Wednesday, February 18, 2015

CSQ Training & Suffah Travel Retreat 2015


K U N D A S A N G  &  K O T A   K I N A B A L U 

Kami memilih Kundasang sebagai lokasi  retreat Pasukan CSQ Training Centre & Suffah Travel bagi tahun 2015.
Tahun lepas, jelajah Kelantan & Terengganu 5 hari 4 malam termasuk Pulau Perhentian.
Kali ini, dengan tajaan Malindo Air, kami mencipta suasana baru merentasi Laut China Selatan menerjah bumi Sabah Di Bawah Bayu.

K U N D A S A N G
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang hampir dengan Gunung Kinabalu. Terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu. Berumpankan cuaca yang segar, sejuk serta pemandangan yang indah menjadi tarikan utama ramai pelancong untuk datang ke kundasang.
Hanya 90km dari Kota Kinabalu dengan masa perjalanan hampir 2 jam. Kami menyewa van penumpang Toyota Hiace dengan kadar sewa istimewa RM150 sehari.  Dan yang paling rare ialah, kami hanya mengisi petrol RM100 untuk 5 hari perjalanan yang memakan jarak hampir 250km ( KK-Kundasang-Ranau-Kundasang-KK).

Sebelum ke Kundasang, kami bergerak ke Pasar Ikan di Kota Kinabalu untuk membeli hasil seafood untuk bekalan. Di sini anda boleh melihat pelbagai hasil laut yang hebat dengan harga yang berpatutan.


Pelbagai hasil laut segar dan murah anda boleh dapati di Pasar Ikan Kota Kinabalu ini. Udang yang besar pada harga 30-70 1kg.

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah ke Pekan Nabalu yang terkenal dengan buah Nenas yang dikatakan terbaik di asia. Dengan warnanya yang kuning keemasan dan rasanya yang manis, pasti memikat selera penggemar nenas.

Jambatan Tamparuli ( Sebelum ini hanya nyanyi lagu, hari ini dapat tengok "live")



Selain dari nenas, Pekan Nabalu turut menjual buah-buah hutan yang lain seperti tampoi, buah tarap, pulasan, nona dan sebagainya.


Selain buah-buahan, turut dijual cenderahati dan barang-barang perhiasan untuk dibawa pulang sebagai ole ole Sabah

Landing time at KK Airport

Bertemu YBhg Ustaz Sabri Abd Rani yang kebetulan ada kursus di Sabah

Puncak Kinabalu yang merupakan Gunung Tertinggi di Asia dengan ketinggian 4,095m dari aras laut


Setelah meninjau dari aspek kebesihan dan kedudukan yang strategik, kami memilih menginap selama 1 malam di Homestay Kak Ummie dengan kadar sewa RM350 semalam. Rumah teres di Kaki Gunung Kinabalu, 3 bilik tidur, ruang tamu dan memasak, BBQ kit dan pemandangan serta cuaca yang dingin amat menyelesakan kami. 

Inilah menu  hasil air tangan Chef Lin, Chef Nora, Chef Aya & Chef Izzati iaitu Gulai Udang bersama Nenas Nabalu, Ketam masak cili, kerang rebus serai, udang goreng berempah, ayam bakar Hasanuddin dan sirap Jamirul. Kami menikmati dinner dalam kegelapan kerana terputus bekalan elektrik selama sejam di seluruh Kundasang.

DESA CATTLE DAIRY FARM, MESILAU, KUNDASANG

 Kami berpeluang menikmati cuti-cuti Malaysia ala-ala "New Zealand" dengan panorama sejuk berkabus di Ladang Tenusu Desa Cattle

Desa Cattle Dairy Farm merupakan ladang ternakan lembu tenusu terbesar di Sabah dengan keluasan 199 hektar yang terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang (2100m dari paras laut)

Dengan bayaran masuk RM4 seorang, anda berpeluang menikmati saujana pemandangan subur menghijau dengan ribuan ekor lembu tenusu dihiasi kabus yang mempersonakan. Di sini anda boleh melihat proses susu dihasilkan. Anda juga berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman berasaskan produk tenusu antaranya susu segar pelbagai perisa, yogurt, aiskrim, waffle cake, pizza termasuk juga koleksi cenderahati seperti baju, key chain, fridge magnet dan pelbagai lagi.

Kami menikmati sarapan di Desa Cattle Farm City pada jam lebih kurang 9.00 pagi

PORING HOTSPRING


LADANG TEH SABAH



RUMAH TERBALIK


KOTA KINABALU
PULAU SAPI














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...