Wednesday, February 18, 2015

CSQ Training & Suffah Travel Retreat 2015


K U N D A S A N G  &  K O T A   K I N A B A L U 

Kami memilih Kundasang sebagai lokasi  retreat Pasukan CSQ Training Centre & Suffah Travel bagi tahun 2015.
Tahun lepas, jelajah Kelantan & Terengganu 5 hari 4 malam termasuk Pulau Perhentian.
Kali ini, dengan tajaan Malindo Air, kami mencipta suasana baru merentasi Laut China Selatan menerjah bumi Sabah Di Bawah Bayu.

K U N D A S A N G
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang hampir dengan Gunung Kinabalu. Terletak hanya 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu. Berumpankan cuaca yang segar, sejuk serta pemandangan yang indah menjadi tarikan utama ramai pelancong untuk datang ke kundasang.
Hanya 90km dari Kota Kinabalu dengan masa perjalanan hampir 2 jam. Kami menyewa van penumpang Toyota Hiace dengan kadar sewa istimewa RM150 sehari.  Dan yang paling rare ialah, kami hanya mengisi petrol RM100 untuk 5 hari perjalanan yang memakan jarak hampir 250km ( KK-Kundasang-Ranau-Kundasang-KK).

Sebelum ke Kundasang, kami bergerak ke Pasar Ikan di Kota Kinabalu untuk membeli hasil seafood untuk bekalan. Di sini anda boleh melihat pelbagai hasil laut yang hebat dengan harga yang berpatutan.


Pelbagai hasil laut segar dan murah anda boleh dapati di Pasar Ikan Kota Kinabalu ini. Udang yang besar pada harga 30-70 1kg.

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah ke Pekan Nabalu yang terkenal dengan buah Nenas yang dikatakan terbaik di asia. Dengan warnanya yang kuning keemasan dan rasanya yang manis, pasti memikat selera penggemar nenas.

Jambatan Tamparuli ( Sebelum ini hanya nyanyi lagu, hari ini dapat tengok "live")



Selain dari nenas, Pekan Nabalu turut menjual buah-buah hutan yang lain seperti tampoi, buah tarap, pulasan, nona dan sebagainya.


Selain buah-buahan, turut dijual cenderahati dan barang-barang perhiasan untuk dibawa pulang sebagai ole ole Sabah

Landing time at KK Airport

Bertemu YBhg Ustaz Sabri Abd Rani yang kebetulan ada kursus di Sabah

Puncak Kinabalu yang merupakan Gunung Tertinggi di Asia dengan ketinggian 4,095m dari aras laut


Setelah meninjau dari aspek kebesihan dan kedudukan yang strategik, kami memilih menginap selama 1 malam di Homestay Kak Ummie dengan kadar sewa RM350 semalam. Rumah teres di Kaki Gunung Kinabalu, 3 bilik tidur, ruang tamu dan memasak, BBQ kit dan pemandangan serta cuaca yang dingin amat menyelesakan kami. 

Inilah menu  hasil air tangan Chef Lin, Chef Nora, Chef Aya & Chef Izzati iaitu Gulai Udang bersama Nenas Nabalu, Ketam masak cili, kerang rebus serai, udang goreng berempah, ayam bakar Hasanuddin dan sirap Jamirul. Kami menikmati dinner dalam kegelapan kerana terputus bekalan elektrik selama sejam di seluruh Kundasang.

DESA CATTLE DAIRY FARM, MESILAU, KUNDASANG

 Kami berpeluang menikmati cuti-cuti Malaysia ala-ala "New Zealand" dengan panorama sejuk berkabus di Ladang Tenusu Desa Cattle

Desa Cattle Dairy Farm merupakan ladang ternakan lembu tenusu terbesar di Sabah dengan keluasan 199 hektar yang terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang (2100m dari paras laut)

Dengan bayaran masuk RM4 seorang, anda berpeluang menikmati saujana pemandangan subur menghijau dengan ribuan ekor lembu tenusu dihiasi kabus yang mempersonakan. Di sini anda boleh melihat proses susu dihasilkan. Anda juga berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman berasaskan produk tenusu antaranya susu segar pelbagai perisa, yogurt, aiskrim, waffle cake, pizza termasuk juga koleksi cenderahati seperti baju, key chain, fridge magnet dan pelbagai lagi.

