Saturday, February 7, 2015

Catatan Kembara 2009 - Travelog Umrah Seorang Aku

Travelog Umrah Seorang Aku ( Catatan ditulis pada 2009)


Pertama kali naik pesawat...
Pertama kali tinggal bumi Malaysia...
Pertama kali pergi buat umrah...

Ini antara keterujaan aku bila membahaskan isu "pertama kali".

Aku mula menghantar abah pergi haji buat kali pertama pada tahun 1994 di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Waktu itu aku darjah 4, masih belum mengerti apa-apa. Ketika orang lain sibuk berpeluk dan bersalam mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w, aku sibuk membeli air karbonat F&N di mesin air dengan harga $1 pada waktu itu bersama sepupu.Itulah perkara yang paling seronok kerana abah bagi duit sebab nak tinggal pergi Makkah, aku dapat beli gula-gula, keropok dan air tin. Bila abah pulang, ada ole-ole dari Makkah yang aku tak pernah lupa iaitu yoyo dan gasing berlampu. Begitu juga dengan kacang pistachio ( kacang cerdik), kismis dan buah tin yang menjadi "buah tangan" wajib. Termasuklah segala jenis kurma seperti ajwa, syafawi, amber, mabrum dan macam-macam lagi spesies kurma yang kadang-kadang anda tidak pernah lihat di bumi Malaysia. Biasanya, 1 beg yang dibawa semasa pergi akan "beranak" menjadi 3 atau 4 semasa balik ke Malaysia.


Tahun-tahun berikutnya, aku masih menghantar abah di lapangan terbang sama ada pergi tunaikan umrah atau pun haji kerana abah memang selalu membawa rombongan umrah dan haji. Apabila aku mula bekerja pada tahun 2004 ( selepas tamat belajar Universiti Malaya) bersama BMQ Training, aku menanam azam di hati aku untuk menunaikan umrah. Setiap kali hantar abah ke Makkah di KLIA, aku saling bertanya dengan abang ipar," Asyik kita jer hantar orang ke Makkah, bila lagi orang nak hantar kita?.Kami hanya saling tersenyum dengan soalan itu.

Hinggalah pada suatu hari tahun 2008, abah memberitahu kami sekeluarga yang abah akan bawa rombongan ke umrah awal 2009. Abah mengajak aku bersama isteri pergi bersama dan suruh kami mula menyimpan wang dengan kos lebih kurang RM10K untuk dua orang untuk pakej umrah dan ziarah 16 hari ( 4 hari di Madinah dan 12 hari di Makkah). Aku mula merancang dan menyimpan wang agar impian aku untuk melihat Kaabah di hadapan mata menjadi kenyataan.

Akhirnya tanggal 5 Mac 2009 dengan izin Allah s.w.t., aku berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, abah, ibu, adik lelaki bersama hampir 50 orang ahli rombongan melalui travel Jagong Mas. Kami menaiki Biman Air ( Bangladesh International). Inilah kali pertama aku menaiki pesawat bagi penerbangan antarabangsa. Begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini. 

Kuala Lumpur-Dhaka
Kami berlepas dari KLIA jam 6.30 pagi dan sampai di Zia International Airport jam 8.30 pagi waktu Bangladesh (waktu di Bangladesh awal 2 jam dari Malaysia). Ini bermaksud penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami akan berlepas ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Jadi kami mempunyai 12 jam untuk bersiar-siar di Bandar Dhaka. Pihak Biman Air menyediakan hotel, makanan dan pengangkutan untuk keselesaan kami. Pertama kali keluar dari Zia International Airport, aku pertama kali melihat kota Dhaka yang begitu sesak.Untuk maklumat, Dhaka ialah ibu kota Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut (seperti tali, guni dll). Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Difahamkan jumlah penduduk Dhaka pada masa ini ialah hampir 10 juta. Ianya sebuah bandar yang sesak dengan manusia dan kenderaan di mana hon sentiasa kedengaran. Sepanjang jalan terdapat kelibat penunggang "rikshaw" ( beca roda tiga) dan "skuter tu tut" berkain pelikat membawa penumpang. Kami menginap di sebuah hotel yang selesa di di pinggir Dhaka. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan menyelerakan. Kari ayam dan ikan tanpa santan dihidangkan panas bersama nasi putih amat membangkitkan selera kami di perantauan. Masakannya agak sedikit berbeza dengan masakan Malaysia di mana lebih pedas dan berempah. Pada jam 3 petang waktu tempatan, kami dibawa melawat sekitar Bandar Dhaka. Antaranya kediaman Perdana Menteri Khaleda Zia, Dhaka Universiti, Pasar Dhaka yang dipenuhi sayuran dan buahan serta ikan yang besar-besar, Parlimen Dhaka dan bazar jualan yang menawarkan pelbagai barang kraftangan yang murah dan menarik. Terpegun melihat kelibat manusia yang pelbagai ragam di Bandar Dhaka.



