Monday, December 27, 2010

Tahun 2010 Yang Ditinggalkan

Tahun 2010 yang ditinggalkan..





Pejam celik-pejam celik telah hampir detik 2011. Banyak lagi azam 2010 yang belum dilunaskan. Bagi pelajar, detik 2011 bermakna sekolah akan dibuka. Kembali kepada jadual bangun awal, kerja sekolah, perhimpunan dan sebagainya yang kadang-kadang tidak diminati kebanyakan pelajar. Mengapa ia berlaku? Kerana cuti sekolah di"lanyak" habis habisan. Tidur lewat bangun lewat. Ber"iktikaf" sunat di kafe siber. Banyak luangkan masa bersantai dan tengok TV. Ada juga yang mengambil kesempatan bekerja mencari duit tambahan. Baca buku?Study? Rasanya sukar dijelaskan. 2011 mungkin tahun UPSR, PMR atau SPM bagi sebahagian pelajar, tetapi cuti sekolah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Maka apabila tirai sekolah dibuka, rasa malas untuk ke sekolah dan kembali ke situasi belajar akan menyerang kita.

" Boleh rileks lagi nie. SPM hujung tahun. Lambat lagi".

"Belajar awal-awal pun buat apa, nanti lupa"

"Study nie kena relaks. Tak boleh gopoh"

Ini ayat "klise" pelajar. apa yang saya perhatikan, pelajar biasanya menghadapi masalah berikut :

  • Tiada matlamat belajar
  • Rasa malas nak mengulangkaji
  • Suka belajar saat akhir
  • Suka bertangguh kerana menyangka masa masih panjang
  • Suka membiarkan diri melakukan apa disukai berbanding melakukan apa yang patut dilakukan. Ingat, apa yang anda suka buat dengan apa yang anda perlu buat adalah berbeza.
"Jadi apa perlu saya buat cikgu?"

"Apa lagi? Pulang ke pangkal jalanlah!"

"Jalan mana pulak cikgu nie!"

Begini. Kita bermula denga perkara berikut :

  1. Jelaskan matlamat dan sasaran anda pada sekeping kertas dan letakkan di bilik tidur anda dan anda boleh melihatnya setiap hari. Matlamat mesti sesuatu yang boleh dicapai dan realistik.
2. Jadikan bilik tidur anda sebagai kem operasi peperiksaan. Antara yang perlu ada ialah, meja dan alat tulis yang mencukupi , countdown berapa hari lagi nak exam, jam dinding, cetuskan suasana bilik yang selesa untuk belajar ( warna terang dan lembut), bilik bersih, kemas dan harum. Jangan letakkan apa-apa selain dari buku dan alat tulis di atas meja belajar. Ada yang suka letak pembalut gula-gula, cawan kopi, tali leher, kunci, jam tangan, anak patung, duit syiling baju dan sebagainya. Ini sangat merbahaya. Meja jadi akan menjadi "rak serbaguna" dan bukannya meja study yang baik.

"Saya tak ada bilik lah".

"Saya kongsi bilik dengan adik"

Tidak mengapa. Yang penting ada sedikit ruang untuk dijadikan tempat belajar. Minta sokongan mereka untuk memberikan sedikit ruang privasi untuk kita belajar.

3. Tahu kedudukan anda.
Setakat mana penguasaan anda terhadap sesuatu subjek? Mana subjek yang telah dikuasai dan subjek yang paling tidak disukai. Senaraikan semua subjek peperiksaan tahun ini dan letakkan gred bagi setiap subjek mengikut tahap penguasaan anda. Contohnya subjek Sains buat masa ini grednya masih C. Atau Matematik A kerana anda minat matematik. Bahasa Melayu mungkin tahap B.

Setelah tahu kedudukan kita, strategi belajar berkesan harus bermula sekarang. Bunyikan semboyan Pecutan akhir sekarang juga. Jangan tunggu sehingga peperiksaan tinggal seminggu atau dua minggu baru nak memecut.

