Monday, May 5, 2014

Pendaftaran Kem Motivasi Cuti Sekolah ( SummerCamp SuperMuslim 2014) Kini Dibuka! Daftar Hari Ini

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei - Jun 2014 SummerCamp Super Muslim Siri 4.0


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2014, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim 4.0. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri III yang dilaksanakan pada hujung 2013 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhusolat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan
LOKASI PROGRAM

1. MASJID BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR                
 02-04 JUN 2014 ( Isnin-Rabu) 
2. MASJID SULTAN YUSUF, IPOH, PERAK                            06-08 JUN 2014 ( Jumaat-Ahad)
3. MASJID PUTRA, PUTRAJAYA                                          10-12 JUN 2014    (Selasa-Khamis)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR LOKASI ke nombor seperti di bawah : 


Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 


DAFTAR MELALUI SMS


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 





PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

Cerdik Itu Dicari, Bukan Diwarisi

Cerdik Itu Dicari, Bukan Diwarisi

Cerdik Itu Dicari, Bukan Diwarisi

“Perbezaan di antara manusia biasa dan manusia genius bukannya terletak pada gen, tetapi diri manusia itu sendiri. Menurut pakar neurosains, manusia biasa dan manusia geniusberbeza dari segi sejauh mana mereka berjaya menggunakan potensi otak secara berkesanuntuk mencapai sesuatu matlamat. Sekiranya kita tahu mengawal kuasa minda, kita bukan sahaja mampu menjadi manusia yang lebih pintar tetapi juga lebih matang dan bijaksana”
(Dr. Azlena Zainal & Dr. Munir Shuib : Buku Meningkatkan Potensi Minda)


Pistachio a.k.a "kacang cerdik" dikatakan berkhasiat untuk menajamkan fungsi otak melalui kandungan potassium selain zat besi, anti oksida dan zat besi...

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekuatan tertentu. Begitu juga dengan kelemahan dan kekurangan tertentu. Tidak semuanya sempurna. Boleh jadi seseorang itu pandai dalam hal tertentu tetapi tidak dalam perkara yang lain. Boleh jadi seorang doktor pakar dalam bidangnya tetapi tidak mahir dalam pertukangan rumah. Termasuk juga seorang guru yang bijak dalam pengajarannya tetapi mungkin mengalami kekurangan dari aspek ilmu menangkap ikan. Walau pun makanan kegemaran cikgu tersebut ialah ikan.
Ada manusia yang dilahirkan tidak sempurna tetapi diberikan kelebihan tertentu. Mungkin seorang yang lumpuh dan hanya berkerusi roda tetapi memiliki bakat melukis yang hebat.  Susan Boyle, seorang wanita Scotland berusia 48 tahun mencatat sejarah dunia selepas memenangi tempat kedua rancangan realiti televisyen British’s Got Talent 2008. Suaranya yang merdu membayangi penampilannya yang kurang menarik serta dirinya yang pernah mengalami masalahlearning disability suatu ketika dahulu. Albumnya terjual jutaan unit di seluruh dunia termasuk tontonan di laman youtube melebihi 500 juta kali menjadikannya jutawan hanya dalam tempoh setahun sehingga digelar sebagai voice of angel.

Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh, pakar ekonomi dari kelompok OKU membuktikan kejayaannya sebagai orang buta pertama di dunia mendapat PhD sehingga diiktiraf dalam Guinness Book Of Record serta menjadi Ahli Dewan Negara. Termasuk juga menjawat jawatan sebagai CEO Twintech Holding, sebuah kolej pendidikan swasta di Lembah Klang.

Apa yang kita fahami dari beberapa contoh di atas ialah kelebihan seseorang itu terletak kepada bagaimana cara ianya diolah, digilap dan diasah menjadi satu kekuatan untuk mencipta kecemerlangan hidup. Kekurangan dan kelemahan yang dihadapi hanyalah suatu pelengkap dalam proses manusia mencapai matlamat hidupnya. Ia bukan penghalang tetapi adalah sesuatu yang menguatkan lagi kredibiliti dan profil seorang manusia. Seperti sebiji bola yang dibenam ke dalam air, semakin dalam dibenam akan semakin tinggi ia melonjak apabila dilepaskan. Begitu juga dengan dahan pokok yang dicantas. Semakin dicantas maka semakin banyak tunas yang akan tumbuh. Itulah analogi dalam memahami signifikan ujian, masalah, kelemahan dan kekurangan yang melintasi hidup manusia.

