Wednesday, November 9, 2011

CSQ Training di KEDA Resort bersama Kedah Regional Development Authorithy (KEDA)

Program      : Solat Training Course 2011
Tarikh         : 6-8 Oktober 2011
Peserta       : 60 peserta Projek Pembangunan Kawasan (PSK) Padang Sanai di bawah seliaan Pejabat
                    KEDA Padang Terap, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah


Aksi dua fasilitator sebagai juri dalam aktiviti "Solat Idol"

 Budaya hidup sihat membentuk cara berfikir yang  sihat...

 Peserta dilatih dengan solat di mana sahaja supaya memahami tentang kewajipan solat itu sendiri...

 Aktiviti rempuh halangan sebagai pelengkap Solat Training Course...

 Modul Enjit-Enjit Semut membentuk kerjasama dan toleransi peserta....

 Aktiviti solat di dalam sungai memberikan kenangan baru kepada peserta...

 Modul "Benggali Comot" memahamkan peserta perbezaan antara kotor dan najis

 Sebahagian dari peserta perempuan yang bergambar selepas berjaya merempuh halangan...

 Slot motivasi dan perkongsian ilmu diselang seli dengan aktiviti dan permainan...

 Peserta lelaki yang terdiri dari pelajar tingkatan 3 dan 4..

 Aktiviti Seven Up

 Modul Menara Solat

 Peserta berjaya mendirikan Menara Solat dalam keadaan sukar...

 Saya membuat rumusan (binding) dalam aktiviti outdoor

 Menyelesaikan tugasan dalam Eksplorasi Solat...

 Sama-sama berfikir dan bekerjasama menyelesaikan soalan dala check point solat..

Denda kerana gagal menghafal rukun solat...

Tiga hari dua malam berkampung di KEDA Resort, rumusannya, banyak perkara tentang solat perlu diperbaiki di kalangan peserta. Kami berusaha memberikan panduan asas sekadar termampu. Selebihnya terletak kepada peserta sendiri untuk melakukan penambahbaikan apabila mereka pulang ke rumah.

"Iltizam solat, terpelihara kehidupan"

Tuesday, November 8, 2011

CSQ Training di Rimba Ria Campsite, Hulu Langat bersama SMK TTDI, Kuala Lumpur

Program      : Kem Jati Diri Super Muslim 2011
Tarikh         : 30 Sept- 2 Oktober 2011
Tempat       : Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, Selangor
Peserta       : 40 pelajar SMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

CSQ Training & Consultancy dilantik menjadi konsultan untuk Kem Jati Diri Pelajar Muslim 2011.

Matlamatnya hanya satu, memberikan nilai jati diri sebenar kepada peserta. Kerana jati inilah menentukan siapa dan di mana mereka. Termasuk apakah budaya utama dalam kehidupan mereka.

Saya mengendalikan sesi "Ice breaking"

CSQ Training memikul tanggungjawab ini untuk menyedarkan peserta tentang matlamat dan hala tuju hidup mereka. Membetulkan perkara yang biasa mereka lakukan dan membiasakan mereka dengan perkara yang betul dan perlu dilakukan adalah misi sukar. Namun, reaksi para peserta pada hari pertama tiba di kem menyenangkan kami.

Semuanya bersemangat dan amat responsif. Mungkin, kali ini kerana semua peserta lelaki. Jadi, ketiadaan peserta perempuan sedikit sebanyak mengurangkan rasa malu peserta untuk menjawab soalan, memberikan respons terhadap tugasan yang kami berikan sepanjang program.

 Etika berpakaian yang agak santai sesuai dengan keadaan peserta dan tempat

 Aktiviti riadhah membentuk pemikiran dan budaya hidup cemerlang..

 Kebanyakan sesi brainstorming jati diri dilakukan di kawasan luar untuk memberikan suasana yang lebih diterima dan menarik minat peserta...

 Bergambar kenangan bersama peserta kursus...

 Antara kumpulan yang tiba di check point dalam aktiviti Rentas Ilmu..

 Aktiviti kumpulan sepanjang program...

 Modul Solat Training Course " Solatlah di mana sahaja" berjaya mendisiplinkan solat di kalangan peserta..

Memasak ayam dalam buluh, antara aktiviti wajib pelajar di Rimba Ria Campsite. Rasanya seperti ayam masak merah bercampur dengan kari ayam 

Antara peserta terbaik program... 

