|
Bersama jemaah berlatarbelakangkan piramid |
Kini lahir anak ketiga dalam perniagaan ibadah kami. Selepas RNA Food Corner,lahir CSQ Training dan kini, Suffah Travel & Tours. Lahirnya Suffah Travel membawa saya ke Bumi Anbiya Mesir yang penuh dengan sejarah perjuangan nabi, Firaun dan pusat tamadun awal manusia Mesopotamia. Bersama 38 jemaah Umrah ziarah, kami menyusuri setiap perjalanan ke 3 buah bandar utama Mesir iaitu Cairo, Giza dan Alexandria. Mesir , hampir 90 juta penduduk. Majoriti beragama Islam. 25 juta menetap Di Cairo, hampir menyamai seluruh penduduk Malaysia. Terkenal dengan 4 sektor ekonomi utama iaitu Terusan Suez, Egypt Cotton, petrolium dan pelancongan terkenal dengan Sungai Nil yang memisahkan antara Cairo dan Giza. Sedikit bingkisan untuk tatapan bloggers...
Hari 1: KUALA LUMPUR - BANGKOK - CAIRO (23 Mei 2012)
Berkumpul di Level 5 KLIA. Menaiki penerbangan Egypt Air ke Cairo pada jam 10.00 malam (MS961) dan dijangka tiba pada jam 5.45 pagi keesokannya.
Hari 2 : CAIRO (24 Mei 2012)
Setibanya di Cairo,dibawa ke Tiba Hotel untuk check-in hotel. Selepas makan tengahari, melawat kawasan Pyramid Sphinx, Temple Valley dan Kilang Papyrus.
Hari 3 : CAIRO-ISKANDARIAH (25 Mei 2012)
Selepas sarapan pagi, Melawat Istana Raja Farouk yang dikelilingi Mountazah Garden yang terletak di Iskandariah. Selepas itu, kemudian dibawa melawat Masjid Morsi Abou Ae Abbas dan Abu Darda’ serta Kota Sultan Qalt Bay di pinggir Laut Mediterranean.Aturcara malam adalah berisar-siar dengan menaiki NILE CRUISE di mana anda dibawa bersiar-siar menikmati pemandangan indah di sepanjang sungai Nil sambil dihidangkan makan malam
Hari 4 : ISKANDARIAH - CAIRO - MADINAH (26 Mei 2012)
Jemaah dibawa melawat Citdel, Masjid Mohammad Ali dan Istana Ghawhara. Seterusnya lawatan ke Masjid Al Azhar, Masjid Al Hussein serta Masjid Imam As Syafie. Seterusnya membeli belah di Bazaar Khan El Khalili. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan seterusnya ke Jeddah pada jam 9.45 malam (MS677)
No comments:
Post a Comment