Sunday, February 8, 2015

Kembara Qatar 2015

Kembara Qatar 2015

Bangunan pencakar langit gah membelah awan di Bandaraya Doha, Qatar



Alhamdulillah, berkesempatan menjengah Bandar Doha, Qatar pada 26 Feb 2015. 

Qatar, sebuah negara Emiriah di timur laut Semenanjung Arab menjadi destinasi antarabangsa yang saya kunjungi ke-6 selepas Bangladesh, Mesir, Oman, Yaman dan Saudi.


Qatar merupakan semenanjung kecil dengan luas sekitar 11.437 km2 di teluk Arab dengan beberapa pulau kecil di sekitarnya antara lain Halul, Sharaauh, kepulauan hawar dan al Basyria, al Safiliya dan al aliya. Jumlah penduduk sekitar 800,000 orang dengan pertumbuhan rata-rata 9 % setahun. Sebahagian besar penduduk tinggal di Doha sebagai ibu negara dengan dikelilingi kota kecil seperti Messaid dan Wakrah, Raslafan, Alkhor dan Dukhan.
Penduduk asal disebut Qatari dengan jumlah sekitar 350,000 orang diikuti expatriate India yang hampir mengisi seluruh  kehidupan Qatar (termasuk Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal), negara Arab lain seperti Mesir Lubnan, Palestin, Sudan, Filipina, dan negara lain dari seluruh dunia termasuk Indonesia. Jumlah orang Indonesia sekitar 30,000 orang di dalamnya termasuk pekerja profesional seperti di industri minyak dan bakinya buruh kasar atau pekerja binaan.
Iklim di Qatar memiliki dua musim yaitu musim panas pada bulan Mei-Oktober dan musim dingin dari bulan November-April. Suhu maksimu pada musim panas mencecah 50 darjah celcius. Suhu pada musim sejuk pula biasanya boleh mencecah sehingga ke paras 4 darjah celcius.
Waktu Qatar adalah GMT + 5 jam lebih awal dari Malaysia.
Bahasa yang digunakan adalah Arab dan Inggeris,
3 September 1971 adalah hari kemerdekaan Qatar dan pengusahaan minyak dimulai sejak 1974. Tanggal 27 Jun 1995 Sheikh Hamad bin Khalifa Althani mulai memerintah kerajaan dengan konsep modernisasi dan keterbukaan.
2. MATA WANG
Mata wang yang digunakan adalah Qatari Riyal (QR) dengan nilai nominal 500 QR, 100 QR, 50 QR, 10 QR, 5 QR dan 1 QR. (1QR=100 dirhams) dan 1 US $ = 3.65 QR 




Saya menukar wang di Hamad International Airport (HIA) dengan kadar tukaran semasa RM 1,000 bersamaan QR 920 ( MYR agak jatuh ketika ini)


Berikut adalah populasi penduduk di Qatar secara statistiknya.


Untuk makluman anda, dalam ranking Majalah Forbes, Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia dengan industri minyak dan gasnya sekaligus mengatasi Luxemburg, Singapura, Norway dan Brunei.

Ruh Islam
Walau pun Qatar adalah sebuah negara yang majoritinya Islam, anda boleh melihat kebebasan penganutnya dari aspek pemakaian dan budaya hidup. Tidaklah sebebas Bandaraya Dubai namun tidak pula seketat Arab Saudi. Namun warga wanita tempatan hampir kebanyakannya memakai abaya ( Jubah hitam) seperti di negara Timur Tengah yang lain

Arak masih dihidangkan di dalam pesawat. Saya duduk dalam penerbangan hampir 7 jam dari Doha-Kul dengan 2 penumpang di sebelah kanan ( Warga Perancis dan China) yang asyik memesan arak menimbulkan suasana rimas dan kurang selesa. Namun begitu, Qatar Airways antara "best cabin" untuk anda nikmati perjalanannya. 

