Sunday, February 26, 2012

Pakej Umrah Suffah Travel & Tours (M) Sdn Bhd anak syarikat CSQ Training & Consultancy



Alhamdulillah, akhirnya Suffah Travel & Tours (M) Sdn Bhd  dapat ditubuhkan dan mula beroperasi. Pengalaman ayahanda Tuan Haji Ahmad Tajuddin selama 20 tahun dalam membimbing jemaah haji & umrah diiktibar sepenuhnya untuk membariskan kami dalam pengendali pakej umrah yang berkualiti dan memuaskan hati semua jemaah.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

Mengerjakan Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara tempoh keduanya dan Haji yang mabrur ( yang penuh dengan kebajikan ) tidak ada balasannya melainkan syurga". 
Diriwayat daripada Imam Ahmad


Kami dengan berbesar hati menjemput anda, saudara dan kenalan menyertai pakej umrah yang ditawarkan ini. 

Tempahan umrah berkumpulan juga diterima dan boleh disesuaikan mengikut pakej yang dikehendaki pelanggan. Contohnya aspek tarikh, jenis penerbangan dan hotel serta jumlah hari perjalanan.

Insya Allah, servis dan perkhidmatan yang terbaik kerana "Kerja Itu Ibadah".

Suffah Travel & Tours (M) Sdn Bhd

Wednesday, February 15, 2012

CSQ Training And Consultancy di MRSM Transkrian, Pulau Pinang














Program            : Kursus Kecemerlangan PMR & SPM  2012

Tarikh               : 11-12 Februari 2012 
Tempat             : MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Penyertaan        : 300 pelajar PMR dan SPM MRSM Transkrian, Pulau Pinang


Memulakan bicara dalam "Slot Ice Breaking"

Bro Shauqie sedang merencana idea untuk slot kedua program...

Kali ini, team CSQ berkunjung ke utara tanahair iaitu Pulau Pinang. MRSM Transkrian destinasi kami. 300 peserta adalah tugas kami. CSQ memegang amanah pengurusan MRSM Transkrian di bawah Tuan Pengetua En Samsuddin b Suip untuk mencapai matlamat berikut :


  1. Membetulkan matlamat dan fokus pelajar ke arah pencapaian 100% A dalam PMR dan SPM
  2. Membina semangat, motivasi dan jati diri pelajar ke arah pembentukan peribadi cemerlang
  3. Membina semangat kerjasama dan bantu membantu di kalangan pelajar dalam mencapai matlamat


Pemilihan Smart Team...






































Sunday, February 5, 2012

Bengkel Pemantapan Organisasi SMK Puteri Seremban

Bergambar bersama barisan SmartLeaders SMK Puteri

Syukur kepadaNya pihak CSQ Training berpeluang menjejakkan kaki ke bumi SMK Puteri Seremban dalam Bengkel Pemantapan Organisasi 2012.

Kali ini peserta 75 orang. Hanya 3 peserta lelaki berbangsa cina dari SMK St. Paul. Selainnya pelajar perempuan dari kelompok 3 bangsa premier Melayu, Cina dan India. Boleh dikatakan Bengkel Pemantapan Organisasi 1 Malaysia.

Fokus CSQ dalam program ini amat jelas. Memahamkan peserta tentang kaedah mengendalikan organisasi pelajar di sekolah serta isu-isu kritikal melibatkan soal kepimpinan dan deligasi arahan.

Antara modul dan pengisian Bengkel Pemantapan Organisasi 2012 kali ini ialah : 
  1. Ice Breaking
  2. Konsep Asas Organisasi
  3. Merancang MBO Persatuan/Kelab
  4. Isu-Isu Organisasi
  5. Pleno Kepimpinan - Tanyalah Pakar



Merancang MBO persatuan...



MBO ialah teknik asas merancang persatuan dan menjimatkan masa..

Tekun menyiapkan kerja...

Lunch setelah memerah otak berfikir dan merancang...

Sesi pembentangan amat penting untuk membetulkan pembentang dan audien lain

Persatuan Bimbingan dan Kaunseling membuat pembentangan MBO...

Sesi Mencari Keserasian...

Menerima cenderamata dari Puan Poziah selaku Penolong Kanan SMK Puteri...

Semua peserta Kursus Pemantapan Organisasi 2012...

Bersama Bro Shauqie dalam Sesi Ice Breaking...


Teknik Memanjangkan Fikiran oleh Bro Shauqie..









Ribuan terima kasih kepada semua guru-guru terlibat khususnya Puan Poziah selaku Guru Penolong Kanan SMK Puteri yang sudi menjemput kami, Cikgu Lai yang tekun menemani karenah kami sehingga ke puncak kursus serta barisan guru kaunselor yang lain serta semua peserta SMK Puteri dan SMK St Paul. 

Semoga kunjungan kami memudahkan laluan anda untuk merancang persatuan anda semua mencapai visi dan misi berjaya.

Goog Luck!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...