4. Mulakan strategi belajar berkesan
  • Memilih masa belajar yang sesuai dan jadual waktu belajar yang anjal dan efektif. Contohnya ulangkaji 30 minit rehat 5 minit atau ulangkaji 1 jam rehat 10 minit. Pilih waktu belajar yang kita rasa bertenaga dan lebihkan tumpuan untuk subjek yang lemah.
  • Bawa nota kecil ke mana sahaja anda pergi. Masukkan dalam beg atau poket. Isi masa kosong anda dengan membeleknya. Contohnya menunggu bas, sebelum guru masuk ke kelas, menunggu makanan yang dipesan, tengah beratur membeli makanan dan sebagainya
  • Input dan output learning. Pilih 4-5 orang kawan dan lakukan "study group". Belajar membuat nota melalui peta minda (mind maping). Teknik kuiz dan soal jawab sama ada berseorangan atau lebih efektif dengan teman. Ada juga mencadangkan supaya kita bercakap di hadapan cermin untuk meluahkan apa yang telah kita baca dan fahami.
  • Menggunakan teknik fisiologi belajar. Bagaimana? Mandi dahulu sebelum belajar. Berpakaian kemas, segak dan bersih. Tempat study mesti bersih dan kemas serta sejuk mata memandang. Duduk dengan sopan atau berdiri adalah adalah kaedah terbaik. Jangan study sambil berbaring atau melentang. Tunjukkan kesungguhan gaya belajar. Seolah-olah kita sedang ghairah untuk belajar.
  • Lupakan masalah sampingan lain ketika sedang belajar. Bergaduh dengan kawan, kena marah dengan ibu. Kesempitan wang dan sebagainya. Lupakan sementara dan fokus fokus fokus. Berfikir tentang masalah tanpa mencari cara menyelesaikannya adalah tindakan kurang bijak dan membuang masa. Belajarlah dalam keadaan tenang dan tidak tertekan.
Setakat ini dahulu. Jumpa lagi minggu depan dengan isu bolehkah belajar sambil dengar lagu...

Friday, December 3, 2010

Kem Anakku Soleh 2010

Barisan trainer & fasilitator untuk 3 edisi Kem Anakku Soleh 2010

Dari kiri- Shauqie, Dinie, Fadhli, Azizul, Luqman, Habib & Hafiz

Dari kiri - Awatif, Khadijah, Syairah, Aisyah & Atikah




Kem Anakku Soleh Di Masjid Sungai Buloh 29-30 Nov 2010


Kem Anakku Soleh di Masjid Wilayah 22-24 Nov 2010

Friday, October 15, 2010

Program Cuti Sekolah 2010 Kembali

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran".
(al asr : ayat 1-3)

Untuk semua ibu bapa yang sedang mencari perkampungan ilmu dan sahsiah sempena cuti persekolahan 2010 ini untuk anak-anak anda, Creative SQ Consultancy menganjurkan Kem Motivasi Anakku Soleh di lokasi berikut :

OBEKTIF KEM MOTIVASI ANAKKU SOLEH
CARA PENDAFTARAN & PEMBAYARAN
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
  • Baju melayu, seluar slack & track, t-shirt dan kopiah ( Untuk lelaki)

  • Baju kurung, seluar track, t-shirt lengan panjang, telekung ( Untuk perempuan)

  • Alatan mandi, jaket & ubat jika diperlukan

PENDAFTARAN HARI PROGRAM

  1. Masjid Wilayah Persekutuan : Daftar pada 22 Nov (Isnin) jam 8.30pg di Anjung C

  2. Masjid Sungai Buloh : Daftar pada 29 Nov (Isnin) jam 8.30 pg di Lobi Utama masjid

  3. Masjid Saidina Othman : Daftar pada 4 Dis (Sabtu) jam 8.30 pg di lobi utama


ATURCARA KEM DI MASJID WILAYAH
(Sila klik pada imej untuk paparan lebih besar)



ATURCARA KEM DI MASJID BANDAR BARU SG BULOH DAN
MASJID SAIDINA OTHMAN IBNU AFFAN, BANDAR TUN RAZAK

(Sila klik pada imej untuk paparan lebih besar)



