Monday, February 9, 2015

CSQ Training @ MRSM Trolak in Kem KAIZEN For Student 2015


Kursus Orientasi Pelajar MRSM Trolak
13-14 Januari 2015
MRSM Trolak
800 pelajar Tingkatan 2,3,4 & 5 MRSM Trolak


CSQ Training Centre menyahut cabaran pada kali ini dengan mengendalikan hampir 800 pelajar MRSM Trolak dalam Kursus Orientasi 2015.

Berbekalkan 10 tenaga Jurulatih & Fasilitator, kami menyahut cabaran Kaunselor Puan Haslinda dan Cikgu Radhi untuk memberikan pengisian dan aktiviti yang terbaik kepada peserta.

Antara gelagat peserta dalam acara SuperTeam!


ALhamdulillah, sepanjang kunjungan CSQ Training Centre dalam siri jelajah ke MRSM di seluruh Malaysia, kami mendapat respons yang positif serta komitmen yang teramat baik dari para peserta. Setara dengan namanya, disiplin peserta memudahkan kami menyampaikan pengisian, melaksanakan aktiviti, menyampaikan arahan dan memastikan setiap objektif dapat dicapai dengan jayanya.

Solat berjamaah & pakej program spiritual dalam memastikan keberkesanan kursus

Antara "Learning Experince" yang dihadapi peserta, Mencungkil bakat dan membina 
kesefahaman diri

Antara kaedah NLP yang diterapkan

Aktiviti yang agak ringkas namun berimpak tinggi

Cabaran "Ular Titi & Ulat Gigi"

Fokus kami dalam kursus ini mat jelas, memastikan para pesera di MRSM Trolak mempunyai view yang jelas terhadap setahun 2015 yang bakal dilalui. Seterusnya menyentuh aspek pemerkasaan diri khususnya dalam isu gejala sosial, cabaran minda dan persekitaran dalam membentuk diri yang terbaik.

Berikut adalah kaedah kami dalam setiap slot bersama pelajar dengan 3 penekanan utama iaitu pembangunan ilmu, perubahan sikap dan pengukuhan kemahiran : 

1. Conditioning
2. Brainstroming Issue
3. Workplay
4. Binding

Selain itu, elemen rewards & appreciate turut dimasukkan bagi memastikan peserta sentiasa bersemangat dan seronok mengikuti kursus.

Terima kasih kepada Guru Kaunselor MRSM Trolak iaitu Cikgu Haslinda dan Cikgu Radhi yang tidak jemu menjemput CSQ Training Centre.

Apa lagi, hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 untuk 1 pengalaman motivasi baru dan berkesan untuk organisasi anda

Let Us Show You The Way!

Sunday, February 8, 2015

Kembara Qatar 2015

Kembara Qatar 2015

Bangunan pencakar langit gah membelah awan di Bandaraya Doha, Qatar



Alhamdulillah, berkesempatan menjengah Bandar Doha, Qatar pada 26 Feb 2015. 

Qatar, sebuah negara Emiriah di timur laut Semenanjung Arab menjadi destinasi antarabangsa yang saya kunjungi ke-6 selepas Bangladesh, Mesir, Oman, Yaman dan Saudi.


Qatar merupakan semenanjung kecil dengan luas sekitar 11.437 km2 di teluk Arab dengan beberapa pulau kecil di sekitarnya antara lain Halul, Sharaauh, kepulauan hawar dan al Basyria, al Safiliya dan al aliya. Jumlah penduduk sekitar 800,000 orang dengan pertumbuhan rata-rata 9 % setahun. Sebahagian besar penduduk tinggal di Doha sebagai ibu negara dengan dikelilingi kota kecil seperti Messaid dan Wakrah, Raslafan, Alkhor dan Dukhan.
Penduduk asal disebut Qatari dengan jumlah sekitar 350,000 orang diikuti expatriate India yang hampir mengisi seluruh  kehidupan Qatar (termasuk Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal), negara Arab lain seperti Mesir Lubnan, Palestin, Sudan, Filipina, dan negara lain dari seluruh dunia termasuk Indonesia. Jumlah orang Indonesia sekitar 30,000 orang di dalamnya termasuk pekerja profesional seperti di industri minyak dan bakinya buruh kasar atau pekerja binaan.
Iklim di Qatar memiliki dua musim yaitu musim panas pada bulan Mei-Oktober dan musim dingin dari bulan November-April. Suhu maksimu pada musim panas mencecah 50 darjah celcius. Suhu pada musim sejuk pula biasanya boleh mencecah sehingga ke paras 4 darjah celcius.
Waktu Qatar adalah GMT + 5 jam lebih awal dari Malaysia.
Bahasa yang digunakan adalah Arab dan Inggeris,
3 September 1971 adalah hari kemerdekaan Qatar dan pengusahaan minyak dimulai sejak 1974. Tanggal 27 Jun 1995 Sheikh Hamad bin Khalifa Althani mulai memerintah kerajaan dengan konsep modernisasi dan keterbukaan.
2. MATA WANG
Mata wang yang digunakan adalah Qatari Riyal (QR) dengan nilai nominal 500 QR, 100 QR, 50 QR, 10 QR, 5 QR dan 1 QR. (1QR=100 dirhams) dan 1 US $ = 3.65 QR 




