Wednesday, November 9, 2011

KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH NOV-DIS 2011 : PENDAFTARAN SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011

Daftar SummerCamp Anak Soleh Nov-Dis 2011 (KLIK SINI)

PENDAFTARAN SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011

Salam Inspirasi untuk semua pengunjung laman CSQ Training,



Rebutlah peluang dengan mendaftarkan anak-anak anda lebih awal...

Bersempena dengan Cuti Sekolah November-Disember 2011 ini, kami berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk menghantarkan anak-anak anda ke SummerCamp Anak Soleh 2011 yang kami anjurkan di lokasi dan tarikh berikut :

Haziq ( Ikon Tom Tom Bak & Pelakon Bersiri Belalang Astro) bakal menghadiri 
SummerCamp  25-27 Nov di Masjid Bangsar

Slot Bersama Imam Muda Azhar ( Finalis Imam Muda 1,
 Hos Khabar Haji Astro Oasis 2011 dan Hos Jemputan Umrah 2011) di Masjid Bangsar

1. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri 1
  • Tarikh    : 25-27 November 2011 (Jumaat-Ahad)
  • Tempat  : Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid
  • Hantarkan peserta pada 25 Nov 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Bangsar dan dijemput hadir keSesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 27 Nov 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.
2. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri II
  • Tarikh    : 2-4 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
  • Tempat  : Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor (Berdekatan Pasaraya Econsave Sg Buloh)
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid 
  • Hantarkan peserta pada 2 Dis. 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid BBSB dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 4 Dis 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.
3. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri III
  • Tarikh    : 6-8 Disember 2011 (Selasa-Khamis)
  • Tempat  : Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bdr Tun Razak, Cheras
  • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
  • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
  • Peserta bermalam di masjid 
  • Hantarkan peserta pada 6 Dis. 2011 (Selasa) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Saidina Othman dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 8 Dis 2011 (Khamis) jam 11.00 pagi.
    3. SUMMERCAMP ANAK SOLEH 2011 Siri IV
    • Tarikh    : 9-11 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)
    • Tempat  : Masjid Sultan Idris Shah Ke II, Ipoh, Perak (Masjid Negeri, Ipoh)
    • Yuran    : RM150.00 (Merangkumi makan minum, bahan kursus, sijil, penginapan dan jurulatih)
    • Penyertaan terbuka untuk anak-anak berusia 9-17 tahun
    • Peserta bermalam di masjid
    • Daftarkan peserta pada 9 Dis 2011 (Jumaat) jam 8.00 pagi di Lobi Utama Masjid Negeri dan dijemput hadir ke Sesi Rumusan ( Majlis Penutup & ambil peserta) pada 11 Dis. 2011 (Ahad) jam 11.00 pagi.
        OBJEKTIF PROGRAM

        • 1.       Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
        • 2.       Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah & tauhid
        • 3.       Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
        • 4.       Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

        ATURCARA PROGRAM
        ( Sila klik dua kali pada imej untuk paparan lebih besar)


        CARA MENDAFTAR

































        KEPERLUAN PESERTA PADA HARI PROGRAM

































        JURULATIH & FASILITATOR YANG TERLIBAT
         






























        Daftarlah hari ini untuk suatu perkampungan ilmu dan motivasi bermanfaat untuk anak-anak anda sempena cuti sekolah ini. Kami berbesar hati menunggu kehadiran para peserta untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman membentuk jati diri seorang muslim cemerlang dunia akhirat. Insya Allah.

        "Anak yang soleh lahir dari ibu bapa yang soleh"

        CSQ Training di Felcra Training Centre bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional

        Program       : Kursus Perpaduan 20122
        Tarikh          : 30-31 Oktober 2011
        Tempat        : Felcra Traininig Centre, Tebing Tinggi, Segamat, Johor
        Peserta        : 40 guru Tabika dan kakitangan Jab. Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Segamat

        Pada tanggal 30 Oktober lepas, saya dijemput sebagai associate trainer bersama Felcra Training & Consultancy (FTC) untuk mengendalikan Kursus Perpaduan 2011 untuk para guru dan kakitangan Jab Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Segamat.

        Antara slot yang saya kendalikan ialah :

        1. Isu dan Cabaran Dalam Organisasi
        2. Motivasi Perpaduan ; Di Mana Hilangnya?
        3. Tazkirah Subuh : Ketenangan Hidup
        4. Pleno & Resolusi Kursus Perpaduan 2011

        Sesi Ice breaking

        Dalam kursus berjangka dua hari ini juga, diselitkan pelbagai aktiviti outdoor seperti water piping, Kembara Malam, Treasure Hunt dan Sukan perpaduan.

         Pembinaan kumpulan...







         Aktiviti Water Piping





         Saya cuba bermesra dengan seekor kuda bernama "Time"

         Aktiviti berakit memberikan nilai kerjasama kumpulan...


         Membersihkan kandang kuda, antara check point mencabar peserta...




