Tuesday, July 31, 2012

CSQ Training di MRSM Muadzam Shah

CSQ Training di MRSM Muadzam Shah 
Kursus Kemahiran Kepimpinan ( Super Leader 2012)
Tarikh               : 28-29 Julai 2012
Lokasi              : D'Ambang Resort, Pekan, Pahang






















Sekalung penghargaan kepada warga MRSM Muadzam Shah. Semoga kepimpinan yang terlahir dari program ini dapat memimpin dengan berdedikasi. Selamat berjaya pemimpin!

"Seorang pemimpin yang baik harus menjadi pengikut yang baik"

Wednesday, July 25, 2012


CSQ Training di SRA An-Nur, Cheras
Tarikh               : 14-15 Julai 2012
Lokasi              : Sek Ren Agama An-Nur, Cheras

 Sesi Ice Breaking 

Refleksi Diri


Slot Aku Mahu Berjaya! 

Slot Pemantapan solat

Riadhah Santai 


Melayari bahtera keinsafan

Membina Menara Kejayaan

Jernih kasih ibu




Sekalung penghargaan kepada warga SRA An-Nur, Cheras. Semoga segala yang diusahakan akan bertunas pohon kecemerlangan.

"Kegagalan seseorang bukanlah kerana dia tidak berjaya, kegagalan seseorang adalah kerana dia tidak mahu berusaha"



Wednesday, July 11, 2012

PAKEJ-PAKEJ PERCUTIAN HEBAT DARI SUFFAH TRAVEL & TOURS

Anda telah merancang tempat-tempat percutian sempena cuti sekolah nanti?
 Keliru dengan tempat percutian yang ingin dilawati?
Suffah Travel & Tours telah menyediakan beberapa tempat-tempat menarik untuk anda lawati 
bersama-sama keluarga tercinta @ bersama teman-teman tersayang. 

PAKEJ PERCUTIAN KE GUANGZHOU & SHENZEN

PAKEJ PERCUTIAN KE MEDAN PARAPAT BERASTAGI

PAKEJ PERCUTIAN KE BALI


PAKEJ PERCUTIAN KE BANDUNG PUNCAK

Sudah membuat keputusan?
Sila layari http://umrahdanziarah.wordpress.com untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej hebat kami..
TEMPAH PERCUTIAN ANDA SEKARANG!!

Friday, July 6, 2012

Promosi Ramadhan Datang Lagi!!

Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan. Masa yang berlalu seakan pantas bergerak. Terasa baru sahaja habis bersuka ria di dalam suasana Aidilfitri tahun lalu. Kini sudah pun melepasi pertengahan Syaaban. Pihak pengurusan masjid-masjid mula sibuk membuat persediaan. Luaskan masjid, jadi tak ada yang solat atas tanah macam tahun lepas..

Pasaraya berdekatan pula sudahpun memulakan perang promosi dengan tawaran berlipat ganda. 10%, 35%, 70%!! semakin hampir Aidilfitri, semakin besar jumlah potongannya. Buat ibu bapa, inilah masa untuk berbelanja besar buat kepuasan hati.

Tidak kurang juga buat belanja juadah berbuka. Ada yang buat sumber rezeki tambahan, ada yang menanti pelbagai santapan. Macam-macam juadah yang sukar ditemui  di waktu lain, dapat ditemui. Puteri mandi, lompat tikam, dan berbagai lagi. Dari utara, selatan timur barat, semuanya dapat ditemui. Masa inilah yang ditunggu-tunggu oleh penggemar makanan yang enak. Sahabat dari agama yang lain juga tumpang menikmati pesta juadah ini. Bukan mudah nak jumpa!

Walau bagaimanapun suasana Ramadhan yang menjadi memori, biarlah Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan paling lumayan dalam hidup. Tidak seorang pun dapat menjamin untuk bertemu Ramadhan tahun ini, inikan pula yang selepas ini. Alangkah bertuahnya kita andai dapat merebut 'promosi' dari Allah s.w.t. Ya! LAILATUL QADR! Promosi besar-besaran! Pernahkah kita terjumpa tawaran bukan sahaja 100%, malah 3,000,000%!!!! Malah lebih dari itu Allah janjikan.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah Al Qadr: 1-3)


1bulan = 30hari/malam
1000bulan = 1000 x 30hari = 30000hari
30000hari = 30000/360 = 83.3333tahun!!!




1 malam Qadr > 30000 hari
1 malam Qadr > 83 tahun



Jom sama-sama kita kejar promosi besar-besaran ini!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...