Kursus Transformasi Belia KEDA Zon (2) Pdg Terap
17-19 Mac 2015
Pusat Motivasi Mawaddah, Bt Kurau, Kamunting, Perak
41 Peserta berusia 17-26 tahun ( Belia) dari 9 buah Desa KEDA Zon (2) Pdg Terap
Konsultan : CSQ Training Centre
Alhamdulillah, sejak dari 2010, pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDAH) Zon (2) Pdg Terap sentiasa menjemput CSQ Training Centre untuk mengendalikan kursus latihan untuk peserta merangkumi pelbagai segmen umur dan lapisan masyarakat. Bermula dengan Kem Solat, Kursus Kepimpinan J4P ( JKKK), Kursus TOT Usahawan dan pelbagai lagi, kali ini fokusnya terarah kepada pembentukan transformasi minda di kalangan para belianya.
Kami berpeluang bertemu dengan 41 anak-anak belia yang rata-ratanya lepasan SPM, masih menganggur. Sesetengahnya melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh, bertukang dan berniaga kecil-kecilan.
Jadi tugas kami amat besar dalam kursus ini, iaitu membina keyakinan dan melorongkan jalan untuk memastikan mereka dapat membina kerjaya dalam kehidupan masing-masing berdasarkan kepakaran dan kemahiran yang ada. Pada masa yang sama, membina peribadi dan sahsiah dalam mengurangkan gejala sosial di kalangan mereka.
Bergambar kenangan bersama para peserta di Dewan Utama, Pusat Motivasi Mawaddah
Antara "Menu Wajib" dalam kursus iaitu Solatlah di mana-mana
Mengamalkan solat Dhuha sebagai pemangkin inspirasi menuju keberkatan hidup dan rezeki
Kaedah pengendalian kursus dioptimumkan kepada 40 talk & 60% activity bagi memudahkan peserta memahami konsep subjek dan seronok mengikuti kursus
Antara check point dalam outdoor challenge di Pusat Motivasi Mawaddah
River Crossing mendidik semangat berani dan bekerjasama sebagai satu pasukan
Hujung bicara, terima kasih kepada pihak KEDA Zon (2) Pdg Terap atas jemputan kali ini. Kami akan melakukan yang terbaik atas setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Ingin melaksanakan Kursus Motivasi / Teambuilding untuk organisasi anda?
Hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 atau 019 303 9845.
Let Us Show You The Way!
No comments:
Post a Comment