Kenangan bersama Pemandu pelancong ( Baju putih sebelah kiri) dan pemilik "rikshaw" ( Baju putih kanan)

Jam 10 malam kami bergerak menaiki bas ke Zia International Airport untuk berlepas ke Jeddah. Aku semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya Madinah. Perjalanan dari Bangladesh melalui pesawat Biman Air ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke bumi Madinah lebih kurang jam 9.30am waktu Madinah. Sewaktu kapal terbang mendarat di Jeddah International Airport, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya aku hampir menuju ke Baitullah. Selepas selesai urusan pasport dan luggage, kami menaiki bas terus menuju ke Madinah dengan jarak 400 km mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pertama kali berhenti di R&R, aku amat teruja. Merakam semua gambar pemandangan dan gelagat manusia yang dijumpai. Kami menikmati makan tengahari di situ.

















Di Gua Thur ( Tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika hijrah)











Bersama seorang profesor universiti Algeria di dalam Masjid Nabawi..




















Bersama Baitullah yang menjadi tempat berkumpulnya umat Islam sedunia... ( Ketika ini muka masih "maintain" serius :)















Menunggang unta di Jabal Rahmah...





















Berniat umrah di Tan'iim..


Ketika lawatan ke kilang percetakan al quran al malik fahd di Madinah...


Maqam syuhada' di medan Uhud..



Jabal Uhud..


Masjid Quba' ( Masjid pertama dibina dalam sejarah Islam)


Bersama ibu di Masjid Qiblatain, Madinah

Kenangan di Masjid Nabawi as Syarif, Madinah...


Di sebuah bazar di Makkah...


Pemandangan Masjid Nabawi dari hotel El Yasmin Manzili, Madinah

Thursday, October 23, 2014

Program Cuti Sekolah November-Disember 2014 - SummerCamp SuperMuslim 5.0

Program Cuti Sekolah November-Disember 2014 - SummerCamp SuperMuslim 5.0

KINI DIBUKA!





 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah November-Disember 2014, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim 5.0. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri 4.0 yang dilaksanakan pada Jun 2014 yang lepas.

Kali ini, CSQ Training Centre telah memperbaharui modul selaras dengan Siri 5.0 serta mengemaskini koleksi doa dan aktiviti serta modul sepanjang kursus. Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

Di akhir Program SummerCamp SuperMuslim Edisi 5.0 ini, peserta akan mendapat manfaat berikut : 
  1. Membina dan memperkukuh amalan dan penghayatan solat sebagai agenda utama ( Modul Pemerkasaan Wudhu dan Pemahaman Solat + Amali Solat Jenazah + Hafalan Doa)
  2. Meluaskan kefahaman terhadap pembacaan al Quran dan penghayatannya ( Modul Smart Tajwid + Tahsin Al Quran+ Tajwidul Fatihah)
  3. Membina ilmu dan kefahaman asas fardhu Ain sebagai pelengkap Muslim Super ( Modul Pengurusan Jenazah Juara Ilmu + Sembelihan)
  4. Membina karakter Muslim Super ( Modul Kuasai Doa Harian+Amalan Penentu Kejayaan+Anak Soleh Penyejuk Mata Penawar Hati + Solat Berjamaah+Qiamullail)
  5. Mencungkil potensi diri ke arah kebaikan dan penghayatan Islam dalam hidup ( Modul Benteng Gejala Sosial+Gajet Alat Iman+Ada Apa Dengan Cinta+Rasulullah Idolaku)

Peserta akan bermalam di masjid selama 3 hari 2 malam. Menerima bimbingan dan melakukan aktiviti santai dan menarik di bawah seliaan fasilitator dan jurulatih berwibawa. Mempelajari dan menghayati solat 5 waktu serta merasai pengalaman bangun seawal jam 4.30 pagi pada hari ketiga untuk melaksanakan Qiamullail Asas ( Solat Tahajud+Taubat+Hajat+Witir)