Panel modul CSQ Training & Consultancy telah menyusun modul terkini untuk memudahkan para peserta memahami segala pengisian yang disampaikan. Apa yang kami sampaikan adalah subjek yang diulang namun dikemaskini struktur dan penyampaiannya. Semoga kem motivasi cuti sekolah ini memberikan sesuatu yang terbaik dan berkesan untuk semua. Insya allah

"Manusia melakukan perkara yang berulang setiap hari. Jadikan perkara berulang itu menjadi terbaik dengan sentiasa memperbaikinya"

"Jika anda ada sebiji epal, saya ada sebiji epal, kita bertukar, masing-masing mendapat sebiji epal. Namun jika saya ada ilmu dan anda ada ilmu, kita bertukar, masing-masing mendapat dua ilmu"

Renungkan....

Sunday, October 10, 2010

Mentahnikkan Bayi Baru Lahir



Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik.

Dalam istilah orang kampung , biasanya dipanggil amalan “belah mulut”. Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar

Bilakah sunat dilakukan tahnik? Adakah sebaik sahaja kelahiran atau perlu menunggu hari ketujuh?. Al-Bukhari membuat satu bab khusus dalam kitab sahihnya iaitu “Bab menamakan bayi dan mengtahniknya petang kelahirannya sekalipun belum dilakukan akikah”. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390). Bermakna sekiranya bayi tersebut lahir pada pertengahan siang hari, tahnik boleh dilakukan selepas waktu tengahari pada hari kelahirannya. Ini yang dapat difahami melalui bab yang dibuat oleh al-Bukhari. Disebutkan dalam al-Majmuk, bahawa sunnah melakukan tanhik dengan tamar kepada bayi ketika dilahirkan. Maksudnya hari kelahiran (al-Nawawi, al-Majmuk 8/443). Bahkan tujuan atau hikmah tahnik sebagaimana disebut ulama ialah bertujuan untuk melatih bayi makan atau minum. Oleh itu, ia perlu disegerakan pada hari kelahirannya dan tidak perlu ditangguhkan sehingga hari ke tujuh sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu di sini.

Dalam negara kita, kebiasaanya orang awam suka meminta tolong para ustaz atau alim ulama melakukan tahnik kepada anaknya. Mereka mungkin menganggap ini adalah satu sunnah atau mungkin kerana mereka inginkan keberkatan ustaz tersebut. Suka saya kemukakan di sini, bahawa apa yang dilakukan oleh para sahabat dengan membawa anak mereka berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah melakukan tahnik kepada bayi tersebut adalah suatu perkara yang mulia. Ini kerana Rasulullah s.a.w. mempunyai keberkatan pada diri atau zat baginda. Manakala selain daripada Rasulullah s.a.w. berlaku khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang agak kuat lebih cenderung kepada keberkatan zat hanya ada pada para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam.

Ya, ada nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang juga menunjukkan bahawa wujud benda-benda yang diturunkan keberkatan oleh Allah kepadanya. Sama ada tempat, masa atau makhluk-makhluk dari kalangan manusia. Sheikh Soleh bin Abdul Aziz (Lihat al-Tamhid, hlm 125-127) menjelaskan, berkat yang dijadikan oleh Allah ada dua bahagian :
i. Berkat pada tempat atau masa. Seperti Allah Taala memberkati Baitillahilharam dan memberkati kawasan sekeliling Masjidil Aqsa. Maksud berkat di sini adalah dari segi makna dalaman, iaitu ada kebaikan yang banyak dan berkekalan di dalamnya. Dengan kata lain, keberkatannya adalah untuk tujuan beribadat padanya. Begitu juga keberkatan pada masa atau waktu. Allah memberkati bulan Ramadan dengan makna barangsiapa yang melaksanakan ibadat setulusnya dalam bulan ini, nescaya akan mencapai kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
ii. Berkat pada manusia. Iaitu berkat yang dijadikan Allah pada diri orang-orang mukmin. Dimulai oleh berkat pada diri Rasulullah s.a.w. dan para nabi serta rasul-rasul alaihimussalam. Berkat mereka adalah berkat pada zat, iaitu jasad dan tubuh mereka adalah berkat. Manakala selain daripada mereka, keberkatan orang yang beriman bukan pada zat mereka. Berkat pada mereka merujuk kepada berkat amalan, keimanan, ilmu dan dakwah mereka.