Kami menikmati sarapan di Desa Cattle Farm City pada jam lebih kurang 9.00 pagi

PORING HOTSPRING


LADANG TEH SABAH



RUMAH TERBALIK


KOTA KINABALU
PULAU SAPI














Tuesday, February 17, 2015

CSQ Training@Kursus Kaizen UIAM Kuantan

Kursus KAIZEN For Student
14 Februari 2015 ( 8.00am-5.00pm)
Grand Hall, UIAM Kuantan
50 Mahasiswa & Mahasiswa UIAM Kuantan

Bergambar kenangan bersama peserta di akhir kursus. Turut sama Madam Rina ( Berbaju hijau, baris hadapan 3 dari kiri selaku Kaunselor Mahasiswa


CSQ Training Centre mengaplikasikan 4 kaedah kritikal dalam memastikan peserta mendapat "learning experince" yang terbaik. Kami menggabungkan  kaedah berikut : 
1. Conditioning
2. Brainstorming
3. Workplay
4. Binding

Kaedah pengendalian pula bersifat "participative training" dengan nisbah 40% talk & 60% simulation.

 Antara sesi "conditioning"

" Game Of Mind"

" Dalam Sesi Coaching"

Antara isu yang dibincangkan bersama peserta ialah kaedah membentuk mind setting kejayaan. Peserta juga dibimbing untuk mencungkil potensi keyakinan diri dan kesungguhan untuk berjaya.


 Sesi F1 For Team

 Bersedia bersama pasukan F1 Pitstop


Bersama pasukan PIERS ( Pembimbing Rakan Sebaya UIAM Kuantan)


CSQ Training Centre amat komited dalam membantu setiap organisasi melatih dan membimbing ahli mereka untuk membntuk keyakinan diri dan potensi untuk berjaya.

Inginkan kaedah latihan baru di organisasi anda?

Hubungi CSQ Training Centre hari ini di talian 03 6205 2553 untuk tempahan program latihan

Let Us Show You The Way!

Monday, February 16, 2015

CSQ Training Centre & Majlis Daerah Kuala Langat

 

CSQ Training Centre & MDKL

Kursus Pembangunan Kerjaya Serta Kerja Berpasukan (Team Building)
11 hingga 13 Februari 2013 (Rabu-Jumaat)
Air Keroh D'Village Resort, Melaka
40 orang kakitangan MDKL

CSQ Training Centre menyahut cabaran berprogram bersama dengan Kakitangan Majlis Daerah Kuala Langat selama 3 hari 2 malam di Air Keroh D'village, Melaka.

Berbekalkan 4 tenaga Jurulatih & fasilitator, Kami menyahut cabaran Puan Nor Zilawati binti Sulaiman Pembantu Tadbir Bahagian Latihan Majlis Daerah Kuala Langat.

Peserta MDKL yang cukup sporting sepanjang khursus 3 hari 2 malam
Taklimat yang disampaikan oleh Urusetia MDKL Puan Nor Zilawati bt Sulaiman

Sesi ice breaking bersama Trainer utama Ustaz Azizul

Antara gelagat peserta dalam acara duit syiling

"Change your word change the world"

Dalam aktiviti ketahanan fizikal 'Abseiling'

Cabaran Ikhtiar Hidup

Antara persembahan peserta dalam MDKL Got Talent, mencungkil bakat dan
membina kesefahaman dalam diri

Aktiviti yang agak ringkas namun memberi impak besar "membuat layang-layang"
Terima kasih atas jemputan. CSQ Training Centre akan berusaha melakukan yang terbaik bagi memenuhi aspirasi setiap organisasi dalam membentuk peribadi dan watak individu cemerlang.

Hubungi CSQ Training Centre hari ini di talian 03 6205 2553.

