Wednesday, April 10, 2013

CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil

Alhamdulillah, saya dijemput untuk mengendalikan rancangan interaksi Anda Musykil di RTM 1 pada 25-27 Januari 2013. Rancangan yang disiarkan pada setiap hari Jumaat-Ahad bersiaran pada 6.30 pagi-7.00 pagi ini melibatkan sesi soal jawab bersama penonton melalui laman facebook dan telefon.



3 hari berturut-turut banyak soalan yang dikemukakan oleh para penonton. Tambahan pula tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan "Mertua vs Menantu" merupakan tajuk yang menyantuni setiap daripada kita.

Saya berkongsi dengan para penonton tips menantu pilihan dan petua menjadi mertua yang disayangi. Kuncinya ialah menerima mertua atau menantu kita seadanya. Hargai kelebihan dan terima kekurangan. Keihklasan dan hubungan ini merentasi faktor wang ringgit dan harta benda. Duit dan harta boleh dicari tetapi menantu yang menghormati dan mertua yang memahami adalah kurniaan Allah s.w.t yang sukar anda perolehi tanpa sikap dan keihklasan diri.

Pada masa yang sama situasi masyarakat hari ini yang mementingkan faktor kosmetik dalam rumahtangga seperti rupa paras, harta benda dan wang ringgit menghasilkan sebuah keluarga yang cacat rohaninya. Ibu bapa lebih mementingkan harga kereta menantu dari kualiti solat bakal suami anaknya.

Semoga perkongsian dalam rancangan Anda Musykil memberi manfaat untuk kita semua.

CSQ Training Centre

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...