Dalam masalah tahnik, seeloknya bapa atau ibu atau ahli kelaurganya yang lain seperti datuk atau nenek kepada bayi itu sendiri yang melakukan tahnik. Adapun jika seseorang ingin juga meminta para ustaz atau ulama melakukan tahnik kepada bayinya, nasihat saya janganlah sampai menganggap kerana zat air liur atau tangan ustaz tersebut boleh membawa berkat kepada anaknya. Sekalipun ada ulama yang mengatakan sunat diminta kepada orang alim atau soleh melakukan tahnik untuk anak kita (Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462), namun perkara tersebut ditolak oleh ulama lain. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis Anas bin Malik di atas menyebut beberapa pengajaran hadis tersebut. Antaranya beliau menggariskan sunat dilakukan tahnik oleh orang soleh lelaki atau wanita dan boleh tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269).

Tetapi jika kita melihat hadis-hadis atau athar para sahabat, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada satu pun cerita yang diriwayatkan mengisahkan orang ramai berjumpa para sahabat besar seperti Abu Bakr, Umar, Uhtman, Ali dan lain-lain untuk meminta mereka melakukan tahnik kepada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Ini jelas membuktikan bahawa perbuatan meminta orang-orang soleh atau alim ulama melakukan tahnik tidak dilakukan oleh para al-salaf al-soleh. Justeru, bapa atau ibu kepada bayi tersebut boleh melakukan sunnah tahnik sendiri tanpa perlu pergi mencari ustaz-ustaz untuk melakukannya.

Selain itu, perkara lain yang ingin dikongsi bersama ialah berkaitan melakukan tahnik dengan menggunakan air zam-zam. Dalam hadis-hadis, kesemuanya menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. hanya menguyah buah tamar apabila melakukan tahnik. Apakah terdapat dalil yang mengharuskan kita menggunakan air zam-zam ketika tahnik. Dalam kitab Akhbar Makkah karangan al-Fakihi, beliau membawa satu athar yang mursal daripada Ata’ bahawa Habib berkata kepada Ata’, aku perlu membawa air zam-zam? Jawab Ata’ : Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membawa air zam-zam dalam botol lalu mengtahnikkan Hasan dan Husain dengannya menggunakan tamar ajwah. (al-Fakihi, Akhbar Makkah 3/198). Walaupun hadis ini mursal, namun ia masih disokong oleh dalil-dalil umum yang menjelaskan kewajaran mengambil berkat dengan air zam-zam, atau berubat dengannya. Maka bagi penulis, tidak menjadi kesalahan menggunakan air zam-zam untuk melakukan tahnik.

Ini adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh orang ramai berkaitan sunnah tahnik. Mudah-mudahan sunnah yang kita lakukan dengan niat ikhlas mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Amin

Saturday, September 25, 2010

Motivasi Anak Soleh Ramadhan

Program Motivasi Anak Soleh Ramadhan 2010
4-5 September 2010
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur




Dua edisi Program Anak Soleh Ramadhan berlangsung pada bulan Ramadhan yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa. Antara pengisian dan modul yang Creative Solution laksanakan dalam program ini adalah :

:: Mengenali Puasa Menambah Pahala
:: Adab Puasa Rasulullah S.A.W
:: Pengajaran Badar Kubra & Penghayatan Nuzul Quran
:: Ramadhan Membentuk Anak Soleh
:: Minda Sihat Sempena Ramadhan
:: Aku Macam Best ( Anak Soleh)
:: Anak Soleh Ramadhan


Program Motivasi Anak Soleh Ramadhan 2010
20-21 Ogos 2010
Masji Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Thursday, September 23, 2010

Salam Syawal Penuh Kemuliaan, Semoga Amal diterima Tuhan..

