Tarikh : 29 Oktober 2011
Peserta : 60 Pengerusi dan Setiausaha Badan beruniform, Persatuan dan Kelab SASER
Kali ini, saya berkesempatan berkunjung ke SM Sains Tuanku Munawwir, Seremban. Dulunya dikenali sebagai SASER ( Sekolah Sains Seremban).
Berbesar hati dapat berkunjung ke sini. Sekolah terbaik SPM seluruh Malaysia 2010. Sememangnya pencapaian itu sesuai dengan watak pelajar-pelajarnya yang amat berhemah dan berdisiplin.
Dalam Cabaran Tali Organisasi
Kali ini, subjeknya adalah pengukuhan organisasi penggal 2012. Jadi, pesertanya adalah pengerusi dan setiausaha badan beruniform, persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah. Antara penekanan yang diberikan dalam program ini ialah :
- Membentuk visi persatuan
- Merancang misi dan strategi menggunakan Teknik MBO (Management By Objective)
- Mengurus Daya Kepimpinan
- Mengurus mesyuarat
- Mengendalikan tekanan
Pembentangan dari Debate Club
Bersama Badan Dakwah SASER..
Tekun menyiapkan visi dan misi persatuan masing-masing
Tiada yang terkecuali, semuanya memberikan komitmen terbaik...
Visi adalah panduan dan hala tuju, misi adalah objektif dan strategi adalah program atau aktiviti...
Antara pembentangan terbaik...
Menyelesaikan tekanan melalui cabaran tali...
Tekanan tidak boleh dihapus tetapi boleh diurus...
Semoga SASER agan lebih proaktif pada tahun hadapan melalui pemilihan pengerusi dan setiausaha yang telah diberikan pendedahan lebih awal terhadap konsep, asas dan pengurusan organisasi.
A Good Leader must be a good follower!
No comments:
Post a Comment