Friday, July 6, 2012

Promosi Ramadhan Datang Lagi!!

Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan. Masa yang berlalu seakan pantas bergerak. Terasa baru sahaja habis bersuka ria di dalam suasana Aidilfitri tahun lalu. Kini sudah pun melepasi pertengahan Syaaban. Pihak pengurusan masjid-masjid mula sibuk membuat persediaan. Luaskan masjid, jadi tak ada yang solat atas tanah macam tahun lepas..

Pasaraya berdekatan pula sudahpun memulakan perang promosi dengan tawaran berlipat ganda. 10%, 35%, 70%!! semakin hampir Aidilfitri, semakin besar jumlah potongannya. Buat ibu bapa, inilah masa untuk berbelanja besar buat kepuasan hati.

Tidak kurang juga buat belanja juadah berbuka. Ada yang buat sumber rezeki tambahan, ada yang menanti pelbagai santapan. Macam-macam juadah yang sukar ditemui  di waktu lain, dapat ditemui. Puteri mandi, lompat tikam, dan berbagai lagi. Dari utara, selatan timur barat, semuanya dapat ditemui. Masa inilah yang ditunggu-tunggu oleh penggemar makanan yang enak. Sahabat dari agama yang lain juga tumpang menikmati pesta juadah ini. Bukan mudah nak jumpa!

Walau bagaimanapun suasana Ramadhan yang menjadi memori, biarlah Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan paling lumayan dalam hidup. Tidak seorang pun dapat menjamin untuk bertemu Ramadhan tahun ini, inikan pula yang selepas ini. Alangkah bertuahnya kita andai dapat merebut 'promosi' dari Allah s.w.t. Ya! LAILATUL QADR! Promosi besar-besaran! Pernahkah kita terjumpa tawaran bukan sahaja 100%, malah 3,000,000%!!!! Malah lebih dari itu Allah janjikan.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah Al Qadr: 1-3)


1bulan = 30hari/malam
1000bulan = 1000 x 30hari = 30000hari
30000hari = 30000/360 = 83.3333tahun!!!




1 malam Qadr > 30000 hari
1 malam Qadr > 83 tahun



Jom sama-sama kita kejar promosi besar-besaran ini!!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...