Saya menukar wang di Hamad International Airport (HIA) dengan kadar tukaran semasa RM 1,000 bersamaan QR 920 ( MYR agak jatuh ketika ini)


Berikut adalah populasi penduduk di Qatar secara statistiknya.


Untuk makluman anda, dalam ranking Majalah Forbes, Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia dengan industri minyak dan gasnya sekaligus mengatasi Luxemburg, Singapura, Norway dan Brunei.

Ruh Islam
Walau pun Qatar adalah sebuah negara yang majoritinya Islam, anda boleh melihat kebebasan penganutnya dari aspek pemakaian dan budaya hidup. Tidaklah sebebas Bandaraya Dubai namun tidak pula seketat Arab Saudi. Namun warga wanita tempatan hampir kebanyakannya memakai abaya ( Jubah hitam) seperti di negara Timur Tengah yang lain

Arak masih dihidangkan di dalam pesawat. Saya duduk dalam penerbangan hampir 7 jam dari Doha-Kul dengan 2 penumpang di sebelah kanan ( Warga Perancis dan China) yang asyik memesan arak menimbulkan suasana rimas dan kurang selesa. Namun begitu, Qatar Airways antara "best cabin" untuk anda nikmati perjalanannya. 

Tempat menarik yang saya kunjungi di Doha : 

SOUQ WAQIF

Antara tempat paling terkenal untuk destinasi pelancong. Di sini dijual pelbagai jenis pakaian, cenderahati, barang-barang tradisi Qatar, tempat makan dan minum serta pemandangan seperti di sebuah kota lama yang masih dijaga keasliannya oleh pemerintah Qatar.





Antara laluan menarik di Souq Waqif

 Kami memilih untuk menikmati sarapan di Cafe Zaatar w Zeit

 Bertepatan dengan lokasi pelancongan, sememangnya harga makanannya pun "boleh tahan". Setara dengan kedudukan sebagai negara terkaya di dunia. Dengan hanya 4 menu beserta 2 hot chocolate dan ekspresso, saya berjaya menikmati sarapan termahal for the rest of my life just for three pax at QR 123

 Secawan ekspresso buat pemangkin tenaga sang pengembara

Chocolate Banana Wrapping & Pizza



Gambar kenangan yang diambil oleh pemandu yang mengikuti kami iaitu Mumtaz



Kedai menjual barang permainan kanak-kanak di Souq Waqif

Salah satu tempat santai untuk minum dan ber"shisha" di Souq Waqif. Agak "Old School tetapi "rare"
 Antara yang menarik. ATM berbingkai kayu

 Di Souq Waqif juga terdapat puluhan kedai menjual pelbagai speisis burung yang pelbagai warna, arnab, kucing dan haiwan peliharaan yang lain. Kelihatan berbaju kemeja berkotak membelakangi saya ialah pemandu pelancong kami iaitu Mumtaz. Warga Pakistan yang telah 15 tahun menetap di Doha.
Kawasan luar Souq Waqif dipenuhi dengan burung merpati. Kelibat kami dengan monopod menarik perhatian warga di sini kerana saya kira monopod belum sampai lagi di Doha. Yang menarik, ada seorang berminat untuk membeli monopad saya.

BANANA ISLAND

Kami meninjau di Asy Shyoukh Terminal ke Banana Island.


