APA ITU PETA MINDA?
Peta Mind (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau subconscious mind.
BAGAIMANA PETA MINDA BERFUNGSI?
Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengigatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.
- Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
- Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
- Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
- Fokus kepada isu sebenar meningkat.
- Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
- Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Spoon-fed learning atau dalam Bahasa Melayu dipanggil belajar secara disuap adalah teknik pembelajaran yang telah ketinggalan zaman. Teknik ini telah menjadikan fikiran para pelajar kaku untuk menghuraikan sebarang permasalahan. Walaubagaimanapun ahli fikir barat yang sentiasa mengkaji corak pemikiran manusia telah menjumpai satu teknik belajar selari dengan bagaimana otak manusia berfikir iaitu Peta Minda ( Mind Mapping).
!!!! Sekiranya anda mengambil masa belajar satu jam, dalam masa 24 jam 80% dari yang anda pelajari akan hilang.
Menurut Tony Buzan pengasas Peta Minda, pelajar akan lupa apa yang diajar sebanyak 80% dalam masa 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut membuat ulangkaji selama satu jam selepas pelajaran tersebut diajar dan diikuti sehari esoknya, seminggu sekali, sebulan sekali dan 6 bulan sekali, anda akan mudah untuk mengingati kembali
TEKNIK MEMBUAT PETA MINDA
Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.
- Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
- Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
- Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
- bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
- Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
- Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
- Gunakan warna yang terang dan pelbagai
No comments:
Post a Comment