Tuesday, April 23, 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 : SummerCamp Super Muslim Siri II 2013


Daftar Kem Cuti Sekolah Mei-Jun 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 SummerCamp Super Muslim Siri II


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2013, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim Siri II. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri 1 yang dilaksanakan pada penghujung 2012 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik danberkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhusolat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
CARA MENDAFTAR

Sila klik dua kali untuk paparan lebih besar. Anda boleh cetak borang pendaftaran di bawah dan faks ke  03 6205 2554

CARA PEMBAYARAN


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



Daftarlah hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 


PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.



Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri II 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

Wednesday, April 10, 2013

CSQ Training di RTM 1 : Rancangan Generasi Y


CSQ Training di RTM 1 : Rancangan Generasi Y

CSQ Training Centre di RTM 1 : Rancangan Generasi Y
Tajuk : Generasi Sihat Minda & Fizikal


Alhamdulillah, CSQ Training Centre membuat penampilan seterusnya di RTM 1 pada 6 April 2013 dalam rancangan Generasi Y. Talkshow remaja ini dihoskan oleh pengacara muda Muadz membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan generasi Y. Racangan ini juga diiringi oleh band muzik bersama para penonton yang dijemput khas dari universiti terpilih dan ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 2-3 petang di TV1.

Kali ini Ustaz Azizul dijemput menjadi panel bersama seorang model muslimah iaitu Fatimah Az Zahra manakala penonton ialah daripada Fakulti Sains Perubatan USIM. Topik yang dibincangkan pula ialah berkenaan Generasi Sihat Minda & Fizikal.






Mudah-mudahan ilmu dan perkongsian memberi manfaat kepada semua yang mendengar.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


Alhamdulillah, sekali lagi Ustaz Azizul Asri dijemput mengisi slot Anda Musykil di RTM 1 pada 8-10 Mac 2013. Rancangan yang melibatkan interaksi bersama penonton ini disiarkan pada setiap hari Jumaat-Ahad pada jam 6.30-7.00 pagi.

Kali ini tajuk yang dibincangkan ialah " Anak Emak Anak Ayah".

Semoga beroleh manfaat kepada semua.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre bersama Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur


Kursus Muhasabah Diri Meningkatkan Prestasi 2013
4 April 2013
120 Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur
Aras 7, Mahkamah Kuala Lumpur

Jurulatih terlibat : 
Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
Ustaz Sabri Abd Rani
Saudara Hasanuddin Haron













Semoga kursus ini berjaya meningkatkan prestasi kerja warga mahkamah Kuala Lumpur.

Terima kasih

CSQ Training Centre

CSQ Training bersama Kakitangan Kementerian Wilayah & Kesejahteraan Bandar


CSQ Training bersama Kakitangan Kementerian Wilayah & Kesejahteraan Bandar

Kursus Pengukuhan Ukhwah Melalui Pemantapan Rohani
20-23 Mac 2013
40 Kakitangan Kementerian Wilayah & Kesejahteraan Bandar
Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor

Jurulatih terlibat : 
Ustaz Sabri Rani ( Perunding Fokus Budi Consultanct)
Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
Saudara Hasanuddin Haron












Terima kasih atas penglibatan semua kakitangan yang hadir dengan penuh semangat dan dedikasi. Termasuk juga Ustaz Sabri Rani Fokus Budi Konsultan yang menjadi Perunding Utama kursus ini.

Salam hormat,

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil

Alhamdulillah, saya dijemput untuk mengendalikan rancangan interaksi Anda Musykil di RTM 1 pada 25-27 Januari 2013. Rancangan yang disiarkan pada setiap hari Jumaat-Ahad bersiaran pada 6.30 pagi-7.00 pagi ini melibatkan sesi soal jawab bersama penonton melalui laman facebook dan telefon.



3 hari berturut-turut banyak soalan yang dikemukakan oleh para penonton. Tambahan pula tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan "Mertua vs Menantu" merupakan tajuk yang menyantuni setiap daripada kita.

Saya berkongsi dengan para penonton tips menantu pilihan dan petua menjadi mertua yang disayangi. Kuncinya ialah menerima mertua atau menantu kita seadanya. Hargai kelebihan dan terima kekurangan. Keihklasan dan hubungan ini merentasi faktor wang ringgit dan harta benda. Duit dan harta boleh dicari tetapi menantu yang menghormati dan mertua yang memahami adalah kurniaan Allah s.w.t yang sukar anda perolehi tanpa sikap dan keihklasan diri.

Pada masa yang sama situasi masyarakat hari ini yang mementingkan faktor kosmetik dalam rumahtangga seperti rupa paras, harta benda dan wang ringgit menghasilkan sebuah keluarga yang cacat rohaninya. Ibu bapa lebih mementingkan harga kereta menantu dari kualiti solat bakal suami anaknya.

Semoga perkongsian dalam rancangan Anda Musykil memberi manfaat untuk kita semua.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre di RTM1 - Sehati Sejiwa


CSQ Training Centre di RTM 1 - Sehati Sejiwa


Kali ini, saya hadir sebagai panel untuk talkshow "Sehati Sejiwa". Rancangan yang menjemput pasangan selebriti dan panel untuk membincangkan topik-topik semasa dalam rumahtangga. Disiarkan setiap hari Ahad jam 2-3 petang di TV1.

Pada kali ini, topik yang dibincangkan ialah " Kahwin Warga Asing". Saya digandingkan bersama pasangan suami isteri iaitu pelakon Catriona Ross & suaminya En Shaharudin. Rancangan ini dihoskan pula oleh pelakon berbakat yang petah mulutnya menyoal  iaitu Amyza Aznan.


Kami membincangkan baik buruk perkahwinan dengan warga asing. Dan apakah persiapan untuk seseorang itu apabila ia berkahwin dengan pasangan berlainan negara & bangsa.

Saya berkongsi bahawa Rasulullah s.a.w sendiri salah seorang isterinya ialah Safiyyah Huyai Akhtab, iaitu anak seorang ketua kabilah Yahudi. Bermaksud, perkahwinan itu asasnya bukan dilihat kepada bangsa seseorang tetapi pada kualiti agamanya.

Namun begitu, statistik yang melihat kepada isu perkahwinan bangsa asing khususnya dalam bab perceraian, melarikan anak, didera fizikal dan emosi memerlukan setiap pasangan mengkaji sedalamnya faktor ini sebelum membuat keputusan.

Justeru, jika pasangan anda warga asing, lihatlah rupa paras agamanya bukan faktor fizikal sahaja. Lihat juga aspek kewangan, kaji latar belakangnya, keluarganya. Pada masa yang sama, dapatkan konsesi sebelum berkahwin tentang di mana anda akan tinggal selepas berkahwin, faktor pekerjaan dan tempat melahirkan anak. Semua ini jika diselesaikan dengan baik, insya Allah apa jua bangsa dan negara, pasangan itu akan mencapai kebahagiaan.

Warga asing ini bukan sahaja merujuk warga bangladesh, Nepal dan Indonesi tetapi merujuk juga kepada warga Britain, Hong Kong dan negara yang lain. Terkadang, kerana gopoh tidak mengkaji latar belakang menyebabkan pasangan menderita selepas berkahwin khususnya orang perempuan.

Pada masa yang sama, faktor cinta telah "membutakan" semua kelemahan pasangan ketika sebelum berkahwin.

Justeru, timbang dan kajilah sedalamnya dan cermatilah sehalusnya pasangan kita sebelum berkahwin. Tidak kira sama ada warga tempatan atau warga asing.

Bahagia di tangan anda

CSQ Training Centre


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...