Let Us Show You The Way

Tuesday, February 10, 2015

CSQ Training Centre@Universiti Pertahanan Nasional

CSQ Training@Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kursus Pengurusan Pejabat Berkualiti
21&22 Januari 2015
Bilik Redang, UPNM
40 Kakitangan UPNM
Dalam sesi Ice Breaking
Cabaran F1 Pitstop

Peserta yang ceria & sporting sepanjang kursus 2 hari

CSQ Training Centre@MRSM Lenggong


Kursus Orientasi Pelajar MRSM Lenggong
600 pelajar
14 Januari 2015

Kami berkunjung ke MRSM Lenggong buat kesekian kalinya. Kali ini, dalam isu pembentukan minda menghadapi 2015.

* Mind setting
*Cabaran
*Gejala Sosial
*Persahabatan
* Teambuilding

Semua isu di atas dikupas dengan baik oleh jurulatih CSQ Training Centre bagi meningkatkan kefahaman, memberi kesedaran dan membentuk jati diri peserta.

Peserta yang ceria dan bersemangat dalam mengikuti kursus


Antara respons ikhlas dari Guru Kaunselor MRSM Lenggong, Cikgu Zulfahmi


Terima kasih atas jemputan. CSQ Training Centre akan berusaha melakukan yang terbaik bagi memenuhi aspirasi setiap organisasi dalam membentuk peribadi dan watak individu cemerlang.

Hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 hari ini.

Let Us Show You The Way!

Monday, February 9, 2015

CSQ Training @ MRSM Trolak in Kem KAIZEN For Student 2015


Kursus Orientasi Pelajar MRSM Trolak
13-14 Januari 2015
MRSM Trolak
800 pelajar Tingkatan 2,3,4 & 5 MRSM Trolak


CSQ Training Centre menyahut cabaran pada kali ini dengan mengendalikan hampir 800 pelajar MRSM Trolak dalam Kursus Orientasi 2015.

Berbekalkan 10 tenaga Jurulatih & Fasilitator, kami menyahut cabaran Kaunselor Puan Haslinda dan Cikgu Radhi untuk memberikan pengisian dan aktiviti yang terbaik kepada peserta.

Antara gelagat peserta dalam acara SuperTeam!


ALhamdulillah, sepanjang kunjungan CSQ Training Centre dalam siri jelajah ke MRSM di seluruh Malaysia, kami mendapat respons yang positif serta komitmen yang teramat baik dari para peserta. Setara dengan namanya, disiplin peserta memudahkan kami menyampaikan pengisian, melaksanakan aktiviti, menyampaikan arahan dan memastikan setiap objektif dapat dicapai dengan jayanya.

Solat berjamaah & pakej program spiritual dalam memastikan keberkesanan kursus

Antara "Learning Experince" yang dihadapi peserta, Mencungkil bakat dan membina 
kesefahaman diri

Antara kaedah NLP yang diterapkan

Aktiviti yang agak ringkas namun berimpak tinggi

Cabaran "Ular Titi & Ulat Gigi"

Fokus kami dalam kursus ini mat jelas, memastikan para pesera di MRSM Trolak mempunyai view yang jelas terhadap setahun 2015 yang bakal dilalui. Seterusnya menyentuh aspek pemerkasaan diri khususnya dalam isu gejala sosial, cabaran minda dan persekitaran dalam membentuk diri yang terbaik.

Berikut adalah kaedah kami dalam setiap slot bersama pelajar dengan 3 penekanan utama iaitu pembangunan ilmu, perubahan sikap dan pengukuhan kemahiran : 

1. Conditioning
2. Brainstroming Issue
3. Workplay
4. Binding

Selain itu, elemen rewards & appreciate turut dimasukkan bagi memastikan peserta sentiasa bersemangat dan seronok mengikuti kursus.

Terima kasih kepada Guru Kaunselor MRSM Trolak iaitu Cikgu Haslinda dan Cikgu Radhi yang tidak jemu menjemput CSQ Training Centre.

Apa lagi, hubungi CSQ Training Centre di talian 03 6205 2553 untuk 1 pengalaman motivasi baru dan berkesan untuk organisasi anda

Let Us Show You The Way!

