Monday, May 5, 2014

Pendaftaran Kem Motivasi Cuti Sekolah ( SummerCamp SuperMuslim 2014) Kini Dibuka! Daftar Hari Ini

Pendaftaran Online Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei - Jun 2014 SummerCamp Super Muslim Siri 4.0


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2014, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim 4.0. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri III yang dilaksanakan pada hujung 2013 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik dan berkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhusolat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan
LOKASI PROGRAM

1. MASJID BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR                
 02-04 JUN 2014 ( Isnin-Rabu) 
2. MASJID SULTAN YUSUF, IPOH, PERAK                            06-08 JUN 2014 ( Jumaat-Ahad)
3. MASJID PUTRA, PUTRAJAYA                                          10-12 JUN 2014    (Selasa-Khamis)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
  • Peserta juga akan dibahagikan mengikut kategori umur ( Tahap rendah & menengah) bagi memastikan modul dan pengisian yang sesuai dan strategik dapat dilaksanakan.




CARA MENDAFTAR
Untuk memudahkan pendaftaran, anda perlu SMS kepada pihak kami 3 maklumat iaitu NAMA peserta, UMUR LOKASI ke nombor seperti di bawah : 


Anda juga boleh mengisi borang secara talian (Online) di bawah : 


DAFTAR MELALUI SMS


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



DAFTARLAH hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 





PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri III 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...