Sesi brainstorming bersama Outdoor trainer, En Roshahrin

Friday, September 30, 2011

KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH NOV-DIS 2011 : PENDAFTARAN SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011

Salam Inspirasi untuk semua pengunjung laman CSQ Training,


Rebutlah peluang dengan mendaftarkan anak-anak anda lebih awal...

Bersempena dengan Cuti Sekolah November-Disember 2011 ini, kami berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk menghantarkan anak-anak anda ke SummerCamp Anak Soleh 2011 yang kami anjurkan di lokasi dan tarikh berikut :

1. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri 1
  • Tarikh    : 25-27 November 2011 (Jumaat-Ahad)
  • Tempat  : Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid
  • Hantarkan peserta pada 25 Nov 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Bangsar dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 27 Nov 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.
2. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri II
  • Tarikh    : 2-4 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
  • Tempat  : Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor (Berdekatan Pasaraya Econsave Sg Buloh)
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid 
  • Hantarkan peserta pada 2 Dis. 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid BBSB dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 4 Dis 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.

3. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri III
  • Tarikh    : 6-8 Disember 2011 (Selasa-Khamis)
  • Tempat  : Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bdr Tun Razak, Cheras
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid 
  • Hantarkan peserta pada 6 Dis. 2011 (Selasa) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Saidina Othman dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 8 Dis 2011 (Khamis) jam 11.00 pagi.
    3. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri IV
    • Tarikh    : 9-11 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
    • Tempat  : Masjid Sultan Idris Shah Ke II, Ipoh, Perak (Masjid Negeri, Ipoh)
    • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
    • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
    • Peserta bermalam di masjid
    • Daftarkan peserta pada 9 Dis 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Negeri dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 11 Dis. 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.
    OBJEKTIF PROGRAM

    • 1.       Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
    • 2.       Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah & tauhid
    • 3.       Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
    • 4.       Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

    ATURCARA PROGRAM
    ( Sila klik dua kali pada imej untuk paparan lebih besar)


    CARA MENDAFTAR


































    KEPERLUAN PESERTA PADA HARI PROGRAM

































    JURULATIH & FASILITATOR YANG TERLIBAT

       






























      Daftarlah hari ini untuk suatu perkampungan ilmu dan motivasi bermanfaat untuk anak-anak anda sempena cuti sekolah ini. Kami berbesar hati menunggu kehadiran para peserta untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman membentuk jati diri seorang muslim cemerlang dunia akhirat. Insya Allah.


      "Anak yang soleh lahir dari ibu bapa yang soleh"

        Wednesday, September 28, 2011

        Motivasi Cuti Sekolah : Trend atau Keperluan?

        Kata pujangga :
        "Kita boleh membawa seekor kuda ke tebing sungai tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk meminum air"

        Setiap kali musim cuti sekolah, sudah pasti kem-kem motivasi banyak dianjurkan. Pihak kerajaan melalui agensi berkaitan akan merancang program pembangunan pelajar sama ada dilakukan sendiri atau memilih mana-mana konsultan atau perunding yang sesuai. Atau memilih tokoh dan selebriti motivasi yang sering muncul di kaca televisyen untuk memberikan motivasi kepada masyarakat.
        Kenangan bersama Persatuan Kakitangan Islam Maybank PKIM dalam Kem Explorasi SmartLeaders 2011

        Tidak kurang juga masjid-masjid, jawatankuasa surau atau taman perumahan juga turut terlibat dalam memeriahkan suasana cuti sekolah dengan kem-kem motivasi. Dana dicari dan dipohon, jawatankuasa dibentuk, perunding dilantik dan hebahan mula dilakukan.

        Termasuk juga agensi swasta dan korporat melalui Unit Latihan atau Badan Kebajikan atau juga Jawatankuasa Surau juga menyusun program yang sama untuk anak-anak kakitangan dan ahli persatuan.

        Ibu bapa juga sudah mula mengintai apakah program yang sesuai untuk anak mereka ketika musim cuti sekolah. Ada yang memilih program outdoor base dan tidak kurang juga yang memilih indoor base. Jari mula menekan papan kekunci melayari internet mencari konsultan yang sesuai. Analisis peribadi terhadap pengisian, karisma konsultan di samping bajet yang sesuai dengan  kemampuan diri  dilakukan. Ada yang melihat kepada siapakah yang akan memberikan motivasi dalam program yang bakal disertai dan tidak kurang juga yang tak kisah siapa tokohnya asalkan modul dan pengisiannya difikirkan sesuai maka, itulah pilihan mereka. Ada juga yang memilih pengisian tahfiz sebagai ruang pengisian baru untuk anak-anak.

