Saturday, January 7, 2012

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar MRSM Pontian 2012

Program    : Kursus Motivasi Jatidiri Pelajar 2012
Tarikh       : 3-5 Januari 2012
Tempat     : MRSM Pontian, Johor
Peserta     : 147 peserta PMR 2012

Kami berkunjung ke MRSM Pontian, Johor pada tanggal 3-5 Januari 2012 bersama lagi 2 konsultan yang dijemput untuk mengendalikan minggu orientasi pelajar. Creative SQ Consultancy, Rapid Excell Consultancy dan Team Minda Fikir Hebat (TMFH) bergabung mengendalikan peserta tingkatan 2, 3 dan 5 MRSM Pontian.


Bersama peserta perempuan tingkatan 3 MRSM Pontian

Objektif Kursus pada kali ini ialah :

  • Membetulkan matlamat pelajar selepas melalui sesi cuti persekolahan
  • Memperkukuhkan semangat dan persiapan menghadapi peperiksaan 2012
  • Membentuk sikap dan peribadi mulia sejajar dengan kecemerlangan akademik
  • Membina penghayatan Islam dalam diri sebagai asas kecemerlangan


Bersama peserta lelaki tingkatan 3 MRSM Pontian


Bersama barisan Smart Team yang dilantik membantu FC Team

Antara pengisian menarik yang kami kongsikan bersama perserta dalam kursus ini ialah :

  • Ice Breaking Kejayaan
  • Pembentukan Kumpulan Super
  • Visual Kejayaan
  • Gejala Sosial Di Mana Sudahnya
  • Lembayung HatiKu
  • Pleno Super
  • Laman Nurani -  Ada Apa Dengan Cinta
  • Laman Nurani - Krisis Solat


Berikut antara koleksi gambar aktiviti sepanjang kursus. Gambar sepenuhnya boleh didapati di www.facebook.com/csq training




































Sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua MRSM Pontian, YBhg Tuan Haji Arsyad, guru kaunselor MRSM Pontian iaitu Cikgu Faridah dan Cikgu Fardi yang banyak membantu sepanjang program. Semoga program ini dapat membantu pihak MRSM Pontian mencapai matlamat yang disasarkan

"Ilmu ialah sesuatu yang diamalkan"

Kursus Motivasi My Dream Team Kakitangan Kolej Komuniti Arau, Perlis

Program      : Kursus Motivasi Kakitangan My Dream Team
Tarikh         : 2 Januari 2012
Tempat       : Kolej Komuniti Arau, Perlis
Peserta       : 75 orang Pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Arau


Team Creative SQ Consultancy dijemput mengendalikan Kursus Motivasi My Dream Team 2012 untuk kakitangan Kolej Komuniti Arau. Tugas kami kali ini membantu Kolej Komuniti Arau mencapai objektif berikut :

  • Membentuk matlamat kerja yang betul di kalangan kakitangan
  • Membina kesepakatan dan semangat berpasukan dalam bekerja
  • Membentuk budaya kerja berprestasi tinggi di kalangan penjawat awam
  • Membentuk 1 pasukan My Dream Team dalam mencapai matlamat organisasi
Antara Slot penting yang kami kongsikan bersama peserta ialah : 
  • Ice Breaking My Dream Team
  • Membentuk Kumpulan Kerja My Dream Team
  • Team Building Game
  • 1 Haluan 1 Matlamat
  • Rumusan Super!

Berikut adalah kompilasi gambar sepanjang aktiviti berlangsung. Gambar sepenuhnya boleh didapati di www.facebook.com/csq training


Aktiviti Newspaper Bridge



























Alhamdulillah, kami berasa gembira dengan respons dari peserta yang amat baik dan bersikap sporting terhadap semua aktiviti yang dijalankan. Semoga kursus ini dapat membantu meningkatkan tahap motivasi dan tahap semangat berpasukan di kalangan kakitangan Kolej Komuniti Arau dan membina suatu ikatan kerja yang kukuh. Terima kasih kepada semua yang terlibat

"Bersatu ialah menghargai perbezaan bukan mencari persamaan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...