Tempat menarik yang saya kunjungi di Doha : 

SOUQ WAQIF

Antara tempat paling terkenal untuk destinasi pelancong. Di sini dijual pelbagai jenis pakaian, cenderahati, barang-barang tradisi Qatar, tempat makan dan minum serta pemandangan seperti di sebuah kota lama yang masih dijaga keasliannya oleh pemerintah Qatar.





Antara laluan menarik di Souq Waqif

 Kami memilih untuk menikmati sarapan di Cafe Zaatar w Zeit

 Bertepatan dengan lokasi pelancongan, sememangnya harga makanannya pun "boleh tahan". Setara dengan kedudukan sebagai negara terkaya di dunia. Dengan hanya 4 menu beserta 2 hot chocolate dan ekspresso, saya berjaya menikmati sarapan termahal for the rest of my life just for three pax at QR 123

 Secawan ekspresso buat pemangkin tenaga sang pengembara

Chocolate Banana Wrapping & Pizza



Gambar kenangan yang diambil oleh pemandu yang mengikuti kami iaitu Mumtaz



Kedai menjual barang permainan kanak-kanak di Souq Waqif

Salah satu tempat santai untuk minum dan ber"shisha" di Souq Waqif. Agak "Old School tetapi "rare"
 Antara yang menarik. ATM berbingkai kayu

 Di Souq Waqif juga terdapat puluhan kedai menjual pelbagai speisis burung yang pelbagai warna, arnab, kucing dan haiwan peliharaan yang lain. Kelihatan berbaju kemeja berkotak membelakangi saya ialah pemandu pelancong kami iaitu Mumtaz. Warga Pakistan yang telah 15 tahun menetap di Doha.
Kawasan luar Souq Waqif dipenuhi dengan burung merpati. Kelibat kami dengan monopod menarik perhatian warga di sini kerana saya kira monopod belum sampai lagi di Doha. Yang menarik, ada seorang berminat untuk membeli monopad saya.

BANANA ISLAND

Kami meninjau di Asy Shyoukh Terminal ke Banana Island.


 Di As Shyoukh Terminal, kami dapat melihat panorama bangunan pencakar langit di Kota Doha

Antara kelihatan ialah kapal persiaran mewah yang terdapat di Terminal ini


DOHA City Centre

Doha City Centre ialah antara pusat membeli belah terbesar di sini. Keadaanya lebih kurang sama dengan KLCC. Mall yang besar, pengunjung yang ramai dan harga barang juga "boleh tahan"

Peral Doha & Corniche

Antara yang menjadi "landmark" bagi Doha



MASJID MUHAMMAD ABD WAHAB ( DOHA STATE MOSQUE)

Masjid Muhammad Abd Wahab ( Doha State Mosque) ini dibina dengan kos QR420 juta pada tahun 2006

Water cooler seperti ini sememangnya menimbulkan semangat untuk mencuba

Keadaan di dalam Masjid Muhammad Abd Wahab yang begitu indah dan tenang

Ruang tandas yang luas dan selesa serta amat bersih

Ruang wudhu juga bersifat eksklusif

Rak al quran yang disusun menarik dan cantik




HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT


Antara yang menarik di Hamad International Airport (HIA) yang boleh ditiru di KLIA : 

1. Ramai petugas yang sentiasa berada di lokasi-lokasi khas memudahkan pelancong untuk merujuk dan bertanyakan arah dan tempat.
2. Jarak antara Check-in kaunter dan boarding area yang dekat. Laluan eskalator juga diwujudkan sepanjang laluan bagi memudahkan pengunjung. Perkhidmatan buggy juga senang untuk diperolehi. Anda tidak akan dapati hal itu di KLIA apatah lagi KLIA2. Ini bukan skeptikal tetapi konstruktif idea.
3. WIFI percuma 
4. Terdapat internet centre dengan Skrin dan papan kekunci Apple hampir di setiap sudut menunggu. Termasuk juga ruang menonton televisyen
5. Ruang kerusi tidur yang dikhaskan untuk lelaki dan wanita ( Tertutup)


Ini antara coretan sepanjang bersama kembara Suffah Travel And Tours Sdn Bhd

"Teman Kembara Suci Anda"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...