        Bagi konsultan pula, cuti sekolah adalah masa sesuai untuk menyusun strategi pemasaran. Program motivasi khas dirancang dengan pelbagai modul yang bersesuaian. Biasanya cuti sekolah hujung tahun banyak menanggapi aspek pembentukan diri pelajar serta bagaimana memaksimumkan penggunaan masa. Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan diri dan watak seorang anak soleh pelajar cemerlang digubal dan disusun dalam bentuk modul agar mencapai keberkesanan maksima.

        Apakah suasana ini wujud atas keperluan atau suasana?

        "Dah nak dekat cuti sekolah nie, takkan masjid kita tak buat program motivasi kot?" Tanya seorang setiausaha masjid kepada nazirnya.

        "Abang, dah cari  ke summercamp untuk along cuti sekolah nie ?" Tanya seorang isteri kepada suaminya.

        "Along, sebab along buat masalah, cuti nie ayah hantar along ke kem motivasi". Tegas kata ayah menerpa ke telinga Syafiq.

        "Persatuan kita asyik buat lawatan saja. Cuba tahun nie kita try buat kem motivasi untuk anak-anak kakitangan sekali. Taklah susah-susah nak hantar kat luar". Komen seorang ahli persatuan dlam ruangan chatbox persatuannya

        Apakah wujud trend atas keperluan? Seperti wujudnya iklan motor pancit di bahu jalan, jambatan dan tembok kerana wujudnya penunggang motosikal yang mengalami tayar pancit. Atau wujudnya tudung atas jenama artis tertentu yang laris di pasaran atau pun kerana perlunya seseorang perempuan itu menutup auratnya.

        Oleh kerana setiap ibu bapa sekarang bekerja, maka perlulah mereka menghantar anak-anak kecil ke pusat asuhan kanak-kanak. Maka menjadi trend pula bagi kewujudan pusat asuhan kanak-kanak sama ada berdaftar atau pun tidak.

        Ada trend yang wujud kerana keperluan dan ada trend yang wujud tanpa keperluan. Hanya kerana trend itu sendiri sahaja.

        Kini berlaku lambakan cerita dan filem hantu di pasaran. Trend menerbitkan filem genre seram ini semakin menjadi-jadi selepas kerajaan nampaknya seperti melonggarkan syarat atau membiarkan sahaja. Saya masih ingat dulu filem fantasia arahan Aziz M. Osman diharamkan kerana mengandungi unsur tahyul dan khurafat. Sekarang trend filem hantu kembali. Cukup dengan adanya watak seorang ustaz yang membacakan ayat al quran atau pun di akhir tayangan disiarkan ayat al quran yang menyuruh kita hanya takut kepada Allah s.w.t. Itu sudah dikira memadai untuk meneutralkan kembali plot asal cerita seram yang menunjukkan hantu boleh membunuh manusia dan ramai manusia takut hantu.

        Jadi, filem genre hantu ini trend atau keperluan?

        Kini, boleh dikatakan hampir semua orang ada akaun facebook. Malaysia menduduki carta 20 negara tertinggi menggunakan facebook iaitu pada kedudukan  ke-16 di belakang Australia. Hampir 8 juta penduduk Malaysia menggunakan facebook. Rutin harian kita bertambah dengan adanya facebook. Suri rumah terpaksa ingat apa yang dilakukan hari ini, apa yang dimasak, apa keletah anak-anak dan segalanya. Untuk dikongsi dalam facebook. Jika mendapat like sudah memadai apatah lagi diberikan komen yang memuji, maka semangat untuk berfacebook esoknya lebih tinggi.

        Jadi, facebook ini trend atau keperluan?

        Bagaimana dengan kem motivasi.? .Sudah pasti berlaku hukum penawaran dan permintaan.  Ianya wujud atas keperluan kedua-dua pihak sama ada ibu bapa atau konsultan perunding. Dalam sesetengah keadaan, ibu bapa merasakan perlunya pihak ketiga (third party) selain dari guru sekolah untuk memberitahu kepada anak mereka bahawa menghormati ibu bapa itu wajib dan perlu. Mengurus masa dan menghormati orang lain adalah prinsip hidup fundamental seorang remaja muslim. Tentunya perkara ini dipelajari di sekolah. Namun, kem motivasi mungkin memberikan nilai tambah dan pelengkap (compliment) ke arah tujuan tersebut.

