Monday, July 26, 2010

Singgahan Ilmu di SRA Al Islahiah Sungai Besi

Program Anak Soleh Cemerlang Exam
23-24 Julai 2010
SRA Al Islahiah, Sungai Besi, KL
104 pelajar tahun 5-6
Modul
Smart Akhlak
Smart Study
Anak Soleh
Teknik Menjawab UPSRA & UPKK

Dengan izin Allah s.w.t., Creative Solution diberikan ruang untuk melakukan jaulah ilmu selama 2 hari 1 malam di SRA Al Islahiah, Sg Besi, Kuala Lumpur.
" Setelah hampir 3-4 tahun sekolah tidak menganjurkan program motivasi bermalam di sekolah, saya berbesar hati dapat mengadakannya pada tahun ini setelah menerima banyak pertanyaan dari para pelajar" Ujar Ustazah Khadijah, Guru Besar dalam majlis penutup Sabtu lepas.
Kami memikul amanah dan tanggungjawab untuk menanam kesedaran rohani serta memberikan teknik dan strategi belajar kepada adik-adik peserta. Alhamdulillah, pada kali ini, Creative Solution dibarisi pemain utama yang mempunyai capability yang tinggi. Ust Hamdi dan ust Fadhli selaku pakar bercerita di samping fc aisyah dan fc amirah yang penyayang bersama adik-adik peserta.

Bersama adik-adik pelajar lelaki yang bersemangat...
Kompilasi gambar bersama pelajar perempuan...

Sibuk menghafal rukun solat...


Sesi Pleno bersama ibu bapa mencetus rasa ingin berubah dan berjaya

Sesi Seluhur Kasih Ibu Semurni Cinta Guru....


Respons ibu bapa sangat positif apabila ramai menghadiri majlis perasmian penutup...


Ust Fakhruddin mengetuai akad penyerahan ilmu kepada pelajar...semoga ilmu terus subur dan berkembang ...

Ustazah Khadijah (Guru Besar) yang sentiasa bersama pelajar sepanjang program...


Team Creative Solution dari kiri Ust Fadhli, saya, Ust Dhan, Amirah, Aisyah, Ust Hamdi dan Ust Hafiz..

Hadiah yang menjadi idaman peserta...


Bersama Ust Fauzi Mustafa ( Hos Al Kuliyyah TV3) yang turut hadir...


Sesi Ice breaking


Perlantikan Smart Team...


Majlsi penutup dirasmikan oleh YBhg Ust Mohd Ansarullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir SRA Al Islahiah...

Friday, July 23, 2010

Mengendalikan Seminar Kepincangan Aqidah di JAKIM

Bergambar di hadapan Dewan Seminar PPAJ. Dari kiri Ust Subhi (BMQ), Ust Azlim ( Rakan sepengajian di Universiti Malaya), Ust Hafizam dan saya.
Pada 21 Julai yang lepas, saya bersama Ust Subhi dari BMQ Training telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja di Seminar Kepincangan Pegangan Agama, Keruntuhan Akhlak dan Gejala Sosial yang berlangsung di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini dihadiri oleh 160 orang kepimpinan pelajar dari 8 buah sekolah di Daerah Jelebu. Saya berkesempatan membentangkan 2 slot iaitu Isu-Isu Aqidah Di Kalangan Remaja pada sesi pagi manakala pada sesi petangnya ialah sesi pleno iaitu Gejala Sosial Di Kalangan Remaja: Apa Sudahnya?. Ust Subhi mengendalikan sesi Pengaruh Agama Terhadap Pembinaan Akhlak Di Kalangan Remaja pada sesi kedua.
Kami bertolak seawal 6.30 pagi dari Damansara melalui Tol Sg Penchala & Kerinchi Link menuju ke plaza tol Bt 9, Hulu Langat untuk mengelak dari kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan dan kami tiba di PPAJ kira-kira pada jam 8.00 pagi iaitu 30 minit sebelum slot bermula.

