Pejam celik-pejam celik telah hampir detik 2011. Banyak lagi azam 2010 yang belum dilunaskan. Bagi pelajar, detik 2011 bermakna sekolah akan dibuka. Kembali kepada jadual bangun awal, kerja sekolah, perhimpunan dan sebagainya yang kadang-kadang tidak diminati kebanyakan pelajar. Mengapa ia berlaku? Kerana cuti sekolah di"lanyak" habis habisan. Tidur lewat bangun lewat. Ber"iktikaf" sunat di kafe siber. Banyak luangkan masa bersantai dan tengok TV. Ada juga yang mengambil kesempatan bekerja mencari duit tambahan. Baca buku?Study? Rasanya sukar dijelaskan. 2011 mungkin tahun UPSR, PMR atau SPM bagi sebahagian pelajar, tetapi cuti sekolah tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Maka apabila tirai sekolah dibuka, rasa malas untuk ke sekolah dan kembali ke situasi belajar akan menyerang kita.
" Boleh rileks lagi nie. SPM hujung tahun. Lambat lagi".
"Belajar awal-awal pun buat apa, nanti lupa"
"Study nie kena relaks. Tak boleh gopoh"
Ini ayat "klise" pelajar. apa yang saya perhatikan, pelajar biasanya menghadapi masalah berikut :
"Apa lagi? Pulang ke pangkal jalanlah!"
"Jalan mana pulak cikgu nie!"
Begini. Kita bermula denga perkara berikut :
"Saya tak ada bilik lah".
"Saya kongsi bilik dengan adik"
Tidak mengapa. Yang penting ada sedikit ruang untuk dijadikan tempat belajar. Minta sokongan mereka untuk memberikan sedikit ruang privasi untuk kita belajar.
3. Tahu kedudukan anda.
Setakat mana penguasaan anda terhadap sesuatu subjek? Mana subjek yang telah dikuasai dan subjek yang paling tidak disukai. Senaraikan semua subjek peperiksaan tahun ini dan letakkan gred bagi setiap subjek mengikut tahap penguasaan anda. Contohnya subjek Sains buat masa ini grednya masih C. Atau Matematik A kerana anda minat matematik. Bahasa Melayu mungkin tahap B.
Setelah tahu kedudukan kita, strategi belajar berkesan harus bermula sekarang. Bunyikan semboyan Pecutan akhir sekarang juga. Jangan tunggu sehingga peperiksaan tinggal seminggu atau dua minggu baru nak memecut.
4. Mulakan strategi belajar berkesan

- Tiada matlamat belajar
- Rasa malas nak mengulangkaji
- Suka belajar saat akhir
- Suka bertangguh kerana menyangka masa masih panjang
- Suka membiarkan diri melakukan apa disukai berbanding melakukan apa yang patut dilakukan. Ingat, apa yang anda suka buat dengan apa yang anda perlu buat adalah berbeza.
"Apa lagi? Pulang ke pangkal jalanlah!"
"Jalan mana pulak cikgu nie!"
Begini. Kita bermula denga perkara berikut :
- Jelaskan matlamat dan sasaran anda pada sekeping kertas dan letakkan di bilik tidur anda dan anda boleh melihatnya setiap hari. Matlamat mesti sesuatu yang boleh dicapai dan realistik.
"Saya tak ada bilik lah".
"Saya kongsi bilik dengan adik"
Tidak mengapa. Yang penting ada sedikit ruang untuk dijadikan tempat belajar. Minta sokongan mereka untuk memberikan sedikit ruang privasi untuk kita belajar.
3. Tahu kedudukan anda.
Setakat mana penguasaan anda terhadap sesuatu subjek? Mana subjek yang telah dikuasai dan subjek yang paling tidak disukai. Senaraikan semua subjek peperiksaan tahun ini dan letakkan gred bagi setiap subjek mengikut tahap penguasaan anda. Contohnya subjek Sains buat masa ini grednya masih C. Atau Matematik A kerana anda minat matematik. Bahasa Melayu mungkin tahap B.
Setelah tahu kedudukan kita, strategi belajar berkesan harus bermula sekarang. Bunyikan semboyan Pecutan akhir sekarang juga. Jangan tunggu sehingga peperiksaan tinggal seminggu atau dua minggu baru nak memecut.
4. Mulakan strategi belajar berkesan
- Memilih masa belajar yang sesuai dan jadual waktu belajar yang anjal dan efektif. Contohnya ulangkaji 30 minit rehat 5 minit atau ulangkaji 1 jam rehat 10 minit. Pilih waktu belajar yang kita rasa bertenaga dan lebihkan tumpuan untuk subjek yang lemah.
- Bawa nota kecil ke mana sahaja anda pergi. Masukkan dalam beg atau poket. Isi masa kosong anda dengan membeleknya. Contohnya menunggu bas, sebelum guru masuk ke kelas, menunggu makanan yang dipesan, tengah beratur membeli makanan dan sebagainya
- Input dan output learning. Pilih 4-5 orang kawan dan lakukan "study group". Belajar membuat nota melalui peta minda (mind maping). Teknik kuiz dan soal jawab sama ada berseorangan atau lebih efektif dengan teman. Ada juga mencadangkan supaya kita bercakap di hadapan cermin untuk meluahkan apa yang telah kita baca dan fahami.
- Menggunakan teknik fisiologi belajar. Bagaimana? Mandi dahulu sebelum belajar. Berpakaian kemas, segak dan bersih. Tempat study mesti bersih dan kemas serta sejuk mata memandang. Duduk dengan sopan atau berdiri adalah adalah kaedah terbaik. Jangan study sambil berbaring atau melentang. Tunjukkan kesungguhan gaya belajar. Seolah-olah kita sedang ghairah untuk belajar.
- Lupakan masalah sampingan lain ketika sedang belajar. Bergaduh dengan kawan, kena marah dengan ibu. Kesempitan wang dan sebagainya. Lupakan sementara dan fokus fokus fokus. Berfikir tentang masalah tanpa mencari cara menyelesaikannya adalah tindakan kurang bijak dan membuang masa. Belajarlah dalam keadaan tenang dan tidak tertekan.
No comments:
Post a Comment