Tuesday, November 3, 2015

Daftar Kem Motivasi Cuti Sekolah (SummerCamp SuperMuslim 6.0)

Daftar Kem Motivasi Cuti Sekolah November-Disember 2015 ( SummerCamp SuperMuslim)

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah  November-Disember 2015 SummerCamp Super Muslim Siri 6.0 kini dibuka!



Alhamdulillah, Kem Motivasi Cuti Sekolah ( SummerCamp SuperMuslim) Edisi 6.0 kembali untuk bersama anak-anak kita(Sila Klik di sini untuk daftar online). Menjengah tahun ke-6 pelaksanaannya, SummerCamp SuperMuslim telah melatih hampir 12,000 anak-anak bermula dari usia 8-17 tahun dalam memperkasa diri, mengukuhkan personaliti & peribadi muslim, memperkaya asas fardhu ain dan memupuk penghayatan Islam sebagai"a way of life".


Justeru, kami berbesar hati menjemput para ibu bapa, untuk memastikan anak-anak anda tidak terlepas peluang & pengalaman ini untuk berada di dalam Perkampungan Ilmu & Motivasi selama 3 hari 2 malam di lokasi masjid terpilih untuk bersama-sama membina pengalaman diri, membentuk dan memperbaiki personaliti dan menyerlahkan lagi daya kecemerlangan untuk kejayaan dunia & akhirat.

Kem Motivasi Cuti Sekolah (SummerCamp SuperMuslim 6.0) akan berlangsung sebaik sahaja bermula pada cuti sekolah penggal akhir November 2015 sehinggalah penghujung Disember 2015 di lokasi-lokasi masjid terpilih di seluruh Malaysia bagi memudahkan para ibu bapa mendaftarkan anak-anak masing-masing. Kami berbesar hati menjemput anak-anak anda untuk menikmati pengalaman berharga ini.

Sila rujuk poster di bawah untuk tarikh & lokasi Kem Motivasi Cuti Sekolah ( SummerCamp SuperMuslim 6.0)


Kali ini, kami CSQ Training Centre telah memperbaharui modul selaras dengan Siri 6.0 serta mengemaskini koleksi doa dan aktiviti serta modul sepanjang kursus. Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

Di akhir Program SummerCamp SuperMuslim Edisi 6.0 ini, peserta akan mendapat manfaat berikut : 
  1. Membina dan memperkukuh amalan dan penghayatan solat sebagai agenda utama ( Modul Pemerkasaan Wudhu dan Pemahaman Solat + Amali Solat Jenazah + Hafalan Doa)
  2. Meluaskan kefahaman terhadap pembacaan al Quran dan penghayatannya ( Modul Smart Tajwid + Tahsin Al Quran+ Tajwidul Fatihah)
  3. Membina ilmu dan kefahaman asas fardhu Ain sebagai pelengkap Muslim Super ( Modul Pengurusan Jenazah + Juara Ilmu + Sembelihan)
  4. Membina karakter Muslim Super ( Modul Kuasai Doa Harian+Amalan Penentu Kejayaan+Anak Soleh Penyejuk Mata Penawar Hati + Solat Berjamaah+Qiamullail)
  5. Mencungkil potensi diri ke arah kebaikan dan penghayatan Islam dalam hidup ( Modul Benteng Gejala Sosial+Gajet Alat Iman+Ada Apa Dengan Cinta+Rasulullah Idolaku)
BERIKAN ANAK ANDA PENGALAMAN BERPROGRAM & BERMALAM DI MASJID SAMBIL MELALUI METOD PENGISIAN YANG SANTAI, MENARIK, INFORMATIF DAN BERKESAN! 
Peserta akan bermalam di masjid selama 3 hari 2 malam. Menerima bimbingan dan melakukan aktiviti santai dan menarik di bawah seliaan fasilitator dan jurulatih berwibawa. Mempelajari dan menghayati solat 5 waktu serta merasai pengalaman bangun seawal jam 4.30 pagi pada hari ketiga untuk melaksanakan Qiamullail Asas ( Solat Tahajud+Taubat+Hajat+Witir)

KAEDAH YANG KAMI GUNAKAN UNTUK KEBERKESANAN KURSUS 
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki dan perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir & doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS @ WHATSAPP kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR dan LOKASI MASJID ke nombor seperti di bawah :

YURAN PENYERTAAN
Yuran yang dikenakan adalah untuk menampung kos sewaan lokasi masjid melalui penggunaan dewan berhawa dingin dan utiliti. Peserta juga akan diberikan makan minum sebanyak 6 kali sehari. Air mineral akan disediakan sepanjang sesi kursus. Peserta juga akan diberikan fail, sijil penyertaan dan bahan kursus serta diselia oleh tenaga Fasilitator & Penceramah yang berpengalaman luas dalam mengendalikan remaja

Pihak CSQ Training Centre akan memberikan harga istimewa bagi ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka 3 orang ke atas dengan harga RM180 seorang.