        Sekalung budi kepada YBhg En Roslan, selaku Pengurus di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi yang sudi menjemput saya menjadi keluarga jurulatih FTC sepanjang dua hari. Banyak pengalaman hidup yang dikongsi beliau bersama saya. Saya telah memperolehi pengalaman hidup 47 tahun En Roslan hanya dalam masa dua hari. Suatu kesempatan "emas" buat saya. Juga kepada semua peserta dan kru FTC yang terlibat. Semoga kursus ini memberikan nilai tambah serta input yang berguna untuk perpaduan kakitangan dalam organisasi.

        Terbaik ialah perkataan yang memapu menjinakkan kemarahan

        CSQ Training di SM Sains Tuanku Munawwir, Seremban

        Program        : Kem Pemantapan Organisasi SASER 2012
        Tarikh           : 29 Oktober 2011
        Peserta         : 60 Pengerusi dan Setiausaha Badan beruniform, Persatuan dan Kelab SASER


        Kali ini, saya berkesempatan berkunjung ke SM Sains Tuanku Munawwir, Seremban. Dulunya dikenali sebagai SASER ( Sekolah Sains Seremban).

        Berbesar hati dapat berkunjung ke sini. Sekolah terbaik SPM seluruh Malaysia 2010. Sememangnya pencapaian itu sesuai dengan watak pelajar-pelajarnya yang amat berhemah dan berdisiplin.

        Dalam Cabaran Tali Organisasi

        Kali ini, subjeknya adalah pengukuhan organisasi penggal 2012. Jadi, pesertanya adalah pengerusi dan setiausaha badan beruniform, persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah.  Antara penekanan yang diberikan dalam program ini ialah : 
        1. Membentuk visi persatuan
        2. Merancang misi dan strategi menggunakan Teknik MBO (Management By Objective)
        3. Mengurus Daya Kepimpinan
        4. Mengurus mesyuarat
        5. Mengendalikan tekanan


         Pembentangan dari Debate Club

         Bersama Badan Dakwah SASER..

         Tekun menyiapkan visi dan misi persatuan masing-masing

         Tiada yang terkecuali, semuanya memberikan komitmen terbaik...

         Visi adalah panduan dan hala tuju, misi adalah objektif dan strategi adalah program atau aktiviti...



         Antara pembentangan terbaik...






         Menyelesaikan tekanan melalui cabaran tali...

        Tekanan tidak boleh dihapus tetapi boleh diurus...

        Semoga SASER agan lebih proaktif pada tahun hadapan melalui pemilihan pengerusi dan setiausaha yang telah diberikan pendedahan lebih awal terhadap konsep, asas dan pengurusan organisasi.

        A Good Leader must be a good follower!

        CSQ Training di MRSM Batu Pahat, Johor

        Program        : Kem Jati Diri Pelajar Muslim 2011
        Tarikh           :14-16 Oktobero 2011
        Peserta         : 200 pelajar MRSM Batu Pahat, Johor Darul Takzim

        Alhamdulillah, kami berbesar hati dapat berkunjung ke MRSM Batu Pahat, Johor. Daerah Batu Pahat terkenal dengan kerepek-kerepek yang sedap dan menarik menggamit Team CSQ untuk singgah buat kenangan dan buah tangan untuk insan yang kami tinggalkan di rumah.

        Misi kami seperti biasa, membentuk jati diri dan nilai hidup serta budaya cemerlang di kalangan peserta.

        Antara aktiviti kali ini ialah Brainstorming Cinta Remaja, Radio Karat, Rasulullah IdolaKu, Dunia di Tangan Kita, Menara Kejayaan, Membentuk Matlamat Memperkukuhkan Tekad, Modul Ular Titi dan termasuk aktiviti qiamullail, solat dhuha dan tazkirah.
        Gelagat satu kumpulan dalam mempersembahkan trademark kumpulan...

        Antara pose kumpulan yang sempat team CSQ rakamkan...






         Permainan Ular titi membentuk kerjasama dan kreativiti kumpulan...


         Modul Radio karat menyantuni aspek amanah dan fokus



         Aktiviti perdana, Solat Asar berjamaah di padang bola, sesuatu yang pertama kali dilakukan sejak MRSM Batu Pahat dibuka...

         Penerangan tentang Solat dan kewajipannya


         Empat Jurulatih CSQ Training yang berkampung selama 3 hari 2 malam bersama peserta..


         Dari kiri FC Sahi, saya, En Roshah, Ust Luqman dan FC Airin..

         Tazkirah "Ada Apa Dengan Cinta" membincangkan persoalan cinta monyet


        Antara susunan kreatif kumpulan....

        Kami mendoakan kejayaan akademik dan kecemerlangan budi untuk semua peserta yang terlibat.  Semoga titik titik perubahan yang disemai akan berkembang menjadi suatu budaya subur dalam MRSM Batu Pahat. Insya Allah

        "Kemahiran diperolehi apabila anda selalu melakukannya"
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...