Inilah buah "kacang cerdik" yang masih segar dari pokoknya yang sebenar

Kelebihan semulajadi
Ada manusia yang diberikan kelebihan semulajadi seperi kemahiran artikulasi dan penyampaian, melukis, bersuara lunak merdu, berpenampilan menarik dan seumpamanya. Kelebihan ini dalam keadaan tertentu digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat hidup. Ada juga manusia yang gagal menggunakan kelebihan yang diberikan kepadanya dan akhirnya tersungkur dalam proses menjadi seorang manusia hamba kepada Allah s.w.t

Kelebihan yang dipelajari
Di sebalik semua itu, ada kelebihan dan potensi yang tidak ada pada seseorang tetapi boleh dipelajari. Kemahiran dan potensi soft skill adalah sesuatu yang boleh diasah, dilakukan secara pengulangan dan diperbaiki kelemahan serta kekurangannya sehingga menjadi kelebihan yang memanfaatkan. Boleh jadi seorang yang tidak mahir dalam ilmu pembicaraan atau public speaking, menjalani latihan intensif serta kesungguhan, akhirnya menjadi seorang pemidato yang hebat. Seorang pakar renang juga tidak lahir sebagai pakar renang. Seperti Datuk Lee Chong Wei, tidak lahir sebagai bayi yang sudah boleh bermain badminton tetapi menjalani siri latihan dan pengulangan yang akhirnya menjadikan beliau juara dunia. Ungkapan ini sesuai untuk difahami bagi seorang yang tidak ada kelebihan tertentu dan putus asa untuk mendapatkannya

“ Anda bukannya lemah dalam melakukan sesuatu, anda hanya sekadar tidak mengetahui cara dan teknik yang betul”

Kesimpulannya, teknik dan cara sesuatu itu dilakukan membezakan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain. Keputusan peperiksaan anda berbeza dengan rakan anda yang mungkin lebih cemerlang kerana cara dan teknik yang anda lakukan berbeza dengan rakan anda tersebut. Sebab itulah, mengasah teknik dan menguasai kemahiran berfikir amat kritikal. Seperti kata seorang pemimpin dunia :

“ Sekiranya saya diberikan masa 8 jam untuk menebang sebatang pokok, saya akan menghabiskan masa 6 jam untuk mengasah dan menajamkan kapak”

Berfikir dan merancang ditambah elemen kesungguhan melaksanakan sesuatu adalah resepi kejayaan bagi seorang juara. Adakah kewujudan anda di institusi ini pada hari ini dirancang? Apakah keputusan peperiksaan semester anda dirancang? Apakah anda merancang siapakah anda 5 tahun ke hadapan?

Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”
Surah al Hasyr : Ayat 18

Kesimpulan
Untuk membina potensi dan menggilapnya menjadi suatu senjata kecemerlangan, kita tidak harus menyempurnakan kesemuanya. Lakukan perubahan secara kolektif dalam ruang termampu serta diikuti kesungguhan untuk merubah diri. Seperti kata hikmah “

“Kesempurnaan itu bukanlah kerana anda seorang yang sempurna. Tetapi kerana anda melakukan yang terbaik. Itulah kesempurnaan”

Islam menggalakkan kesungguhan umatnya dalam melaksanakan apa jua perkara semasa hidup di dunia sebagai bekalan berkualiti untuk dibawa ke Padang Mahsyar.


Lakukan perubahan dalam hidup kita ke arah kebaikan. Gilap potensi kita sebagai bekal amal paling berharga.

ABU AZIZ
CSQ Training Centre

CSQ Training@ MAIS dalam Kursus Strategi Berfikir

CSQ Training@Majlis Agama Islam Selangor dalam Kursus Strategi Berfikir

Kursus Strategi Berfikir
Tarikh           : 10 Oktober 2013
Lokasi           : INTAN Wilayah Tengah
Peserta          : 28 Pegawai Majlis Agama Islam Selangor

Alhamdulillah, kali ini bertempat di INTAN Wilayah Tengah, Kuala Lumpur, CSQ Training Centre dijemput bersama 28 Pegawai MAIS dalam Kursus Strategi Berfikir. Fokus kami kali ini ialah membentuk dan memperbaiki serta meningkatkan daya berfikir dalam mencapai kerja berprestasi tinggi.


Saya memulakan sesi pertama dengan Slot WOW

 Get-In-Team module


 Hanya 2 minit diperlukan untuk "break the ice" bersama rakan baru

 Strategi berfikir dalam menghasilkan output kerja berkualiti dalam " Hit The Target"

 Mencuba setelah berfikir dengan kemampuan yang ada

 Fokus dalam melaksanakan tindakan

 Manusia memerlukan pasak dan nilai dalam berfikir. Itulah yang kami terapkan dalam "Find Your Value"

" Change Your Word Change Your World" mengajar manusia menghargai walau pun perkara kecil dan berfikir sebelum bertindak


 Strategi berfikir dalam modul "Traffic Jam"


Problem Solving dalam modul Konflik Lembu 

 Decision Making adalah elemen kemuncak dalam berfikir melalui modul Konflik Lembu

Hanya berbeza pendapat bukan berbeza akhlak. Itulah tujuan kita


Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor atas jemputan ini. Semoga kehadiran kami menyuntik sedikit "makna" dalam membantu warga kerja MAIS mencapai kemuncak dalam perkhidmatan mereka.

CSQ Training Centre
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...