Sunday, July 24, 2011

Pendaftaran Kem Jom Raikan Ramadhan 1432H




Salam hormat buat semua ibu bapa. Terima kasih atas kunjungan ke laman web Creative SQ Consultancy. Sempena Ramadhan ini, Creative SQ menawarkan suatu program perkampungan motivasi khas sempena Ramadhan dengan modul "Jom Raikan Ramadhan" istimewa untuk anak-anak anda.

Objektif Kem Jom Raikan Ramadhan
  • Mengenali & menghayati ibadah puasa ramadhan dalam membentuk diri sebagai anak soleh
  • Menyerlah potensi kecemerlangan dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari ibrah Ramadhan
  • Mendedahkan strategi pecutan akhir sebagai persiapan menghadapi peperiksaan
  • Membina semangat & penghayatan Islam dalam diri pelajar sebagai benteng gejala negatif
Modul  & Aktiviti Jom Raikan Ramadhan
  • Ramadhan & Excellence
  • Ramadhan & Sejarah
  • Teknik Pecutan Akhir
  • Adab Puasa Rasulullah S.A.W
  • Batalkah Puasa Anda Jika...?
  • Kuiz Ramadhan
  • Ifthar dan moreh
  • Qiamullail
  • Zikir munajat
  • Solat berjamaah

Bagaimana mendaftarkan anak-anak anda?
  • Hubungi CSQ Training di 03 6273 5130 atau sms nama peserta, umur & lokasi program ke 019 303 9845 ( Ust Aziz), 013 222 1012 (Cik Fatin) dan 019 405 0158 (Cik Izzaty)
  • Sila buat pembayaran secara tunai/cek/online melalui akaun Maybank atas nama CSQ Training & Consultancy bernombor 56439 7100 826
  • Maklumkan sebaik pembayaran dilakukan. Faks slip pembayaran ke 03 6273 5131 atau email ke csq_training@yahoo.com atau serahkan pada hari program
  • Urusetia kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut pendaftaran hari program
Tadarus al quran salah satu kaedah untuk membetulkan bacaan al quran anak-anak...
KEPERLUAN PESERTA

Masjid Bandar Baru Sungai Buloh  : 
Baju melayu, t-shirt @ kemeja, seluar slack dan track, bantal, selimut, alatan mandi, baju kurung & telekung solat (Perempuan)

Masjid Saidina Othman & Masjid Sultan Idris Shah II : 
Pakaian solat & telekung.

Rebutlah peluang mendaftarkan anak-anak anda dengan lebih awal. Kami menghargai kunjungan anda.

Kem Jati Diri & Wacana Ilmu di SRA Darul Hikmah

    Tempat            : Dewan Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
    Penyertaan       : 101 pelajar
    Anjuran            : SRA Darul Hikmah, Bandar Tasik Selatan


 Dalam Singgahan Ilmu Subuh - Rasulullah IdolaKu.."Choki choki" ganjaran untuk peserta yang menjawab soalan..

OBJEKTIF PROGRAM
  • Memantapkan persiapan menghadapi peperiksaan UPSRA & UPKK
  • Membina sikap dan peribadi anak soleh pelajar cemerlang
  • Menyuntik semangat dan motivasi diri untuk mencapai kejayaan

 Solat berjamaah agenda kejayaan dalam apa jua matlamat hidup..

 Dalam Sesi Memburu Kejayaan..

 Melihat papan markah yang menentukan kumpulan Juara..

 Bersama salah seorang peserta yang menerima anugerah terbaik - Zulaikha..

 Sesi senaman pagi..

Dari kiri sedang tersenyum. Ust Shauqie, Ust Luqman & Ust Zul...

 Kami berjaya!Kami Berjaya!Kami berjaya!...

 Antara barisan guru cemerlang yang setia menemani kami sepanjang bertamu di Darul Hikmah memberikan pose terbaik...

 Modul bersatu teguh bercerai roboh selesai....

 Antara kreativiti menyusun fail terbaik...

 Pembinaan kumpulan super!

Bersama smart team...

Ucapan terima kasih kepada JAWI, Guru Besar SRA Darul Hikmah YBhg Ust Fauzi, Ustazah Liza dan semua guru SRA Darul Hikmah yang melayan mesra kunjungan CSQ Training. Semoga latihan dan input yang dikongsi bersama pelajar dapat membantu mereka untuk menyerlahkan potensi kecemerlangan diri. Jazakallah...

Friday, July 22, 2011

Xplorasi Anak Soleh di Ulu Yam River & Terrace

 15-16 Julai 2011
SRA Sentul Pasar
Penyertaan 70 peserta

 Menyambut kehadiran Guru Besar & rombongan SRA Sentul Pasar...


 Kak Izzzaty begitu "khusyuk" hingga memejamkan mata..

 Sesi taklimat program...





 Dalam Kembara Ulul Albab...

 Membina kerjasama untuk  mencapai matlamat...



Latihan Solat berjamaah di atas pasir...

Terima kasih kepada pihak SRA Sentul Pasar, Hj Rahim daripada Ulu Yam RiverTerrace dan semua tenaga penggerak X-Plorasi Anak Soleh.

Thursday, July 7, 2011

Singgahan Ilmu Di Seri Pinang, Sungai Petani Kedah

" Zul, alang-alang nak pi Bendang Man, hang mai singgah kot sungai petani nie bagi ceramah Israk Mikraj kat sekolah aku". Tanya Ust Luqman pada saya awal Jun lalu.

"Boleh, Insya Allah, lagi pun kira on the way tu"  Ujar saya. 