        Program pembangunan diri, kem motivasi atau atas apa jua namanya sudah pasti menekankan aspek pembentukan diri seseorang insan. Dalam program seperti ini, peserta diberikan idea, hujah dan fakta, cerita-cerita motivasi dan pengajaran melalui penceritaan, audio visual serta melakukannya sendiri melalui modul-modul yang disusun .Merekalah yang akan memilih untuk berubah atau melakukan pencerahan diri. Pilihan di tangan peserta. Dayung berada dalam genggaman, hanya menunggu hayunan ke dalam air untuk bergerak. Cara dayungan sudah diajar, kini tinggal satu sahaja iaitu...dayunglah ke destinasi...

        Monday, September 26, 2011

        CSQ Training@Felcra Training Centre bersama Majlis Agama Islam Johor

        Program               : Kem Sahsiah & Teknik Belajar Tunas Asnaf 2011
        Tarikh                  : 23-25 Sept 2011
        Tempat                : Pusat Latihan & Rekreasi Felcra Tebing Tinggi Segamat, Johor
        Penyertaan           : 56 peserta Tunas Asnaf MAIJ

        Kali ini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menjemput CSQ Training untuk mengendalikan 56 peserta Tunas Asnaf MAIJ yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM sesi 2011. Bertempat di Felcra Training Centre, team CSQ berkampung di sana selama 3 hari 2 malam. Berkongsi dengan adik-adik peserta tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan serta pada masa yang sama memperkukuhkan penghayatan diri terhadap pembentukan akhlak remaja muslim.

        Team CSQ bersama Pegawai MAIJ dan peserta perempuan di akhir kursus...

        Matlamat kami, membantu membentuk fokus di kalangan peserta yang semuanya terdiri daripada anak-anak penerima bantuan zakat negeri Johor agar mencapai kejayaan untuk mengeluarkan keluarga mereka dari kepompong penerima zakat bahkan bakal menjadi penyumbang zakat untuk orang lain.

         Ust Sahuqie, Sis Ieka dan Sis Lin melakukan persiapan akhir sebelum pendaftaran kursus...

         Koleksi susunan booklet program terbaik...........


        Hari kedua program sebelum memulakan aktiviti outdoor..

        Peserta lelaki yang memberikan respons terbaik untuk menghayati perubahan....

        Dari kiri ; Ust Faiz (MAIJ), En. Roshahrin (Asistant Trainer FTC - Sahabat sekolah yang kini berjumpa selepas 11 tahun), saya, Ust Luqman, Ust Azhar (MAIJ) dan Ust Shauqie

        Terima kasih kepada keluarga MAIJ dari kiri Cik Diana, Ustazah Faizah, Ust Azhar, Ust Faiz dan Cik Laili..

        Aktiviti flying fox mencerna nilai yakin diri...

        Manusia perlukan gerakan berkumpulan untuk mencapai suatu matlamat....

        Aksi flying fox peserta lelaki....

        Aktiviti river crossing mencabar peserta...

        Aktiviti suapan ukhuwwah malam terakhir program dalam sesi "Di Hari Lahirku"

        Ceria dalam sesi Seven Up!...

        Laman Pleno dan Resolusi Tunas Asnaf...

        Sesi penutup , bertukar cenderahati bersama Puan Faizah (Peg. Pembangunan Asnaf MAIJ) dan Ust Al Azhar (MAIJ Segamat)

        Terima kasih tidak terucap kepada keluarga MAIJ khususnya Ustazah Faizah dan rakan-rakan iaitu Ust Azhar, Ust Faiz, Cik Diana dan Cik Laili yang bersama-sama menemani kami sepanjang sesi kursus. Juga secara tak langsung mengenalkan kami dengan budaya makanan masyarakat Johor ketika sama-sama bersembang di meja makan. Terima kasih juga kerana menjadikan kami tetamu di Felcra Training Centre

        Doa kami mengiringi semua peserta Tunas Asnaf agar dapat mencapai kejayaan dalam semua perkara yng mereka lakukan.

        "Kesempurnaan ialah melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik"
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...