Sunday, February 8, 2015

Kembara Qatar 2015

Kembara Qatar 2015

Bangunan pencakar langit gah membelah awan di Bandaraya Doha, Qatar



Alhamdulillah, berkesempatan menjengah Bandar Doha, Qatar pada 26 Feb 2015. 

Qatar, sebuah negara Emiriah di timur laut Semenanjung Arab menjadi destinasi antarabangsa yang saya kunjungi ke-6 selepas Bangladesh, Mesir, Oman, Yaman dan Saudi.


Qatar merupakan semenanjung kecil dengan luas sekitar 11.437 km2 di teluk Arab dengan beberapa pulau kecil di sekitarnya antara lain Halul, Sharaauh, kepulauan hawar dan al Basyria, al Safiliya dan al aliya. Jumlah penduduk sekitar 800,000 orang dengan pertumbuhan rata-rata 9 % setahun. Sebahagian besar penduduk tinggal di Doha sebagai ibu negara dengan dikelilingi kota kecil seperti Messaid dan Wakrah, Raslafan, Alkhor dan Dukhan.
Penduduk asal disebut Qatari dengan jumlah sekitar 350,000 orang diikuti expatriate India yang hampir mengisi seluruh  kehidupan Qatar (termasuk Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal), negara Arab lain seperti Mesir Lubnan, Palestin, Sudan, Filipina, dan negara lain dari seluruh dunia termasuk Indonesia. Jumlah orang Indonesia sekitar 30,000 orang di dalamnya termasuk pekerja profesional seperti di industri minyak dan bakinya buruh kasar atau pekerja binaan.
Iklim di Qatar memiliki dua musim yaitu musim panas pada bulan Mei-Oktober dan musim dingin dari bulan November-April. Suhu maksimu pada musim panas mencecah 50 darjah celcius. Suhu pada musim sejuk pula biasanya boleh mencecah sehingga ke paras 4 darjah celcius.
Waktu Qatar adalah GMT + 5 jam lebih awal dari Malaysia.
Bahasa yang digunakan adalah Arab dan Inggeris,
3 September 1971 adalah hari kemerdekaan Qatar dan pengusahaan minyak dimulai sejak 1974. Tanggal 27 Jun 1995 Sheikh Hamad bin Khalifa Althani mulai memerintah kerajaan dengan konsep modernisasi dan keterbukaan.
2. MATA WANG
Mata wang yang digunakan adalah Qatari Riyal (QR) dengan nilai nominal 500 QR, 100 QR, 50 QR, 10 QR, 5 QR dan 1 QR. (1QR=100 dirhams) dan 1 US $ = 3.65 QR 




Saya menukar wang di Hamad International Airport (HIA) dengan kadar tukaran semasa RM 1,000 bersamaan QR 920 ( MYR agak jatuh ketika ini)


Berikut adalah populasi penduduk di Qatar secara statistiknya.


Untuk makluman anda, dalam ranking Majalah Forbes, Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia dengan industri minyak dan gasnya sekaligus mengatasi Luxemburg, Singapura, Norway dan Brunei.

Ruh Islam
Walau pun Qatar adalah sebuah negara yang majoritinya Islam, anda boleh melihat kebebasan penganutnya dari aspek pemakaian dan budaya hidup. Tidaklah sebebas Bandaraya Dubai namun tidak pula seketat Arab Saudi. Namun warga wanita tempatan hampir kebanyakannya memakai abaya ( Jubah hitam) seperti di negara Timur Tengah yang lain

Arak masih dihidangkan di dalam pesawat. Saya duduk dalam penerbangan hampir 7 jam dari Doha-Kul dengan 2 penumpang di sebelah kanan ( Warga Perancis dan China) yang asyik memesan arak menimbulkan suasana rimas dan kurang selesa. Namun begitu, Qatar Airways antara "best cabin" untuk anda nikmati perjalanannya. 