Kami barisan Creative Solution Of Qalbu mengambil kesempatan mengucapkan Salam Idulfitri penuh kemuliaan kepada anda semua. Jadikan puasa Ramadhan menjadi gandaan berpuasa sepanjang tahun dengan berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal.
Sabda Rasulullah s.a.w " Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudiaan diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun"
(Riwayat Muslim)
Eratkan silaturrahim, hubungi keluarga dan kenalan yang mungkin telah lama terputus berita, hulurkan salam perdamaian kepada seseorang yang mungkin kita pernah berselisih faham. Hati juga dibersihkan dari sifat kotor dan keji. Jadikan tarbiyah Ramadhan melahirkan graduan akhirat yang berjiwa rabbani.

Tuesday, August 10, 2010

Program Motivasi Anak Soleh Ramadhan 2010

Bersama membentuk peribadi ANak Soleh Sempena Ramadhan ini.....

Bersempena Ramadhan Al Mubarak ini, Creative Solution Of Qalbu akan menganjurkan 2 siri Program Anak Soleh Ramadhan di lokasi berikut :


SIRI I ( MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH)
Tarikh : 21 Ogos 2010 ( Sabtu - 8.00pg hingga 10.00mlm)
Daftar : 8.30 pagi di Dewan Seminar, Masjid Negeri, Shah Alam
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Negeri, Shah Alam
Peserta : Anak-anak berusia 9-15 tahun
Yuran : RM60.00 ( Merangkumi modul, sijil, bahan kursus, fc, berbuka dan moreh)





SIRI II (MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN)
Tarikh : 4-5 September 2010 ( Sabtu-Ahad) BERMALAM DI MASJID
Daftar : 8.30pg (4 Sept 2010, Sabtu) di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan
Peserta : Anak-anak berusia 9-15 tahun
Yuran : RM100 merangkumi bahan kursus, modul, FC dan makan minum
Peralatan : Pakaian 2 hari 1 malam, alatan mandi, bantal & selimut, ubatan tertentu,
kopiah & telekung solat


OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memahami Ramadhan & tuntutannya
  2. Mempelajari peristiwa penting Ramadhan seperti Badar Kubra & Nuzul Quran
  3. Membina akhlak dan peribadi soleh melalui penghayatan Puasa
  4. Menjadi anak soleh dan remaja muslim terbaik melalui tarbiyah ramadhan

PENGISIAN & MODUL

  1. Apa itu Puasa?
  2. Remeh Temeh Puasa Tetapi Penting
  3. Zikir munajat & solat berjamaah
  4. Ifthar jamaie & Adab Puasa Nabi
  5. Anak Soleh Ramadhan & Tadarus Quran
  6. Hayati Badar Kubra & Nuzul Quran

BAGAIMANA MENDAFTAR

  • SMS nama peserta, umur dan lokasi ke 019-3039845 Ust Zul

  • atau 012-6249055 Ust Ramadhan

PEMBAYARAN

Sila buat pembayaran di akaun MAYBANK bernombor 56439-7100-826 atas nama CSQ Training & Consultancy

SAHKAN PEMBAYARAN

  • Sila faks slip pembayaran ke 03-62735131 atau serahkan pada hari program

  • Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi nombor tertera.

Semoga Ramadhan hadir dengan kemulian, Ramadhan pergi dengan keberkatan...

Program Anak Soleh Cemerlang Exam

Program Anak Soleh Cemerlang Exam
Kerjasama Antara SRA Kampung Puah & SRA Kg Sungai Merali
Penyertaan : 99 Peserta tahun 4-6
Bertempat di : SRA Kampung Puah
























Kem Smart Leader SK Taman Bukit Subang

Program Motivasi Kepimpinan Pelajar 2010
Tarikh : 7 Ogos 2010 ( Sabtu)
Tempat : SK Taman Bukit Subang
Penglibatan : 221 Kepimpinan Pelajar Sk Taman Bukit Subang












Monday, July 26, 2010

Singgahan Ilmu di SRA Al Islahiah Sungai Besi

Program Anak Soleh Cemerlang Exam
23-24 Julai 2010
SRA Al Islahiah, Sungai Besi, KL
104 pelajar tahun 5-6
Modul
Smart Akhlak
Smart Study
Anak Soleh
Teknik Menjawab UPSRA & UPKK

