Wednesday, July 31, 2013

CSQ Kini Dengan Pakej "Jom Masuk Kem"

Hasil daripada perbincangan antara Team CSQ dan pihak Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat, Selangor, CSQ kini tampil dengan produk terbaru khas untuk pihak sekolah dan institusi pendidikan yang berkeinginan membawa pelajar mereka merasai pengalaman berprogram di kem motivasi yang jauh dari kesibukan kota disamping meningkatkan lagi keberkesanan program yang diadakan.

Dengan harga serendah RM70 untuk setiap peserta bagi program 2 hari 1 malam, pakej ini dikira sangat berbaloi memandangkan harga tersebut merangkumi kos konsultan, penginapan, makan minum, malah ditambah pula dengan 2 aktiviti outdoor percuma disamping memberikan kebenaran kepada 4 orang guru pengiring untuk mengiringi peserta mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan!

Tentang lokasi kem usah bimbang. Kem ini terletak betul-betul di jalan menuju ke sungai congkak yang pastinya menjanjikan suasana yang damai, udara yang nyaman, selesa malah kemudahan yang disediakan juga cukup memadai untuk menjanjikan satu pengalaman yang menarik kepada para pengunjungnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi promosi ini di http://kemrimbaria.blogspot.com atau rujuk gambar brochure di bawah. Sekian.

"Melatih, Mendidik, Merubah"

Sila Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

CSQ Training @ Majlis Ifthar Ingress Motor Centre

Program     : Majlis Ifthar bersama warga Ingress Motor Centre
Tarikh        : 21 Julai 2013
Tempat      : Mitshubishi Showroom, Puchong, Selangor

Kali ini, saya berkesempatan dalam sesi Ceramah Khas Ramadhan bersama warga Ingress Motor Centre. Majlis bermula jam 5.00ptg-6.45 ptg. Saya teruja dapat bersama warga Ingrees Motor Centre kerana syarikat ini dimiliki oleh bumiputera melayu berjaya iaitu YBhg Datuk Haji Ramli Musa selaku Pengerusi Eksekutif. Syarikat ini adalah salah satu di antara dealer untuk kereta BMW dan Mitshubishi di Malaysia. Justeru, sesi ceramah dan majlis ifthar ini diadakan di bilik pameran ( showroom)  Mitshubishi yang baru dibuka di Bdr Bukit Puchong, Selangor

Saya sedang menyampaikan sesi tazkirah. Turut kelihatan YBhg Datuk Haji Ramli ( berbaju putih)

Majlis dipengerusikan oleh YBhg En Mohd Hakki
Terima kasih di atas jemputan untuk sama-sama berkongsi tentang kelebihan Ramadhan dan bagaimana melakukan transformasi diri sempena bulan penuh kemuliaan ini. Semoga menjadi penyebab untuk sama-sama melakukan kebaikan.

Biarlah Ramadhan Ini Dinanti..Bukan Sekadar Dilalui...

CSQ Training@Majlis Tazkirah & Ifthar MKM & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

Program     : Majlis Berbuka bersama Maktab Koperasi Malaysia
Tarikh        : 19 Julai 2013
Tempat      : Auditorium, Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan hadir dalam Program Ifthar Maktab Koperasi Malaysia. Turut hadir dalam program kali ini ialah YBhg Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan iaitu Dato Hasan Malek beserta Timbalan Menteri YBhg Datuk Paduka Ahmad Bashah.
Saya bergambar kenangan bersama Dr. Ahmad Zahiruddin ( Peng. MKM) berdiri dari kiri, Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK ) berdiri di tengah.

Fokus program ialah penyampaian dana zakat daripada Bank Rakyat & Persatuan Kebajikan Islam MKM di samping sesi beramah mesra bersama YB Menteri yang baru dilantik. Program bermula dengan majlis perasmian pada jam 5.30 petang dan berakhir dengan sesi jamuan selepas solat terawih. Terima kasih dan penghargaan kepada YBhg Dato Hasan Malek yang sudi hadir dan menunggu sehingga tamat acara.
Saya diberi tugas untuk memimpin solat tarawih beserta memberikan sedikit pengisian untuk mengisi di antara waktu maghrib dan Isya.

Duduk kiri - Datuk Paduka Ahmad Bashah ( Timb. Menteri), Dato Hasan Malek ( Menteri KPDNKK) bersama isteri
Ust Hasanuddin sedang membacakan ayat-ayat suci al quran
Beramah mesra bersama tetamu kehormat
 Sesi Tazkirah khas Ramadhan yang diadakan di Surau MKM mengisi masa senggang sementara menunggu masuk waktu Isya


Semoga Ramadhan ini menjadi titik permulaan untuk setiap dari kita melaksanakan pembaharuan dalam diri, meningkatkan amalan dalam kehidupan serta membangun peribadi soleh.

