Wednesday, August 5, 2015

CSQ Training Centre@ILKM

Kursus Terapi Al Quran bersama Warga MARA
28-30 Julai 2015
Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Jawi, Pulau Pinang


Sesi bergambar di akhir Kursus Terapi Al Quran

CSQ Training Centre bekerjasama dengan MANTOP Training And Consultancy mengendalikan Program Terapi Al Quran selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Jawi, Pulau Pinang. Antara modul yang dilaksanakan ialah : 
  1. Mempelajari bagaimana bacaan ayat suci Al-quran menjadi terapi dan  as Syifa kepada manusia dan mengetahui bagaimana ianya mempengaruhi sistem tubuh manusia
  2. Memahami & mengenali al quran dari aspek penurunan, hikmah, mukjizat & pengajaran
  3. Mengenali al Quran sebagai suatu terapi dalam kehidupan ke arah pembentukan peribadi muslim
  4. Mempelajari Syifa & Ruqyah dalam al quran sebagai asas kepada benteng diri & kehidupan
  5. Memahami kaedah dan tips dalam membentuk generasi al Quran yang mempunyai  personaliti kerja, keluarga & masyarakat yang baik.


 Antara Sesi Pembentangan dalam Al Quran segabai mukjizat : Kehebatan Nyamuk

 Bersama Ust. Saifulnizam pada hari kedua membincangkan isu Ruqyah & Syifa

 Bersama Fasilitator yang gigih membantu dari Mantop Training And Consultancy

CSQ Training Centre menawarkan Kursus Terapi Al Quran dengan Modul Faham Al Quran | Al Quran Sebagai Mukjizat, Syifa & Ruqyah | Hijrah Personaliti Dengan Al Quran.

Ingin menempah kursus?
Hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553/2569 atau hubungi 019 303 9845

Salam Hormat dari Kami.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...