Dengan izin Allah s.w.t., Creative Solution diberikan ruang untuk melakukan jaulah ilmu selama 2 hari 1 malam di SRA Al Islahiah, Sg Besi, Kuala Lumpur.
" Setelah hampir 3-4 tahun sekolah tidak menganjurkan program motivasi bermalam di sekolah, saya berbesar hati dapat mengadakannya pada tahun ini setelah menerima banyak pertanyaan dari para pelajar" Ujar Ustazah Khadijah, Guru Besar dalam majlis penutup Sabtu lepas.
Kami memikul amanah dan tanggungjawab untuk menanam kesedaran rohani serta memberikan teknik dan strategi belajar kepada adik-adik peserta. Alhamdulillah, pada kali ini, Creative Solution dibarisi pemain utama yang mempunyai capability yang tinggi. Ust Hamdi dan ust Fadhli selaku pakar bercerita di samping fc aisyah dan fc amirah yang penyayang bersama adik-adik peserta.

Bersama adik-adik pelajar lelaki yang bersemangat...
Kompilasi gambar bersama pelajar perempuan...

Sibuk menghafal rukun solat...


Sesi Pleno bersama ibu bapa mencetus rasa ingin berubah dan berjaya

Sesi Seluhur Kasih Ibu Semurni Cinta Guru....


Respons ibu bapa sangat positif apabila ramai menghadiri majlis perasmian penutup...


Ust Fakhruddin mengetuai akad penyerahan ilmu kepada pelajar...semoga ilmu terus subur dan berkembang ...

Ustazah Khadijah (Guru Besar) yang sentiasa bersama pelajar sepanjang program...


Team Creative Solution dari kiri Ust Fadhli, saya, Ust Dhan, Amirah, Aisyah, Ust Hamdi dan Ust Hafiz..

Hadiah yang menjadi idaman peserta...


Bersama Ust Fauzi Mustafa ( Hos Al Kuliyyah TV3) yang turut hadir...


Sesi Ice breaking


Perlantikan Smart Team...


Majlsi penutup dirasmikan oleh YBhg Ust Mohd Ansarullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir SRA Al Islahiah...

Friday, July 23, 2010

Mengendalikan Seminar Kepincangan Aqidah di JAKIM

Bergambar di hadapan Dewan Seminar PPAJ. Dari kiri Ust Subhi (BMQ), Ust Azlim ( Rakan sepengajian di Universiti Malaya), Ust Hafizam dan saya.
Pada 21 Julai yang lepas, saya bersama Ust Subhi dari BMQ Training telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja di Seminar Kepincangan Pegangan Agama, Keruntuhan Akhlak dan Gejala Sosial yang berlangsung di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini dihadiri oleh 160 orang kepimpinan pelajar dari 8 buah sekolah di Daerah Jelebu. Saya berkesempatan membentangkan 2 slot iaitu Isu-Isu Aqidah Di Kalangan Remaja pada sesi pagi manakala pada sesi petangnya ialah sesi pleno iaitu Gejala Sosial Di Kalangan Remaja: Apa Sudahnya?. Ust Subhi mengendalikan sesi Pengaruh Agama Terhadap Pembinaan Akhlak Di Kalangan Remaja pada sesi kedua.
Kami bertolak seawal 6.30 pagi dari Damansara melalui Tol Sg Penchala & Kerinchi Link menuju ke plaza tol Bt 9, Hulu Langat untuk mengelak dari kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan dan kami tiba di PPAJ kira-kira pada jam 8.00 pagi iaitu 30 minit sebelum slot bermula.

