yang menjawab soalan..

OBJEKTIF PROGRAM
  • Memantapkan persiapan menghadapi peperiksaan UPSRA & UPKK
  • Membina sikap dan peribadi anak soleh pelajar cemerlang
  • Menyuntik semangat dan motivasi diri untuk mencapai kejayaan

 Solat berjamaah agenda kejayaan dalam apa jua matlamat hidup..

 Dalam Sesi Memburu Kejayaan..

 Melihat papan markah yang menentukan kumpulan Juara..

 Bersama salah seorang peserta yang menerima anugerah terbaik - Zulaikha..

 Sesi senaman pagi..

Dari kiri sedang tersenyum. Ust Shauqie, Ust Luqman & Ust Zul...

 Kami berjaya!Kami Berjaya!Kami berjaya!...

 Antara barisan guru cemerlang yang setia menemani kami sepanjang bertamu di Darul Hikmah memberikan pose terbaik...

 Modul bersatu teguh bercerai roboh selesai....

 Antara kreativiti menyusun fail terbaik...

 Pembinaan kumpulan super!

Bersama smart team...

Ucapan terima kasih kepada JAWI, Guru Besar SRA Darul Hikmah YBhg Ust Fauzi, Ustazah Liza dan semua guru SRA Darul Hikmah yang melayan mesra kunjungan CSQ Training. Semoga latihan dan input yang dikongsi bersama pelajar dapat membantu mereka untuk menyerlahkan potensi kecemerlangan diri. Jazakallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...