Sunday, May 23, 2010

Kem Latihan Pembinaan Sahsiah Cahaya Ummi Islamic School

Program : Latihan Pembinaan Sahsiah 2010 (LAPES Siri II)
Tarikh : 14-15 Mei 2010
Tempat : Cahaya Ummi Islamic School, Gombak, KL
Peserta : 78 pelajar tahun 1-6

Team CSQ bersama FC Team UIA ( Akif, Yasir, Fatin & Yanie) dan FC Team KUIS ( Khairul & Safwan) berkampung 2 hari 1 malam bersama adik-adik Cahaya Ummi yang amat aktif dan ceria dalam Program Pembinaan Sahsiah Edisi II kali ini.


Permainan gelung iman..

FC Khairul menenangkan peserta tahap I

FC Yanie bersama adik-adik kesayangan...


Dalam sesi Menara Anak Soleh..

Sampai terbalik adik Irfan kita...
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan guru SRI Cahaya Ummi yang membantu CSQ sepanjang program berlangsung. Juga kepada FC Team yang amat menyumbang ke arah kelancaran perjalanan program untuk mencapai objektif yang disasarkan pihak sekolah.


Sesi Pengurusan Masa & Teknik Belajar SRA Ar Ridhuan


Alhamdulillah, saya berkesempatan bertemu dengan kira-kira 300 orang pelajar tahun 5 dan 6 SRA Ar Ridhwan dalam 2 sesi yang disusun oleh pihak sekolah. Saya diminta berkongsi petua berkenaan Teknik Belajar dan Pengurusan Masa yang saya namakan sebagai Tips Pecutan Akhir & Super Masa. Saya kira para pelajar hari ini memerlukan sesuatu yang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Justeru, saya cuba memudahkan para pelajar agar mereka memahami bahawa masa bukanlah diurus dengan jadual semata-mata tetapi melalui perubahan sikap dan budaya belajar itu sendiri. Maka saya mulakan sesi ini dengan meminta pelajar menulis nota kecil dan dibawa ke mana-mana. Apabila kita mula menulis, kita akan menstrukturkan kembali maklumat yang telah kita baca sebelumnya walau pun kita belum ingat kesemuanya. Maka proses pengulangan harus dilakukan di luar suasana formal belajar seperti ketika guru tiada dalam kelas, menunggu bas, sedang makan di kantin, ketika dalam bas dan bila-bila sahaja masa kosong yang ada.
"Repetition is the mother of all success". Sesuatu kemahiran diperolehi melalui pengulangan dan penambahbaikan yang berterusan. Sesuatu fakta dan formula dalam apa jua subjek dikuasai setelah diulang berkali-kali, difahami dengan membuat latih tubi berterusan. Tiada "roti ajaib"Doraemon yang dapat membantu pelajar dalam soal ini.
Saya memberikan analogi mudah kepada pelajar dengan meminta mereka menunjukkan anggota mereka dengan pantas apabila saya menyebutnya. Dengan pantas mereka memegang hidung apabila saya menyebut hidung. Dengan cepat pula mereka memegang telinga apabila saya menyebut telinga. Sambil ketawa pula mereka memegang ketiak masing masing apabila saya menyebut ketiak. Saya kira tidak ada pelajar yang tersilap memegang telinga sewaktu saya menyebut hidung. Mereka melakukannya dengan yakin. Kenapa? Kerana mereka telah memegang telinga, hidung dan ketiak mereka berulang-ulang kali sehinggakan mereka tidak tersilap. Sedangkan ketika mereka kecil dahulu, mereka mungkin masih keliru yang mana satu hidung yang mana satu telinga. Namun, keyakinan dan kefahaman itu terserlah selepas berulang-ulang kali melakukannya.


Justeru, apa yang kita perlukan untuk memahami sesuatu subjek? Atau mengingat sesuatu fakta? Atau menghafal sesuatu formula? Jawapannya ialah pengulangan. Saya tekankan pengulangan bukanlah dalam suasana formal semata-mata seperti mesti berada di depan meja study sahaja, tetapi ia menjadi budaya yang mengakari hidup kita. "Studying is not reading but reading is studying". Study tak semestinya membaca buku di meja studi semata-mata, tetapi studi boleh dilakukan di mana sahaja, melalui apa jua cara yang sesuai dengan kehendak kita. Kumpulkan 2-4 jam masa belajar sehari secara berperingkat dan jangan membuat marathon study. Apa itu marathon study? Study 2 jam tanpa henti yang akan membuatkan kita memusuhi study itu sendiri. Maka set kan masa belajar. Study 30 minit rehat 5 minit. Study 1 jam rehat 10 minit. Inilah yang dinamakan smart study.


Para pelajar tekun mencatit isi penting...



Tuesday, May 4, 2010

Program Anak Soleh Cemerlang Exam UPSRA 2010 SRA Othmaniah, Bdr Tun Razak

Tempat : Dewan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bdr Tun Razak
Tarikh : 30 April - 1 Mei 2010
Anjuran : SRA Othmaniah di bawah kendalian CSQ Training & Consultancy
Peserta : 119 Pelajar tahun 5 dan 6 SRA Othmaniah



Slot Seluhur Kasih Ibu..
Permainan minda otak kanan otak kiri..

Tangisan anak solehah...

Satu lagi reaksi peserta dalam slot seluhur kasih ibu..

Tetamu kehormat Majlis Perasmian Penutup Program Anak Soleh Cemerlang Exam, YBhg Datuk Hj Salleh b Yusup, Pengerusi SRA Othmaniah merangkap Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( berbaju coklat)

Pengerusi majlis yang petah berbicara

Suasana ketika majlis perasmian penutup...

Datuk Hj Salleh menyampaikan sijil kepada Guru Besar SRA Othmaniah, Ustazah Salmah bt Maidin..

Ust Azizul (CSQ) menerima cenderamata dari Ustazah Salmah

Sesi Pembinaan Kumpulan Anak Soleh..

Slot Bersama Mentor...

Apa cita-cita anda bila besar nanti?

Bersemangat membuat tepuk semangat..

Terima kasih daun keladi kepada SRA Othmaniah khususnya Ustazah Salmah bt Maidin ( Guru Besar) bersama team guru-guru yang lain yang banyak membantu CSQ dalam menjayakan program ini. Juga untuk makanan yang sangat sedap yang dihidangkan kepada kami. Kami amat berbesar hati dengan layanan yang kami terima. Insya Allah, semoga para peserta dapat melaksanakan agenda perubahan sebagai formula untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan seterusnya menjadi anak soleh cemerlang. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...