Sesi Pleno , pelajar diminta membentangkan 5 perkara yang akan dilakukan untuk membanteras gejala sosial jika mereka menjadi Perdana Menteri
Saya menggunakan pendekatan santai bersama pelajar untuk memastikan perhatian mereka terus melekat kepada pengisian yang disampaikan. Pelajar memberikan respons yang baik dari aspek bertanya soalan, mencatit nota dan memberikan tepukan kepada rakan-rakan yang bangun memberikan pandangan. Mungkin kerana kebanyakannya adalah pemimpin pelajar dan dari sekolah berbeza, maka semangat inkuiri dan adrenalin mengalir segar sepanjang sesi seminar.
Seminar biasanya ditanggapi sebagai sesuatu yang formal. Kertas kerja yang lengkap dan pembentang biasanya beroperasi satu hala. Saya bersetuju dengan semua itu namun apa yang saya rasa perlu dimodifikasikan khususnya apabila berhadapan dengan generasi muda yang sentiasa inginkan sesuatu yang menarik minat mereka, maka pendekatan atau manhaj bercakap perlu ditingkatkan. Seni artikulasi harus menarik perhatian mereka. Contoh-contoh yang diberikan perlulah contoh yang mereka hadapi setiap hari. Maka mereka akan lebih berminat dan memberikan perhatian kerana itulah isu mereka.
Seorang pelajar memberikan pandangan....
Berikut adalah isi kandungan pembentangan saya :
Slot I : Isu-Isu aqidah di Kalangan Remaja
  • Maksud aqidah dari segi bahasa dan syarak
  • Isu aqidah terbahagi kepada 2 iaitu lemah aqidah dan rosak aqidah
  • Memahami kaedah iaitu melakukan dosa bermaksud lemah aqidah namun mempersoalkan dosa, mempertahan dan memperjuangkannya boleh merosakkan aqidah
  • Isu-isu aqidah yang berleluasa di dalam masyarakat
  • Lambakan cerita hantu dan tahyul
  • Mempercayai bomoh, tangkal, sihir dan sial
  • Kepercayaan terhadap sesuatu tanpa dalil Quran hadith atau logik sains (sunnatullah) seperti bergambar 3 orang akan mematikan seorang, kupu-kupu masuk rumah tanda ada tetamu, memakai benang hitam di lengan boleh menghentikan bayi menangis atau kencing malam dan pelbagai isu lagi
  • Isu aqidah remaja ialah keterlibatan dan perlakuan gejala sosial seperti buang bayi, pergaulan bebas, lari dari rumah, buli, bunuh, dadah dan pil khayal dan sebagainya.
Saya memetik kata-kata Cat Steven " Budaya Barat seperti sebuah kapal yang akan tenggelam, namun aku melihat ramai remaja Islam berebut-rebut membeli tiket untuk menaiki kapal itu"

Tuesday, July 20, 2010

Program Anak Soleh Kerjasama dengan HFZ Training

Selepas menghabiskan program bersama adik-adik di SRA Sentul Pasar, Kuala Lumpur, saya memandu berseorangan menuju ke SAR Manarul Islam, Kelana Jaya untuk bersama-sama HFZ Training untuk membantu adik-adik di sana menyerlahkan potensi kecemerlangan dalam diri masing-masing. Kawasan kejiranan di sana dipenuhi dengan rumah mewah dan dihiasi dengan pepohon rendang menghiburkan hati saya.
Di sini saya lampirkan gambar--gambar sepanjang program berlangsung.


"Tumbang sekejap selepas qiamullail sementara menunggu "flight" Subuh pulak..

FC Abg Hamdi memberikan Laman Nurani kepada adik-adik Manarul Islam...

Slot Anak Soleh Idol mencungkil potensi kreativiti peserta...


Bersama pelajar-pelajar lelaki....

Bersama adik-adik perempuan...

Monday, July 19, 2010

Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam SRA Sentul Pasar

Program Anak Soleh Cemerlang Exam 2010

SRA Sentul Pasar, Kuala Lumpur
104 Pelajar UPSRA & UPKK 2010
Pengisian : Teknik Belajar, Teknik Menjawab UPKK UPSRA, Teknik Peta Minda, Pembinaan Sikap Anak Soleh serta Akhlak Remaja Muslim

Sesi bersama ibu bapa....

Kehadiran ibu bapa & waris amat membanggakan...

Majlis Perasmian pembukaan...

Barisan FC Creative Solution dari kiri abg haris, abg ajmal dan abg safwan..
Aktiviti makan yang dinantikan...

Sesi Pembinaan Kumpulan & Ice Breaking..

Kami anak soleh....

Majlis penutup bersama ibu bapa dan waris..

Antara guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program...

Merubah diri melalui penyucian hati..zikrullah..

Sesi riadhah kendalian akak yanie ( kiri) dan akak aini...

Cabaran tali anak soleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...