Tempat menarik yang saya kunjungi di Doha : 

SOUQ WAQIF

Antara tempat paling terkenal untuk destinasi pelancong. Di sini dijual pelbagai jenis pakaian, cenderahati, barang-barang tradisi Qatar, tempat makan dan minum serta pemandangan seperti di sebuah kota lama yang masih dijaga keasliannya oleh pemerintah Qatar.





Antara laluan menarik di Souq Waqif

 Kami memilih untuk menikmati sarapan di Cafe Zaatar w Zeit

 Bertepatan dengan lokasi pelancongan, sememangnya harga makanannya pun "boleh tahan". Setara dengan kedudukan sebagai negara terkaya di dunia. Dengan hanya 4 menu beserta 2 hot chocolate dan ekspresso, saya berjaya menikmati sarapan termahal for the rest of my life just for three pax at QR 123

 Secawan ekspresso buat pemangkin tenaga sang pengembara

Chocolate Banana Wrapping & Pizza



Gambar kenangan yang diambil oleh pemandu yang mengikuti kami iaitu Mumtaz



Kedai menjual barang permainan kanak-kanak di Souq Waqif

Salah satu tempat santai untuk minum dan ber"shisha" di Souq Waqif. Agak "Old School tetapi "rare"
 Antara yang menarik. ATM berbingkai kayu

 Di Souq Waqif juga terdapat puluhan kedai menjual pelbagai speisis burung yang pelbagai warna, arnab, kucing dan haiwan peliharaan yang lain. Kelihatan berbaju kemeja berkotak membelakangi saya ialah pemandu pelancong kami iaitu Mumtaz. Warga Pakistan yang telah 15 tahun menetap di Doha.
Kawasan luar Souq Waqif dipenuhi dengan burung merpati. Kelibat kami dengan monopod menarik perhatian warga di sini kerana saya kira monopod belum sampai lagi di Doha. Yang menarik, ada seorang berminat untuk membeli monopad saya.

BANANA ISLAND

Kami meninjau di Asy Shyoukh Terminal ke Banana Island.


 Di As Shyoukh Terminal, kami dapat melihat panorama bangunan pencakar langit di Kota Doha

Antara kelihatan ialah kapal persiaran mewah yang terdapat di Terminal ini


DOHA City Centre

Doha City Centre ialah antara pusat membeli belah terbesar di sini. Keadaanya lebih kurang sama dengan KLCC. Mall yang besar, pengunjung yang ramai dan harga barang juga "boleh tahan"

Peral Doha & Corniche

Antara yang menjadi "landmark" bagi Doha



MASJID MUHAMMAD ABD WAHAB ( DOHA STATE MOSQUE)

Masjid Muhammad Abd Wahab ( Doha State Mosque) ini dibina dengan kos QR420 juta pada tahun 2006

Water cooler seperti ini sememangnya menimbulkan semangat untuk mencuba

Keadaan di dalam Masjid Muhammad Abd Wahab yang begitu indah dan tenang

Ruang tandas yang luas dan selesa serta amat bersih

Ruang wudhu juga bersifat eksklusif

Rak al quran yang disusun menarik dan cantik




HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT


Antara yang menarik di Hamad International Airport (HIA) yang boleh ditiru di KLIA : 

1. Ramai petugas yang sentiasa berada di lokasi-lokasi khas memudahkan pelancong untuk merujuk dan bertanyakan arah dan tempat.
2. Jarak antara Check-in kaunter dan boarding area yang dekat. Laluan eskalator juga diwujudkan sepanjang laluan bagi memudahkan pengunjung. Perkhidmatan buggy juga senang untuk diperolehi. Anda tidak akan dapati hal itu di KLIA apatah lagi KLIA2. Ini bukan skeptikal tetapi konstruktif idea.
3. WIFI percuma 
4. Terdapat internet centre dengan Skrin dan papan kekunci Apple hampir di setiap sudut menunggu. Termasuk juga ruang menonton televisyen
5. Ruang kerusi tidur yang dikhaskan untuk lelaki dan wanita ( Tertutup)


Ini antara coretan sepanjang bersama kembara Suffah Travel And Tours Sdn Bhd

"Teman Kembara Suci Anda"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...