 Di As Shyoukh Terminal, kami dapat melihat panorama bangunan pencakar langit di Kota Doha

Antara kelihatan ialah kapal persiaran mewah yang terdapat di Terminal ini


DOHA City Centre

Doha City Centre ialah antara pusat membeli belah terbesar di sini. Keadaanya lebih kurang sama dengan KLCC. Mall yang besar, pengunjung yang ramai dan harga barang juga "boleh tahan"

Peral Doha & Corniche

Antara yang menjadi "landmark" bagi Doha



MASJID MUHAMMAD ABD WAHAB ( DOHA STATE MOSQUE)

Masjid Muhammad Abd Wahab ( Doha State Mosque) ini dibina dengan kos QR420 juta pada tahun 2006

Water cooler seperti ini sememangnya menimbulkan semangat untuk mencuba

Keadaan di dalam Masjid Muhammad Abd Wahab yang begitu indah dan tenang

Ruang tandas yang luas dan selesa serta amat bersih

Ruang wudhu juga bersifat eksklusif

Rak al quran yang disusun menarik dan cantik




HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT


Antara yang menarik di Hamad International Airport (HIA) yang boleh ditiru di KLIA : 

1. Ramai petugas yang sentiasa berada di lokasi-lokasi khas memudahkan pelancong untuk merujuk dan bertanyakan arah dan tempat.
2. Jarak antara Check-in kaunter dan boarding area yang dekat. Laluan eskalator juga diwujudkan sepanjang laluan bagi memudahkan pengunjung. Perkhidmatan buggy juga senang untuk diperolehi. Anda tidak akan dapati hal itu di KLIA apatah lagi KLIA2. Ini bukan skeptikal tetapi konstruktif idea.
3. WIFI percuma 
4. Terdapat internet centre dengan Skrin dan papan kekunci Apple hampir di setiap sudut menunggu. Termasuk juga ruang menonton televisyen
5. Ruang kerusi tidur yang dikhaskan untuk lelaki dan wanita ( Tertutup)


Ini antara coretan sepanjang bersama kembara Suffah Travel And Tours Sdn Bhd

"Teman Kembara Suci Anda"

Saturday, February 7, 2015

Catatan Kembara 2009 - Travelog Umrah Seorang Aku

Travelog Umrah Seorang Aku ( Catatan ditulis pada 2009)


Pertama kali naik pesawat...
Pertama kali tinggal bumi Malaysia...
Pertama kali pergi buat umrah...

Ini antara keterujaan aku bila membahaskan isu "pertama kali".

Aku mula menghantar abah pergi haji buat kali pertama pada tahun 1994 di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Waktu itu aku darjah 4, masih belum mengerti apa-apa. Ketika orang lain sibuk berpeluk dan bersalam mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w, aku sibuk membeli air karbonat F&N di mesin air dengan harga $1 pada waktu itu bersama sepupu.Itulah perkara yang paling seronok kerana abah bagi duit sebab nak tinggal pergi Makkah, aku dapat beli gula-gula, keropok dan air tin. Bila abah pulang, ada ole-ole dari Makkah yang aku tak pernah lupa iaitu yoyo dan gasing berlampu. Begitu juga dengan kacang pistachio ( kacang cerdik), kismis dan buah tin yang menjadi "buah tangan" wajib. Termasuklah segala jenis kurma seperti ajwa, syafawi, amber, mabrum dan macam-macam lagi spesies kurma yang kadang-kadang anda tidak pernah lihat di bumi Malaysia. Biasanya, 1 beg yang dibawa semasa pergi akan "beranak" menjadi 3 atau 4 semasa balik ke Malaysia.


Tahun-tahun berikutnya, aku masih menghantar abah di lapangan terbang sama ada pergi tunaikan umrah atau pun haji kerana abah memang selalu membawa rombongan umrah dan haji. Apabila aku mula bekerja pada tahun 2004 ( selepas tamat belajar Universiti Malaya) bersama BMQ Training, aku menanam azam di hati aku untuk menunaikan umrah. Setiap kali hantar abah ke Makkah di KLIA, aku saling bertanya dengan abang ipar," Asyik kita jer hantar orang ke Makkah, bila lagi orang nak hantar kita?.Kami hanya saling tersenyum dengan soalan itu.