BARISAN JURULATIH & FASILITATOR CSQ TRAINING CENTRE
Dari Kiri Sdr Shauqie Azmi, Ust Luqman Hakim, Ust Azizul Asri & Sdr Hasanuddin Haron


SummerCamp SuperMuslim 6.0 bukan sahaja menyantuni aktiviti di dalam masjid tetapi juga dikembangkan dengan aktiviti sukan dan outdoor yang bersesuaian

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA DAN TERLATIH


CSQ Training And Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihan fasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Aktiviti Solat di lapangan antara Modul Utama SummerCamp SuperMuslim 6.0

Mencungkil potensi diri melalui aktiviti berkumpulan atau LDK
Daftarlah hari ini untuk memberikan satu pengalaman kembara motivasi Islamik kepada anak-anak kita.Sila Klik di sini untuk daftar online

Salam Hormat!
Menjunjung Amanah Mendidik Khalifah

CSQ Training Centre
SuperMuslim Academy
Pil Minda Anakku Hebat
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd

Program Daya Kerja Berpasukan Siri 2/2015 Jab. Agama Islam Sarawak

Program Daya Kerja Berpasukan Siri 2/2015
30 Kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak
Parkcity Everly Hotel, Miri, Sarawak
Kendalian : Ust Azizul Asri & Coach Aswad














Tuesday, October 27, 2015

CSQ Training Centre bersama Perunding Fokus Budi dalam Kursus Kepimpinan Iman Siri IV Tabung Haji Negeri Sabah

Kursus Kepimpinan Iman Siri IV
23-25 Oktober 2015
TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
120 peserta ( Tabung Haji Seluruh Negeri Sabah)
Kendalian Ust Sabri Rani & Ust Azizul Asri

 Bergambar kenangan pada hari akhir kursus bersama YBhg Pengarah TH Sabah dan seluruh warga kerja TH Sabah

Alhamdulillah, kami ke Kota Kinabalu untuk bersama warga TH Sabah pada kali ke-2. Kali ini Kursus Kefahaman Islam Siri IV.

Antara modul dan penekanan yang dilaksanakan pada kali ini ialah : 
  1. Aqidah - Mengenali IS dan Jom Hidup Bermazhab
  2. Munakahat - Bahtera Rumahtangga II
  3. Muamalat - Halal Thayyiba, Green Environment & Islam, The Way Of Life


 Ust Sabri Rani dalam Slot 1 : Sempurnakan AgamaMu

 Peserta dalam aktiviti Tautan Mahabbah

 Datin Nurlaila Said - Pengarah TH Sabah merasmikan majlis pembukaan

 Aksi peserta dalam Tautan Mahabbah

 Cabaran Aktiviti berkumpulan

 Sesi Pembentangan dalam Green Environment

Antara kumpulan peserta sepanjang kursus


Terima kasih kepada TH Negeri Sabah dan seluruh warga kerja yang amat komited dan memberikan layanan yang baik kepada kami sepanjang berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.

Ingin melaksanakan kursus di tempat anda?

Hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 atau 019 303 9845 ( Aziz)

Tuesday, October 20, 2015

Bengkel Usahawan bersama Jabatan Pertanian Pulau Pinang

Bengkel Usahawan Asas Tani
19 Oktober 2015
Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang
25 peserta


 Modul yang kami laksanakan sepanjang kursus ini ialah :

  1. Membina minda Usahawan
  2. Atma Waja Usahawan - Rancang & Fikir
  3. Business Model Canvas BMC
  4. Beza Peniaga - Usahawan






Terima kasih diucapkan kepada Tuan Razali selaku wakil Bhg. Latihan Pej. Pertanian Pulau Pinang atas jemputan ini.

Hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 | 019 3039845 (Asri) untuk menempah sebarang program latihan.

Let Us Show You The Way!

