Wednesday, November 9, 2011

CSQ Training di MRSM Batu Pahat, Johor

Program        : Kem Jati Diri Pelajar Muslim 2011
Tarikh           :14-16 Oktobero 2011
Peserta         : 200 pelajar MRSM Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Alhamdulillah, kami berbesar hati dapat berkunjung ke MRSM Batu Pahat, Johor. Daerah Batu Pahat terkenal dengan kerepek-kerepek yang sedap dan menarik menggamit Team CSQ untuk singgah buat kenangan dan buah tangan untuk insan yang kami tinggalkan di rumah.

Misi kami seperti biasa, membentuk jati diri dan nilai hidup serta budaya cemerlang di kalangan peserta.

Antara aktiviti kali ini ialah Brainstorming Cinta Remaja, Radio Karat, Rasulullah IdolaKu, Dunia di Tangan Kita, Menara Kejayaan, Membentuk Matlamat Memperkukuhkan Tekad, Modul Ular Titi dan termasuk aktiviti qiamullail, solat dhuha dan tazkirah.
Gelagat satu kumpulan dalam mempersembahkan trademark kumpulan...

Antara pose kumpulan yang sempat team CSQ rakamkan...






 Permainan Ular titi membentuk kerjasama dan kreativiti kumpulan...


 Modul Radio karat menyantuni aspek amanah dan fokus



 Aktiviti perdana, Solat Asar berjamaah di padang bola, sesuatu yang pertama kali dilakukan sejak MRSM Batu Pahat dibuka...

 Penerangan tentang Solat dan kewajipannya


 Empat Jurulatih CSQ Training yang berkampung selama 3 hari 2 malam bersama peserta..


 Dari kiri FC Sahi, saya, En Roshah, Ust Luqman dan FC Airin..

 Tazkirah "Ada Apa Dengan Cinta" membincangkan persoalan cinta monyet


Antara susunan kreatif kumpulan....

Kami mendoakan kejayaan akademik dan kecemerlangan budi untuk semua peserta yang terlibat.  Semoga titik titik perubahan yang disemai akan berkembang menjadi suatu budaya subur dalam MRSM Batu Pahat. Insya Allah

"Kemahiran diperolehi apabila anda selalu melakukannya"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...