Wednesday, November 9, 2011

CSQ Training di SM Sains Tuanku Munawwir, Seremban

Program        : Kem Pemantapan Organisasi SASER 2012
Tarikh           : 29 Oktober 2011
Peserta         : 60 Pengerusi dan Setiausaha Badan beruniform, Persatuan dan Kelab SASER


Kali ini, saya berkesempatan berkunjung ke SM Sains Tuanku Munawwir, Seremban. Dulunya dikenali sebagai SASER ( Sekolah Sains Seremban).

Berbesar hati dapat berkunjung ke sini. Sekolah terbaik SPM seluruh Malaysia 2010. Sememangnya pencapaian itu sesuai dengan watak pelajar-pelajarnya yang amat berhemah dan berdisiplin.

Dalam Cabaran Tali Organisasi

Kali ini, subjeknya adalah pengukuhan organisasi penggal 2012. Jadi, pesertanya adalah pengerusi dan setiausaha badan beruniform, persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah.  Antara penekanan yang diberikan dalam program ini ialah : 
  1. Membentuk visi persatuan
  2. Merancang misi dan strategi menggunakan Teknik MBO (Management By Objective)
  3. Mengurus Daya Kepimpinan
  4. Mengurus mesyuarat
  5. Mengendalikan tekanan


 Pembentangan dari Debate Club

 Bersama Badan Dakwah SASER..

 Tekun menyiapkan visi dan misi persatuan masing-masing

 Tiada yang terkecuali, semuanya memberikan komitmen terbaik...

 Visi adalah panduan dan hala tuju, misi adalah objektif dan strategi adalah program atau aktiviti...



 Antara pembentangan terbaik...






 Menyelesaikan tekanan melalui cabaran tali...

Tekanan tidak boleh dihapus tetapi boleh diurus...

Semoga SASER agan lebih proaktif pada tahun hadapan melalui pemilihan pengerusi dan setiausaha yang telah diberikan pendedahan lebih awal terhadap konsep, asas dan pengurusan organisasi.

A Good Leader must be a good follower!

CSQ Training di MRSM Batu Pahat, Johor

Program        : Kem Jati Diri Pelajar Muslim 2011
Tarikh           :14-16 Oktobero 2011
Peserta         : 200 pelajar MRSM Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Alhamdulillah, kami berbesar hati dapat berkunjung ke MRSM Batu Pahat, Johor. Daerah Batu Pahat terkenal dengan kerepek-kerepek yang sedap dan menarik menggamit Team CSQ untuk singgah buat kenangan dan buah tangan untuk insan yang kami tinggalkan di rumah.

Misi kami seperti biasa, membentuk jati diri dan nilai hidup serta budaya cemerlang di kalangan peserta.

Antara aktiviti kali ini ialah Brainstorming Cinta Remaja, Radio Karat, Rasulullah IdolaKu, Dunia di Tangan Kita, Menara Kejayaan, Membentuk Matlamat Memperkukuhkan Tekad, Modul Ular Titi dan termasuk aktiviti qiamullail, solat dhuha dan tazkirah.
Gelagat satu kumpulan dalam mempersembahkan trademark kumpulan...

Antara pose kumpulan yang sempat team CSQ rakamkan...






 Permainan Ular titi membentuk kerjasama dan kreativiti kumpulan...


 Modul Radio karat menyantuni aspek amanah dan fokus



 Aktiviti perdana, Solat Asar berjamaah di padang bola, sesuatu yang pertama kali dilakukan sejak MRSM Batu Pahat dibuka...

 Penerangan tentang Solat dan kewajipannya


 Empat Jurulatih CSQ Training yang berkampung selama 3 hari 2 malam bersama peserta..


 Dari kiri FC Sahi, saya, En Roshah, Ust Luqman dan FC Airin..

 Tazkirah "Ada Apa Dengan Cinta" membincangkan persoalan cinta monyet


Antara susunan kreatif kumpulan....

Kami mendoakan kejayaan akademik dan kecemerlangan budi untuk semua peserta yang terlibat.  Semoga titik titik perubahan yang disemai akan berkembang menjadi suatu budaya subur dalam MRSM Batu Pahat. Insya Allah

"Kemahiran diperolehi apabila anda selalu melakukannya"

CSQ Training di KEDA Resort bersama Kedah Regional Development Authorithy (KEDA)

Program      : Solat Training Course 2011
Tarikh         : 6-8 Oktober 2011
Peserta       : 60 peserta Projek Pembangunan Kawasan (PSK) Padang Sanai di bawah seliaan Pejabat
                    KEDA Padang Terap, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah


Aksi dua fasilitator sebagai juri dalam aktiviti "Solat Idol"

 Budaya hidup sihat membentuk cara berfikir yang  sihat...

 Peserta dilatih dengan solat di mana sahaja supaya memahami tentang kewajipan solat itu sendiri...

 Aktiviti rempuh halangan sebagai pelengkap Solat Training Course...

 Modul Enjit-Enjit Semut membentuk kerjasama dan toleransi peserta....

 Aktiviti solat di dalam sungai memberikan kenangan baru kepada peserta...

 Modul "Benggali Comot" memahamkan peserta perbezaan antara kotor dan najis

 Sebahagian dari peserta perempuan yang bergambar selepas berjaya merempuh halangan...

 Slot motivasi dan perkongsian ilmu diselang seli dengan aktiviti dan permainan...

 Peserta lelaki yang terdiri dari pelajar tingkatan 3 dan 4..

 Aktiviti Seven Up

 Modul Menara Solat

 Peserta berjaya mendirikan Menara Solat dalam keadaan sukar...

 Saya membuat rumusan (binding) dalam aktiviti outdoor

 Menyelesaikan tugasan dalam Eksplorasi Solat...

 Sama-sama berfikir dan bekerjasama menyelesaikan soalan dala check point solat..

Denda kerana gagal menghafal rukun solat...

Tiga hari dua malam berkampung di KEDA Resort, rumusannya, banyak perkara tentang solat perlu diperbaiki di kalangan peserta. Kami berusaha memberikan panduan asas sekadar termampu. Selebihnya terletak kepada peserta sendiri untuk melakukan penambahbaikan apabila mereka pulang ke rumah.

"Iltizam solat, terpelihara kehidupan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...