CSQ Training bersama Bahagian Atlet MSN@Lanjut Beach Resort, Rompin

Bengkel Retreat Bahagian Atlet 2015 MSN.
15-17 Okt 2015@Lanjut Golden Beach & Golf Resort
50 pegawai & kakitangan Bhg. Atlet MSN

Kami menggalas cabaran besar hari ini. Mengendalikan 50 kakitangan Bahagian Atlet MSN yang semuanya "hyper" dan bersemangat. Maklumlah, mereka antara yang terlibat sebagai kontinjen negara, bersama pasukan penyokong Malaysia dalam setiap "game".

Justeru, dalam Bengkel Retreat Pegawai MSN kali ini, dengan fokus untuk membina semangat berpasukan, kami telah merangka semua perjalanan kursus berteraskan aktiviti ( 90% activity10% talk)



Antara aktiviti & modul yang kami jalankan ialah :
Baik-baik sayang | Beggar To King | Chikaro Pemburu | Game Of Cent | F1 Pitstop

Setiap aktiviti ada ulasan, pengajaran dan kebaikannya yang kami kupaskan selari dengan persekitaran kerja dan kehidupan peserta.







Terima kasih kepada En Rashid, Bhg Latihan MSN yang sudi memberikan peluang kepada kami untuk melaksanakan kursus ini.

Bagi rakan-rakan di luar sana yang ingin mendapatkan khidmat perunding latihan motivasi untuk kakitangan anda, sila hubungi kami untuk menempah tarikh : 

CSQ Training Centre
03 6205 2553 | 019 303 9845 (Asri)
csq_training@yahoo.com

CSQ Training Centre & Pej. Ketua Pengarah MSN di Felda Hotspring, Trolak

Program      : Bengkel Pengukuhan Organisasi Pejabat Ketua Pengarah MSN
Tarikh         : 15 Oktober 2015
Lokasi         : Felda Hotspring, Trolak
Peserta        : 17 orang peserta



Fokus Bengkel Pengukuhan Organisasi Pejabat KP MSN kali ini ialah : 
  1. Membentuk daya kerja berpasukan
  2. Membina perasaan "sense of belonging" bersama MSN
  3. Membentuk satu pasukan kerja yang terbaik selepas "re-og" pasukan baru
  4. Menyerasikan pasukan kerja


Modul yang kami laksanakan sepanjang kursus ini: 
  1. Compass Setting
  2. 2 Mm To Success
  3. Game Of Friends
  4. F1 Pitstop


 Bergambar kenangan selepas tamat kursus

 Dalam sesi memanaskan badan

 Ice breaking & conditioning peserta sebelum memulakan pengisian

 Ragam peserta yang sporting sepanjang sesi kursus berlangsung

Berminat untuk modul ini bersama pasukan anda?
Hubungi 03 6205 2553 atau 019 303 9845 ( Asri) atau emailkan pertanyaan ke csq_training@yahoo.com

Tuesday, October 13, 2015

KEDA Padang Terap@CSQ Training Centre

Kursus Asas Keusahawanan Ketua Isi Rumah KEDA Padang Terap
8-10 Oktober 2015
Bayview Hotel Pulau Pangkor
80 Orang Peserta

Bergambar bersama peserta kursus & urusetia  KEDA Padang Terap

Antara Modul & Aktiviti 

  • Sesi Ice Breaking & Group Binding
  • Aktiviti Snorkeling 
  • Unit 1 & 2 : Compass Setting by CSQ Training Centre
  • Unit 3        : How To Be A WOW Team by CSQ Training Centre
  • Unit 4        : Teambuilding Test - Projek Keusahawanan  by CSQ Training Centre
  • Unit 5        : Change Your Word Change The World  by CSQ Training Centre

Pemantapan Kerjaya sebelum bermula program
 Penampilan Khas bersama Tuan Azizul Asri by CSQ Training Centre

Dalam sesi ice breaking




Group Binding 

Antara gelagat peserta dalam aktiviti indoor



Bersedia untuk terjah!!!Aktiviti Snorkeling

Lawatan Tapat dalam Projek Keusahawan
Ingin melaksanakan Kursus di organisasi anda?
3 Modul Utama iaitu High Impact Team | 2 Mm To Success | R&R Mukmin bersedia untuk diserapkan di dalam diri & kerjaya para kakitangan dalam setiap organisasi.

Hubungi CSQ Training Centre hari ini di talian 03 6205 2553 atau 013 993 0207 ( Nora Sephia) untuk info lanjut & tempahan tarikh kursus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...