LOKASI PROGRAM : 

KEDAH ( Sungai Petani)
Masjid Al Muttaqin, Taman Ria, 
Sg Petani, Kedah
25-27 November 2014 ( Selasa-Khamis)

NEGERI SEMBILAN
Masjid At Taqwa, Kariah Kg Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
1-3 Disember 2014 ( Isnin-Rabu)

KUALA LUMPUR
Masjid Saidina Othman Ibn Affan
Bdr Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
6-8 Dis 2014 ( Sabtu-Isnin)

PERAK
Masjid Sultan Yusuf Rapat Setia
Masjid Negeri, Perak
9-11 Disember 2014 (Selasa-Khamis)

KUALA LUMPUR
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur ( Masjid Bangsar)
12-14 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)

SELANGOR
Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang, Selangor ( Masjid KLIA)
15-17 Disember 2014 ( Isnin-Rabu)

KELANTAN
Masjid  Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan
19-21 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)

KUALA LUMPUR
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur
22-24 Disember 2014 (Isnin-Rabu)

PULAU PINANG
Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang
23-25 Disember 2014 ( Selasa-Khamis)

PROGRAM KEMUNCAK
Workshop Super Muslim 5.0 2014
26-28 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)
Kingfisher Campsite, Bt 14 Hulu Langat, Selangor


KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-20 tahun ( Lelaki dan perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR, SAIZ T-SHIRT dan LOKASI ke nombor seperti di bawah : 
Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 

YURAN PENYERTAAN DAN CARA PEMBAYARAN
Depositkan RM100 seorang ATAU bayaran penuh untuk pengesahan pendaftaran ke akaun MAYBANK atas namaSUPERMUSLIM ACADEMY bernombor 56439 7110 629. Slip pembayaran hendaklah di FAKS ke (03 6205 2554) ATAU EMAIL (daftarsekarang2014@yahoo.com.myATAU WHATSAPP ke nombor telefon yang tertera. Slip pembayaran perlulah disertakan bersama nama peserta, umur, saiz t shirt dan lokasi masjid.

Pihak CSQ Training Centre memberikan diskaun untuk pendaftaran 3 orang dan ke atas. Hanya perlu bayar RM180 sahaja.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 
  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Jaket ( Sweater)
  4. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  5. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  6. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 



PERUNDING MOTIVASI  DAN JURULATIH UTAMA KURSUS

CSQ Training And Consultancy dibarisi Perunding dan  Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim 5.0 berlangsung.



Dari Kiri Sdr Shauqie Azmi, Ust Luqman Hakim, Ust Azizul Asri & Sdr Hasanuddin Haron


SummerCamp SuperMuslim 5.0 bukan sahaja menyantuni aktiviti di dalam masjid tetapi juga dikembangkan dengan aktiviti sukan dan outdoor yang bersesuaian

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA DAN TERLATIH


CSQ Training And Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihan fasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Aktiviti Solat di lapangan antara Modul Utama SummerCamp SuperMuslim 5.0

Mencungkil potensi diri melalui aktiviti berkumpulan atau LDK

Justeru, CSQ Training And Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri 5 2014

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training And Consultancy
Let Us Show You The Way

CSQ Training@MRSM Muadzam Shah, Kuantan, Pahang

Program Jati Diri Pelajar ( Modul Kaizen For Student)
18-19 Okt 2014
MRSM Muadzam Shah, Pahang
130 pelajar MRSM Muadzam Shah

Modul "Tanya Sama Pokok"


Aksi peserta dalam " Tanya Sama Pokok"


Peserta sentiasa ceria dan bersemangat mengikuti kursus

Peserta bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kumpulan


Ceria & bersemangat

CSQ Training Centre mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Zain atas jemputan ke sana. Untuk rekod, ini ialah kali ke 6 pihak CSQ Training Centre dijemput mengendalikan program pembangunan pelajar meliputi modul jati diri, kepimpinan, kerja berpasukan dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Semoga dapat bertamu lagi di MRSM Muadzam Shah.

Terima kasih
CSQ Training Centre
Let Us Show You The Way


CSQ Training@TOT Fasilitator ( BFF)

Basic Flamboyant Facilitator 2014
22 Okt 2014
Dewan Seminar, Masjid Al Mukarramah, Bdr Sri Damansara, KL
35 peserta

Bergambar kenangan bersama barisan BFF

Julung-julung kalinya CSQ Training Centre menjalankan Program Basic Flamboyant FC ( BFF) untuk mencari pelapis fasilitator.