" Kali nie boleh la bantai cakap kedah. Dok bunyi KL saja, kali nie boleh belasah cukup-cukup" Tambah saya lagi.

Tanggal 30 Jun, ada 3 perkara penting berturutan. Ceramah Israk di SK Seri Pinang jam 8.00 pagi, tandatangan perjanjian francais Nelsons di Air Panas Ulu Legong jam 12 tengahari seterusnya bersama anak-anak KEDA Zon 2 Padang Terap dalam Kursus Bina Sahsiah selama 3 hari 2 malam di Bendang Man, Sik, Kedah.


 Hampir 300 pelajar tahap 2 SK Seri Pinang begitu " sporting" dengar ceramah..

Jadi, selesai ceramah Israk Mikraj di SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya pada 28 Jun, kami bertolak menuju Negeri Jelapang Padi menyelesaikan misi dakwah komersial kami. Bermalam di rumah mertua saya di Alor Setar, pagi 30 Jun, kami keluar rumah seawal jam 7 pagi menuju ke Sungai Petani. Kali ini kru terlibat ialah Ust Luqman, Shauqie, Fatin, Izzaty & Fazlinie. Misi kami Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA Zon 2 di Bendang Man. SK Seri Pinang ialah singgahan untuk kami mencurah ilmu bersama adik-adik yang masih kecil serta mempunyai masa depan yang lebih mencabar. 

Saya semakin teruja ingin bercakap bahasa "kedah". Hampir 7 tahun menapak di Lembah Klang, kebanyakan slot motivasi dikendalikan menggunakan lenggok bahasa "standard" cuma terkadang tersasul juga ayat seperti " keluar bilik jangan lupa katup lampu" yang bermaksud tutup atau ayat " adik-adik, sila buat 2 nerai kalau beratur". 2 Nerai bermaksud 2 barisan. Jadi, kali ini, tiada hipokrasi bahasa dalam ceramah saya. Peluang untuk saya melontarkan bahasa "homebranch" terbuka luas.

 Tunduk berzikir tanda cinta rasul..

 Dari kiri, Ust Shauqie dan Ust Luqman yang membuat pre ice breaking yang mantap...


 Ceramah bermula dengan pembukaan dari Ust Luqman selaku pengerusi majlis. Interaksi dan intonasi pembukaan membantu menghidupkan semangat pelajar untuk mendengar ceramah. Sekali lagi, unsur humor adalah dos terbaik untuk mengekalkan adrenalin peserta untuk bertahan hingga ke minit terakhir. Pada pemerhatian saya, pelajar tahap rendah khususnya mempunyai daya penumpuan yang rendah. Mereka memerlukan unsur pelengkap (complimentary) untuk membawa mereka ke matlamat yang kita sasarkan. Gabungan permainan minda, slide show yang menarik serta interaksi yang berkesan di samping lawak jenaka yang bersesuaian adalah ramuan terbaik menghidupan sesi motivasi bersama pelajar-pelajar ini.

 Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar tanpa huru hara selama 1 jam setengah
Walau pun pada awalnya teruja ingin bercakap bahasa "kedah". Saya telah meng"KL" kan hampir 70 peratus penggunaan bahasa sepanjang sesi. Masih wujud penyakit hipokrasi bahasa. Alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. Bahasa "Kedah" hanya keluar apabila saya memberikan contoh dan mewujudkan dialog dalam ceramah. Selainnya terbiasa dengan lenggok "KL". 

Ceramah Irak kali ini menanggap beberapa aspek penting. Antaranya memahami Isra iaitu perjalanan nabi bersama Jibril menunggang Buraq menuju ke masjidl Aqsa di Palestin. Seterusnya memahami Mikraj di mana nabi diangkat ke langit sehingga menuju Sidratul Muntaha mengambil perintah solat dari Allah s.w.t. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, nabi s.a.w divisualkan dengan gambaran manusia yang melakukan kesalahan dan menerima pembalasan. 

Antaranya peminum arak, pemakan riba, penzina, pengkhianat amanah, orang yang mensia-siakan umur muda dan orang yang suka mengumpat, memfitnah dan mengeji. Juga balasan baik kepada orang yang berjihad di mana mereka menanam tumbuhan serta pada masa yang sama mengaut hasil tanaman mereka. Bagitu juga dengan bau harum dari kubur Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun.

Nabi juga dimotivasikan oleh Allah s.w.t apabila mengimamkan solat bersama para anbiya yang lain. Menunjukkan bahawa Rasulullah adalah penghulu segala nabi dan rasul. Memberikan kegembiraan kepada nabi yang masih bersedih atas pemergian bapa saudaranya Abu Talib dan isteri baginda yang tercinta, Saidatina Khadijah.



Saya mengambil kesempatan menekankan aspek solat dalam membentuk kecemerlangan diri seseorang pelajar. Solat pada masa yang sama menjadi pengawal kita dari segala benteng kejahatan. Baik seseorang itu dilihat dan dibentuk melalui kualiti solatnya. Mudah-mudahan  semua pelajar yang hadir berusaha membentuk kualiti solat sempena memperingati peristiwa aguung Israk dan mikraj ini.





 Sekalung budi setulus hati kepada semua warga SK Seri Pinang yang melayan kami dengan begitu baik. Ternyata sikap memuliakan tetamu bukti keampuhan iman warga SK Seri Pinang.

Sultan Al Fateh panglima sebenar,
Jasanya tinggi tiada tandingan,
Jasa tuan puan amatlah besar
Moga Tuhan berikan balasan

Selamat beribrah sempena israk mikraj.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...