Sesi Pleno , pelajar diminta membentangkan 5 perkara yang akan dilakukan untuk membanteras gejala sosial jika mereka menjadi Perdana Menteri
Saya menggunakan pendekatan santai bersama pelajar untuk memastikan perhatian mereka terus melekat kepada pengisian yang disampaikan. Pelajar memberikan respons yang baik dari aspek bertanya soalan, mencatit nota dan memberikan tepukan kepada rakan-rakan yang bangun memberikan pandangan. Mungkin kerana kebanyakannya adalah pemimpin pelajar dan dari sekolah berbeza, maka semangat inkuiri dan adrenalin mengalir segar sepanjang sesi seminar.
Seminar biasanya ditanggapi sebagai sesuatu yang formal. Kertas kerja yang lengkap dan pembentang biasanya beroperasi satu hala. Saya bersetuju dengan semua itu namun apa yang saya rasa perlu dimodifikasikan khususnya apabila berhadapan dengan generasi muda yang sentiasa inginkan sesuatu yang menarik minat mereka, maka pendekatan atau manhaj bercakap perlu ditingkatkan. Seni artikulasi harus menarik perhatian mereka. Contoh-contoh yang diberikan perlulah contoh yang mereka hadapi setiap hari. Maka mereka akan lebih berminat dan memberikan perhatian kerana itulah isu mereka.
Seorang pelajar memberikan pandangan....
Berikut adalah isi kandungan pembentangan saya :
Slot I : Isu-Isu aqidah di Kalangan Remaja
  • Maksud aqidah dari segi bahasa dan syarak
  • Isu aqidah terbahagi kepada 2 iaitu lemah aqidah dan rosak aqidah
  • Memahami kaedah iaitu melakukan dosa bermaksud lemah aqidah namun mempersoalkan dosa, mempertahan dan memperjuangkannya boleh merosakkan aqidah
  • Isu-isu aqidah yang berleluasa di dalam masyarakat
  • Lambakan cerita hantu dan tahyul
  • Mempercayai bomoh, tangkal, sihir dan sial
  • Kepercayaan terhadap sesuatu tanpa dalil Quran hadith atau logik sains (sunnatullah) seperti bergambar 3 orang akan mematikan seorang, kupu-kupu masuk rumah tanda ada tetamu, memakai benang hitam di lengan boleh menghentikan bayi menangis atau kencing malam dan pelbagai isu lagi
  • Isu aqidah remaja ialah keterlibatan dan perlakuan gejala sosial seperti buang bayi, pergaulan bebas, lari dari rumah, buli, bunuh, dadah dan pil khayal dan sebagainya.
Saya memetik kata-kata Cat Steven " Budaya Barat seperti sebuah kapal yang akan tenggelam, namun aku melihat ramai remaja Islam berebut-rebut membeli tiket untuk menaiki kapal itu"

Tuesday, July 20, 2010

Program Anak Soleh Kerjasama dengan HFZ Training

Selepas menghabiskan program bersama adik-adik di SRA Sentul Pasar, Kuala Lumpur, saya memandu berseorangan menuju ke SAR Manarul Islam, Kelana Jaya untuk bersama-sama HFZ Training untuk membantu adik-adik di sana menyerlahkan potensi kecemerlangan dalam diri masing-masing. Kawasan kejiranan di sana dipenuhi dengan rumah mewah dan dihiasi dengan pepohon rendang menghiburkan hati saya.
Di sini saya lampirkan gambar--gambar sepanjang program berlangsung.


"Tumbang sekejap selepas qiamullail sementara menunggu "flight" Subuh pulak..

FC Abg Hamdi memberikan Laman Nurani kepada adik-adik Manarul Islam...

Slot Anak Soleh Idol mencungkil potensi kreativiti peserta...


Bersama pelajar-pelajar lelaki....

Bersama adik-adik perempuan...

Monday, July 19, 2010

Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam SRA Sentul Pasar

Program Anak Soleh Cemerlang Exam 2010

SRA Sentul Pasar, Kuala Lumpur
104 Pelajar UPSRA & UPKK 2010
Pengisian : Teknik Belajar, Teknik Menjawab UPKK UPSRA, Teknik Peta Minda, Pembinaan Sikap Anak Soleh serta Akhlak Remaja Muslim

Sesi bersama ibu bapa....

Kehadiran ibu bapa & waris amat membanggakan...

Majlis Perasmian pembukaan...

Barisan FC Creative Solution dari kiri abg haris, abg ajmal dan abg safwan..
Aktiviti makan yang dinantikan...