Ramadhan : Meluhur Budi Menyemai Taqwa

CSQ Training@Forum Keluarga Bahagia

Program       : Forum Keluarga Bahagia - Anak : Aset Ke Syurga Atau Neraka
Tarikh          : 29 Jun 2013
Tempat        : SRI Cahaya Ummi, Gombak, Kuala Lumpur

Menjadi moderator forum, sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Justeru, saya menerima jemputan Ustazah Ummi selaku Guru Besar SRI Cahaya Ummi untuk mengendalikan acara forum sempena Karnival Usahawan SRICU.



Panelnya YBhg Ustaz Ebit Liew ( Pendakwah Bebas) dan Ust Pahrol Mohd Juoi yang merupakan seorang penulis buku dan perunding motivasi terkenal. Program ini juga diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Maulid yang mendendangkan balada selawat kepada para tetamu yang hadir. (Kumpulan Mawlid dianggotai oleh bekas ahli kumpulan Ruffedge dan VE yang pernah popular suatu ketika dulu)

Bergambar kenangan bersama Ustazah Ummi, Ust Pahrol, Ust Ebit Liew dan ahli kumpulan Mawlid

Fokus program ini ialah untuk memberikan kefahaman terhadap kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya tugas utama mereka iaitu mendidik anak-anak di samping memberikan kemahiran serta tips motivasi dalam menangani karenah anak-anak serta membina hubungan suami isteri yang harmoni. Selaku moderator, saya terkesan dengan penyampaian kedua panel yang berjaya menyampaikan isi forum dengan cemerlang.

" Sesungguhnya harta yang paling baik untuk engkau warisi ialah akhlak dan adab"

CSQ @ SRI CAHAYA UMMI :: KURSUS SMART LEADERS

Program     : Kursus Kepimpinan Siri 2 2013
Tarikh        : 22 Jun 2013 (8.30 a.m - 5.30 p.m)
Tempat      : SRI Cahaya Ummi
Penyertaan : 70 orang peserta

Jurulatih terlibat :
  • Ustaz Azizul Asri
  • Saudari Syuhada
Kursus ini bertujuan :
  • Membina jati diri untuk menjadi seorang pemimpin
  • Membentuk sikap dan matlamat untuk berjaya
  • Menjadi seorang pelajar yang berdedikasi
  • Menjadi seorang yang berdisiplin

Game ular titi 
Pencarian pensil yang telah disembunyikan
Kumpulan yang telah berjaya mencari kesemua pensil yang disembunyikan
Design kereta yang telah siap
Formula One Game
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput kami. Semoga kursus yang diadakan ini dapat membantu adik-adik SRI Cahaya Ummi cemerlang dalam akademik & juga sahsiah.

CSQ @ MRSM MUADZAM SHAH :: KURSUS JATI DIRI

Program     : Kem Transformasi Remaja
Tarikh        : 20-21 Julai 2013
Penyertaan : 140 orang peserta
Tempat      : MRSM Muadzam Shah

Jurulatih terlibat :
  • Ust Azizul asri
  • Saudara Ammar
  • Saudara Zaki
  • Saudara Saddan
Program ini bertujuan untuk :
  • Membina jati diri yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim.

Taklimat game ular titi




Solat berjemaah
Imam khusyuk berdoa
Berlatih untuk berani bercakap di hadapan

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Mudah mudahan adik-adik peserta berjaya mencapai target kejayaan masing masing. Kami di CSQ Training Centre sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kebaikan untuk semua.

"Perfect is you do the best"

CSQ @ SMK BANDAR RINCHING :: KURSUS SMART LEADERS

Program  : Kursus Jati Diri 2013 anjuran Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)
Tarikh     :  Julai 2013
Peserta   : 130 Pelajar SMK Bandar Rinching
Tempat   : Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)

Jurulatih terlibat:
  •  Ustaz Hasanuddin bin Haron
  •  Saudara Farid Wajdi
  •  Saudara Rozaimi
  •  Saudara Aizat
  •  Saudari Siti Aisyah bt Isnin
Program ini bertujuan untuk :
  • Membina jati diri yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim.

