Monday, June 20, 2011

Kem Eksplorasi Smart Leader bersama anak-anak staff Maybank

Pada 8 & 9 Jun yang lalu bertempat di Surau Al-Insaf Menara Maybank, Creative SQ dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) telah menganjurkan Kem Smart Leader khusus untuk anak-anak staff Maybank. Kem yang diadakan selama 2 hari itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan sifat kepimpinan. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program:


Keberanian perlu dipupuk dalam diri seorang pemimpin muda
   
Salah satu aktiviti yang menguji IQ

Segmen cari siapa merapatkan lagi ukhuwwah sesama peserta

Add caption

Bersama 'orang kuat' PKIMB, Haji Muznee dan Haji Azhar

Suapan pertama untuk sahabat ^_^

Sekalung penghargaan buat warga PKIMB khususnya Tuan Haji Azhar dan Tuan Haji Syed Muznee, diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada Creative SQ Training & Consultancy untuk mengadakan Kem Explorasi Smart Leader tidak lupa juga buat peserta-peserta yang turut serta menjayakan program ini..^_^

Kem Mutiara Gemilang Skor A SK DUSUN NANDING

Alhamdulillah.. Pada 16 & 17 Jun yang lalu bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Creative SQ Training & Consultancy telah berjaya menganjurkan Kem Mutiara Gemilang Skor A bersama pelajar Tahun 6 SK Dusun Nanding. Kem ini bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Ikuti gambar perjalanan sepanjang program.. ^_^


Sesi Ice Breaking bersama Ustaz Luqman


Salah satu aktiviti menarik dan lasak menanti peserta

Aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal

Menara kejayaan menguji semangat kerjasama


Pengisian rohani turut dititikberatkan




Itulah sedikit sebanyak coretan sepanjang kem berlangsung. Kami warga Creative SQ Training & Consultancy mendoakan kejayaan bukan sahaja didunia tetapi yang paling utama kejayaan akhirat buat adik-adik SK Dusun Nanding. Adik-adik terbaik! ^_^

Sunday, June 5, 2011

Sekitar Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Wilayah Persekutuan

Program      : Kem Anak Soleh 2011
Tarikh         : 1-3 Jun 2011
Tempat       : Masjid Wilayah Persekutuan
Kehadiran   : 215 peserta
Tenaga       : 25 Urusetia

 Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Wilayah Persekutuan. Creative SQ sekali lagi mendapat kepercayaan pihak Masjid Wilayah untuk bersama-sama mengendalikan 215 peserta dengan latar belakang dan usia pelbagai serta memerlukan penyusunan kerja yang sistematik.



 Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sekolah rendah di Dewan Muslimin dan sekolah menengah di dewan muslimat. Empat unit disusun melibatkan 20 fasilitator untuk mengawal perjalanan program di dewan, ketika makan, tidur dan sepanjang program berlangsung.













Kenangan bersama para peserta dan fasilitator..

 Antara fasilitator dan trainer yang sempat bergambar. Yang lain terpaksa menguruskan peserta..

 Dato' Hassan Mahmud antara yang hadir ketika Sesi bersama Imam Muda 2

 Antara Calon Imam Muda Siri 2 yang datang berkongsi ilmu dengan peserta




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...