Hinggalah pada suatu hari tahun 2008, abah memberitahu kami sekeluarga yang abah akan bawa rombongan ke umrah awal 2009. Abah mengajak aku bersama isteri pergi bersama dan suruh kami mula menyimpan wang dengan kos lebih kurang RM10K untuk dua orang untuk pakej umrah dan ziarah 16 hari ( 4 hari di Madinah dan 12 hari di Makkah). Aku mula merancang dan menyimpan wang agar impian aku untuk melihat Kaabah di hadapan mata menjadi kenyataan.

Akhirnya tanggal 5 Mac 2009 dengan izin Allah s.w.t., aku berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, abah, ibu, adik lelaki bersama hampir 50 orang ahli rombongan melalui travel Jagong Mas. Kami menaiki Biman Air ( Bangladesh International). Inilah kali pertama aku menaiki pesawat bagi penerbangan antarabangsa. Begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini. 

Kuala Lumpur-Dhaka
Kami berlepas dari KLIA jam 6.30 pagi dan sampai di Zia International Airport jam 8.30 pagi waktu Bangladesh (waktu di Bangladesh awal 2 jam dari Malaysia). Ini bermaksud penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami akan berlepas ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Jadi kami mempunyai 12 jam untuk bersiar-siar di Bandar Dhaka. Pihak Biman Air menyediakan hotel, makanan dan pengangkutan untuk keselesaan kami. Pertama kali keluar dari Zia International Airport, aku pertama kali melihat kota Dhaka yang begitu sesak.Untuk maklumat, Dhaka ialah ibu kota Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut (seperti tali, guni dll). Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Difahamkan jumlah penduduk Dhaka pada masa ini ialah hampir 10 juta. Ianya sebuah bandar yang sesak dengan manusia dan kenderaan di mana hon sentiasa kedengaran. Sepanjang jalan terdapat kelibat penunggang "rikshaw" ( beca roda tiga) dan "skuter tu tut" berkain pelikat membawa penumpang. Kami menginap di sebuah hotel yang selesa di di pinggir Dhaka. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan menyelerakan. Kari ayam dan ikan tanpa santan dihidangkan panas bersama nasi putih amat membangkitkan selera kami di perantauan. Masakannya agak sedikit berbeza dengan masakan Malaysia di mana lebih pedas dan berempah. Pada jam 3 petang waktu tempatan, kami dibawa melawat sekitar Bandar Dhaka. Antaranya kediaman Perdana Menteri Khaleda Zia, Dhaka Universiti, Pasar Dhaka yang dipenuhi sayuran dan buahan serta ikan yang besar-besar, Parlimen Dhaka dan bazar jualan yang menawarkan pelbagai barang kraftangan yang murah dan menarik. Terpegun melihat kelibat manusia yang pelbagai ragam di Bandar Dhaka.



Kenangan bersama Pemandu pelancong ( Baju putih sebelah kiri) dan pemilik "rikshaw" ( Baju putih kanan)

Jam 10 malam kami bergerak menaiki bas ke Zia International Airport untuk berlepas ke Jeddah. Aku semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya Madinah. Perjalanan dari Bangladesh melalui pesawat Biman Air ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke bumi Madinah lebih kurang jam 9.30am waktu Madinah. Sewaktu kapal terbang mendarat di Jeddah International Airport, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya aku hampir menuju ke Baitullah. Selepas selesai urusan pasport dan luggage, kami menaiki bas terus menuju ke Madinah dengan jarak 400 km mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pertama kali berhenti di R&R, aku amat teruja. Merakam semua gambar pemandangan dan gelagat manusia yang dijumpai. Kami menikmati makan tengahari di situ.

















Di Gua Thur ( Tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika hijrah)











Bersama seorang profesor universiti Algeria di dalam Masjid Nabawi..




















Bersama Baitullah yang menjadi tempat berkumpulnya umat Islam sedunia... ( Ketika ini muka masih "maintain" serius :)















Menunggang unta di Jabal Rahmah...





















Berniat umrah di Tan'iim..


Ketika lawatan ke kilang percetakan al quran al malik fahd di Madinah...


Maqam syuhada' di medan Uhud..



Jabal Uhud..


Masjid Quba' ( Masjid pertama dibina dalam sejarah Islam)


Bersama ibu di Masjid Qiblatain, Madinah

Kenangan di Masjid Nabawi as Syarif, Madinah...


Di sebuah bazar di Makkah...


Pemandangan Masjid Nabawi dari hotel El Yasmin Manzili, Madinah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...