Wednesday, April 25, 2012

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei Jun 2012



Assalamualaikum ibu bapa dan para pengunjung blog csq training & consultancy.

Kami mengalu-alukan kehadiran anak-anak anda sebagai peserta dalam perkampungan anak soleh  sempena cuti sekolah mei-jun 2012 yang bakal berlangsung.

Dua siri penganjuran SummerCamp Anak Soleh Super Muslim pada kali ini seperti berikut :




FOKUS SUMMERCAMP ANAK SOLEH SUPER MUSLIM

  • Menghayati dan memberi makna nilai anak soleh dalam diri peserta khususnya dari aspek pembinaan watak dan karakter serta memahami ibu bapa sebagai rakan
  • Memfokuskan asas teknik belajar dalam persiapan menghadapi peperiksaan sebagai pelengkap kecemerlangan anak soleh
  • Memperkukuhkan asas pemahaman fardhu ain dan konsep tauhid dalam membentuk peribadi super muslim
  • Membina semangat dan motivasi diri untuk sentiasa dahagakan ilmu dan kejayaan
ATURCARA SUMMERCAMP SUPER MUSLIM 2012
( Sila klik dua kali pada imej untuk paparan lebih jelas)



CARA MENDAFTAR

  • Hubungi CSQ Training And Consultancy di talian 03 6205 2553 atau SMS Nama Peserta, Umur & Lokasi Masjid Pilihan kepada nombor berikut : 
  •  019 303 9845 ( Ust Aziz) 
  • 013 633 3035 ( Ust Luqman)
  • 017 388 1093 ( Cik Amirah)
  • 019 4050158 ( Cik Izzati)
  • Anda akan menerima SMS Reply yang mengandungi butir pembayaran, tarikh, tempat dan keperluan peserta.


MEMBUAT BAYARAN
Bayaran RM150 seorang peserta hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Maybank atas nama CSQ Training And Consultancy bernombor 56439 7100 826


Maklumkan semula selepas anda membuat pembayaran. Slip boleh difaks ke 03 6205 2554 atau email ke csq_training@yahoo.com atau serahkan pada hari program.




Anda juga boleh mengisi borang di bawah dan faks ke 03 6205 2554











































KEPERLUAN PROGRAM





PENCERAMAH & JURULATIH TERLIBAT



Friday, April 6, 2012

CSQ Training And Consultancy di MRSM PDRM, Kulim Kedah Darulaman




Program      : Kem Jati Diri Pelajar Super 2012
Tarikh         : 28-30 Mac 2012
Peserta       : 130 pelajar MRSM PDRM, Kulim, Kedah

Gambar selanjutnya boleh didapati di www.facebook.com/csqtraining





















Friday, March 16, 2012

Terbatasnya Masa

Dhaka, Bangladesh - 2009


" Ustaz, bila boleh dapatkan jadual baru kem anak soleh cuti sekolah Mac ini?"


" Ustaz, cuti sekolah nie ada summercamp tak? Nak daftar anak dan kawan dia".


" Ustaz, bila nak update  tentang jadual kursus?

Pertanyaan ini hadir dalam kotak email dan khidmat pesanan ringkas (sms) saya. Diselang selikan dengan panggilan telefon.

Saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati menerima pertanyaan dan maklum balas dari para ibu bapa. Cuti sekolah Mac ini berlalu tanpa sebarang kursus motivasi atau kem anak soleh dari CSQ. Ramai ibu bapa bertanya. Dari Sungai Buloh, Shah Alam, Rawang, Subang Jaya dan pelbagai tempat lagi. Bahkan Johor dan Terengganu pun ada.

Saya memohon maaf atas kekurangan masa dalam merancang jadual kursus cuti sekolah sesi Mac 2012. Tidaklah sesibuk mana. Tetapi masa terhad dengan pertembungan jadual kursus haji di masjid menyebabkan dewan tidak dapat digunakan untuk kursus. Jadual kursus haji dilaksanakan di kebanyakan masjid tamat pada awal Jun 2012. Agak berat hati untuk memaklumkan kepada ibu bapa yang telah booking tempat sejak bulan Disember 2011 lagi sebaik tamat Kem Anak Soleh 2011  lepas.

Insya Allah, jadual Program Motivasi Anak Soleh pada cuti sekolah Mei 2012 akan di update lebih awal. 

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang prihatin.

Insya Allah kita bertemu dalam siri Summercamp Anak Soleh cuti sekolah Mei-Jun 2012.



Sunday, March 11, 2012

CSQ Training & Consultancy di Rimba Ria Campsite bersama Cahaya Ummi Islamic School dalam SmartLeaders Camp 2012


Program     : SmartLeaders Camp 2012
Tarikh        : 2-3 Mac 2012
Tempat      : Rimba Ria Campsite, Hulu Langat, Selangor
Peserta      : 40 pengawas Cahaya Ummi Islamic School


Setelah hampir beberapa bulan tidak bersama pelajar sekolah rendah dalam kem motivasi, CSQ berpeluang bersama para pengawas dan bakal pengawas dari SRICU ( Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi), GOmbak, Kuala Lumpur.

CSQ memanfaatkan penggunaan kem semulajadi sepenuhnya dengan hampir 70 peratus pengisian dilakukan secara outdoor. Solat dhuha di atas pasir, Kembara malam, rentas halangan, Slot Bina Minda dan team building game, semuanya dilakukan  di luar dari dewan kem.

Semuanya hanya satu, memberikan sudut pandang berbeza tentang isu kepimpinan yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah rendah. Yang tak perlu kepada penjelasan saintifik tetapi harus logik dan diterima sesuai dengan persekitaran sekolah dan kehidupan harian mereka.

















Terima kasih kepada guru-guru SRICU yang banyak membantu kami sepanjang kursus berlangsung. Turut sama terlibat dalam aktiviti kembara malam walau pun sepatutnya hanya datang memantau.

Mudah-mudahan terkesan semua modul dan slot yang pihak CSQ rencanakan untuk para pengawas SRICU. 

Tahun depan jemput lagi....CSQ

CSQ Training And Consultancy di MRSM Muadzam Shah, Pahang


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...