Pendaftaran peserta
Game air
Pelantikan smart team
Menara kejayaan
Pembentangan kumpulan

Terima kasih kepada pihak SMK Bandar Banting dengan kerjasama adik-adik SMK Bandar Banting kerana memberi kepercayaan kami untuk melatih adik-adik dalam Kursus Jati Diri 2013.

Sekian, Terima kasih.

CSQ @ MASJID PUTRA :: KEM SMART RAMADHAN

Program : Kem Smart Ramadhan
Tarikh    : 20-21 Julai 2013
Tempat  : Masjid Putra, Putrajaya
Bilangan : 97 orang peserta

Tujuan :
  • Untuk memantapkan lagi amal ibadah mereka
  • Mengajar mereka bagaimana untuk mendapatkan puasa yang sempurna
  • Mengajar mereka melakukan aktiviti yang bagus di bulan puasa
  • Mengajar mereka melakukan smart wuduk dan smart solat
Jurulatih terlibat :
  • Ust Hasanuddin bin Haron
  • Saudara Syukri
  • Saudara Hamzah
  • Saudari 'Aisyah
  • Saudari Airen

 Ular titi, adik-adik sedang mencari pensil yang telah di sembunyikan
Pendaftaran peserta
Sedang khusyuk mendengar slot yang disampaikan
Sesi taaruf bersama rakan sekumpulan
Tugasan dalam kumpulan, membuat lukisan berkaitan ahli kumpulan
Tangisan dari anak soleh yang berjanji untuk berubah
Tangisan  anak solehah yang ingin memperbaiki kesalahn diri

Semoga Kem Smart Ramadhan ini berjaya mempertingkatkan ibadah adik-adik & semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini dengan sempurna

CSQ @ DARUL IZZAH :: MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELAB ANAK-ANAK YATIM

Program: Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Anak-Anak Yatim Darul Izzah
Tarikh   : 27 Julai 2013 (Sabtu)
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi
Anjuran : Kelab Anak-Anak Yatim

Pada tarikh ini, CSQ menerima jemput untuk berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah dibawah anjuran Kelab Anak-Anak Yatim dan UTM Jalan Semarak


Ust Azizul sedang memberi tazkirah sebelum majlis penyampaian cenderahati
Ust Azizul sedang menjawab pertanyaan salah seorang dari mereka
Gambar kenang kenangan bersama Anak-anak Yatim dan UTM Jalan Semarak
Keceriaan jelas terpancar di muka adik-adik ini
Majlis yang penuh dengan keberkatan kerana kami bersama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim
Kru CSQ yang pergi bersama-sama dengan Ust Azizul

Akhir kalam, doakan lah kesejahteraan mereka kerana kehidupan mereka tidak sama seperti kehidupan kita :)

CSQ @ SK DUSUN NANDING :: KURSUS PECUTAN AKHIR UPSR 2013

Program : Kursus Pecutan Akhir UPSR 2013
Tarikh    : 2-3 Julai 2013
Peserta  : 80 pelajar UPSR 2013
Tempat  : Kamunting Beach Resort

Jurulatih terlibat  :
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin
  • Saudara Saadan
  • Saudara Amar
  • Saudara Hamid
Kursus ini bertujuan untuk :
  •  Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  •  Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemarlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  •  Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


Sesi  ice-breaking

Sorakan kumpulan

Solat berjemaah di tepi pantai

Menara kejayaan

Penyampaian sijil

Acara suap-menyuap

Para trainer & fasilitator CSQ Training

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru serta peserta-peserta Kursus Pecutan Akhir UPSR ini atas kerjasama & kesudian pihak sekolah untuk menjemput pihak CSQ Training dalam menjayakan kursus ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik dunia & akhirat.

CSQ @ SK BUKIT JALOR :: KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

Program    : Kursus Pemantapan Akidah anjuran Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)
Tarikh        : 6-8 Julai 2013
Penyertaan : 85 pelajar SK Bukit Jalor
Tempat      : Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)

Jurulatih terlibat
  • Ustaz Hasanuddin bin Haron
  • Saudara Amar
  • Saudara Aizat
  • Saudara Syukri
  • Saudari Aisyah Roslan
  • Saudari Siti Aisyah bt Isnin
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk:
  • Membina jati diri aqidah yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim

jungle tracking

Menara Kejayaan


Bekerjasama dalam kumpulan untuk  mendaki bukit

Terima kasih kami ucapkan kepada warga Pusat Pemantapan Akidah Jelebu serta SK Bukit Jalor atas kesudian menjemput CSQ Training Centre dalam menjayakan program ini. Insya Allah semogapeserta program ini akan menjadi muslim yang cemerlang di dunia & akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...