Wednesday, July 31, 2013

CSQ Kini Dengan Pakej "Jom Masuk Kem"

Hasil daripada perbincangan antara Team CSQ dan pihak Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat, Selangor, CSQ kini tampil dengan produk terbaru khas untuk pihak sekolah dan institusi pendidikan yang berkeinginan membawa pelajar mereka merasai pengalaman berprogram di kem motivasi yang jauh dari kesibukan kota disamping meningkatkan lagi keberkesanan program yang diadakan.

Dengan harga serendah RM70 untuk setiap peserta bagi program 2 hari 1 malam, pakej ini dikira sangat berbaloi memandangkan harga tersebut merangkumi kos konsultan, penginapan, makan minum, malah ditambah pula dengan 2 aktiviti outdoor percuma disamping memberikan kebenaran kepada 4 orang guru pengiring untuk mengiringi peserta mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan!

Tentang lokasi kem usah bimbang. Kem ini terletak betul-betul di jalan menuju ke sungai congkak yang pastinya menjanjikan suasana yang damai, udara yang nyaman, selesa malah kemudahan yang disediakan juga cukup memadai untuk menjanjikan satu pengalaman yang menarik kepada para pengunjungnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi promosi ini di http://kemrimbaria.blogspot.com atau rujuk gambar brochure di bawah. Sekian.

"Melatih, Mendidik, Merubah"

Sila Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...