Sesi Pembinaan Kumpulan & Ice Breaking..

Kami anak soleh....

Majlis penutup bersama ibu bapa dan waris..

Antara guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program...

Merubah diri melalui penyucian hati..zikrullah..

Sesi riadhah kendalian akak yanie ( kiri) dan akak aini...

Cabaran tali anak soleh...

Tuesday, July 13, 2010

Kem Kepimpinan SmartLeader SRADI di Lubok Manggis

9-11 Julai 2010
Lubok Manggis Campsite, Hulu Langat, Selangor
75 Pelajar SRA Diniatul Islamiah, Cheras, Kuala Lumpur
Pengisian : Modul Kepimpinan : Smart Akademik : Motivasi Diri & Anak Soleh

Sekolah Rendah Agama Diniatul Islamiah (SRADI) melalui Guru Besarnya Puan Hamidah bt Berahim telah menjemput Team CSQ untuk mengendalikan sesi motivasi 3 hari 2 malam untuk anak-anak pelajar SRADI bertempat di Lubok Manggis Campsite, Hulu Langat.
Lubok Manggis Campsite baru mula beroperasi kira-kira awal Januari 2010 yang lalu.
Bersama pelajar lelaki dan guru pengiring SRADI
Para pelajar diberikan penginapan di dalam khemah besar yang diubahsuai menjadi dormetri. Kawasan kem ini dikelilingi oleh pohon buahan seperti langsat, cempedak, manggis dan paling menarik sudah pasti buah durian. Bimbang juga kalau-kalau buah durian jatuh menimpa bumbung kereta yang diletakkan di bawahnya.
Bersama pelajar perempuan.
3 hari 2 malam kami cuba mendekati adik-adik dan memberikan pengisian berkaitan dengan kepimpinan, motivasi diri dan anak soleh.Ada di kalangan peserta yang datang sebagai pengawas, ketua dan penolong ketua kelas dan pelajar biasa dari tahun 5 & 6. Pelajar diketuai oleh Ust Zafrul yang dipanggil "walid".
"Kenapa diorang panggil ust walid?" Tanya saya pada Ust Zafrul pada hari terakhir program.
Supaya senang ana nak rotan kalau diorang tak dengar cakap. Kalau panggil Ust mungkin susah sikit. Kalau walid tu dah kira mcm bapa sendiri. Jadi takde masalah kalau nak rotan atau pulas telinga". Ujar Ust Zafrul. Saya tersenyum mengangguk. "Betul juga mcm tu". Fikir sendiri.

Barisan Trainer CSQ Training..

Jambatan menarik di kawasan mandi...

Persiapan untuk jungle trekking..

Sesi Seluhur Kasih Ibu...

Bersolat asar di dalam hutan...

Di mana bumi tuhan, di situ kita hambaNya..

Dalam perjalanan pulang ke Kem...


Adik-adik SRADI yang aktif...

Thursday, July 1, 2010

Belajar Berkesan Menggunakan Peta Minda

Inspiring creative & innovative minds...

APA ITU PETA MINDA?

Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind.

BAGAIMANA PETA MINDA BERFUNGSI?

Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengigatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Spoon-fed learning atau dalam Bahasa Melayu dipanggil belajar secara disuap adalah teknik pembelajaran yang telah ketinggalan zaman. Teknik ini telah menjadikan fikiran para pelajar kaku untuk menghuraikan sebarang permasalahan. Walaubagaimanapun ahli fikir barat yang sentiasa mengkaji corak pemikiran manusia telah menjumpai satu teknik belajar selari dengan bagaimana otak manusia berfikir iaitu Peta Minda ( Mind Mapping).

!!!! Sekiranya anda mengambil masa belajar satu jam, dalam masa 24 jam 80% dari yang anda pelajari akan hilang.

Menurut Tony Buzan pengasas Peta Minda, pelajar akan lupa apa yang diajar sebanyak 80% dalam masa 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut membuat ulangkaji selama satu jam selepas pelajaran tersebut diajar dan diikuti sehari esoknya, seminggu sekali, sebulan sekali dan 6 bulan sekali, anda akan mudah untuk mengingati kembali

TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA

Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.

  1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
  2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
  3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
  4. bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
  5. Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
  6. Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
  7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai







Contoh peta minda..Selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...