Program kali ini menarik penyertaan seramai 35 orang peserta yang datang dari pelbagai peringkat umur dan pengajian. Sehari bersama peserta dari jam 8 pagi-5 petang, kami berkongsi dengan perserta perkara berikut : 
  1. Ice Breaking & Group Binding
  2. Apa itu Fasilitator & Bagaimana Menjadi FC Awesome!
  3. Teknik Bijak Bicara
  4. Teknik Menyatakan Pandangan
  5. FC Adalah Murabbi
  6. FC Adalah Agent Of Change ( Merubah Nilai)

Program ditamatkan dengan penyampaian sijil tamat latihan kepada peserta kursus


Modul " Bila gambar Berbicara"

Kaletah peserta dalam Modul " Never Say Never"

Bersama BFF YB dalam sesi penyampaian sijil


Sijil diberikan sebagai tanda penghargaan dan tamat latihan

Sesi bergambar kenangan bersama barisan BFF

What I hear, I forget | What I see, I remember | What I do, I understand.”
Old Chinese proverb

CSQ Training Centre

CSQ Training@JKM Putrajaya

CSQ Training@JKM Putrajaya

Kursus Pemantapan Profesionalisme Pegawai Kader JKM Siri 1/2014
19-21 Okt 2014
Impian Rimba Resort, Hulu Langat, Selangor
35 peserta JKM Seluruh Malaysia ( Pegawai Kader)


Bergambar kenangan selepas tamat aktiviti outdoor ( Menara JKM)



 Aktiviti F1 Pitstop kali ini dijalankan di dalam sungai


                                                   Aksi peserta dalam Cabaran F1 Pitstop


 Modul Menara JKM juga dilaksanakan di dalam air bagi memberikan cabaran baru kepada peserta

 Fokus kursus pada kali ini ialah membentuk daya kerja berpasukan sesama kakitangan JKM yang datang dari seluruh Malaysia. Justeru, kami merangka pelbagai aktiviti yang bersifat gerakerja individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar bagi memenuhi hasrat tersebut. Alhamdulillah, peserta juga menunjukkan respons yang baik sepanjang sesi kursus berlangsung.

Peserta yang ceria & sporting sepanjang sesi kursus 3 hari 2 malam

Terima kasih diucapkan kepada Unit Latihan & Kompetensi JKM Putrajaya khususnya Puan Haslina atas kepercayaan yang diberikan kepada CSQ Training Centre untuk mengendalikan kursus ini. Untuk rekod, ini adalah program yang kelima CSQ Training Centre bersama dengan JKM selepas Kursus Pengurusan Wasiat, Hibah, Pemantapan Solat & Unit CSO

Semoga CSQ Training Centre & JKM akan bekerjasama lagi pada masa akan datang.

All the best!

CSQ Training@JKM Kuala Lumpur

Program Kerjaya Pelatih JKM WP 2014
18 Okt 2014
MAKPEM, Sentul, Kuala Lumpur
12 pelatih CS) JKM KL


Bersama En Hafiz, Peg. Unit CSO JKM KL dalam sesi penutup


Fokus program pada kali ini ialah membimbing pelatih untuk memahami sektor kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran mereka. 

Juga diajarkan dalam kursus ini ialah cara untuk memulakan perniagaan secara online menggunakan medium FB ( Fanpage). Justeri, para pelatih dibimbing untuk menghasilkan fanpage mereka sendiri serta mempelajari teknik pemasaran online khususnya dari aspek merangka ayat pemasaran, mengurus pembelian, mengurus akaun jualan dan memaksimakan jumlah pengguna ke fanpage mereka.

Dalam Sesi Ice breaking

Mencungkil potensi diri peserta melalui teknik mengenal stress


Antara gelagat peserta kursus yang ceria

Kakitangan JKM KL turut terlibat

Perniagaan secara online khususnya melalui facebook sudah pasti tidak memerlukan modal tapak untuk memulakan perniagaan. Sekadar mempunyai fanpage dan produk, kemudia merangka ayat pemasaran dan sistem pembelian yang sempurna dengan polisi penghantaran yang cekap, sudah pasti hasil jualan dapat dimaksimumkan.

Semoga kursus ini bermanfaat untuk semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada warga CSO JKM KL atas kesudian untuk menjemput CSQ Training Centre.

New Action = New result!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...