Wednesday, July 31, 2013

CSQ @ DARUL IZZAH :: MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELAB ANAK-ANAK YATIM

Program: Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Anak-Anak Yatim Darul Izzah
Tarikh   : 27 Julai 2013 (Sabtu)
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi
Anjuran : Kelab Anak-Anak Yatim

Pada tarikh ini, CSQ menerima jemput untuk berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim Darul Izzah dibawah anjuran Kelab Anak-Anak Yatim dan UTM Jalan Semarak


Ust Azizul sedang memberi tazkirah sebelum majlis penyampaian cenderahati
Ust Azizul sedang menjawab pertanyaan salah seorang dari mereka
Gambar kenang kenangan bersama Anak-anak Yatim dan UTM Jalan Semarak
Keceriaan jelas terpancar di muka adik-adik ini
Majlis yang penuh dengan keberkatan kerana kami bersama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim
Kru CSQ yang pergi bersama-sama dengan Ust Azizul

Akhir kalam, doakan lah kesejahteraan mereka kerana kehidupan mereka tidak sama seperti kehidupan kita :)

CSQ @ SK DUSUN NANDING :: KURSUS PECUTAN AKHIR UPSR 2013

Program : Kursus Pecutan Akhir UPSR 2013
Tarikh    : 2-3 Julai 2013
Peserta  : 80 pelajar UPSR 2013
Tempat  : Kamunting Beach Resort

Jurulatih terlibat  :
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin
  • Saudara Saadan
  • Saudara Amar
  • Saudara Hamid
Kursus ini bertujuan untuk :
  •  Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  •  Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemarlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  •  Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


Sesi  ice-breaking

Sorakan kumpulan

Solat berjemaah di tepi pantai

Menara kejayaan

Penyampaian sijil

Acara suap-menyuap

Para trainer & fasilitator CSQ Training

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru serta peserta-peserta Kursus Pecutan Akhir UPSR ini atas kerjasama & kesudian pihak sekolah untuk menjemput pihak CSQ Training dalam menjayakan kursus ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik dunia & akhirat.

CSQ @ SK BUKIT JALOR :: KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

Program    : Kursus Pemantapan Akidah anjuran Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)
Tarikh        : 6-8 Julai 2013
Penyertaan : 85 pelajar SK Bukit Jalor
Tempat      : Pusat Pemantapan Akidah Jelebu (PPAJ)

Jurulatih terlibat
  • Ustaz Hasanuddin bin Haron
  • Saudara Amar
  • Saudara Aizat
  • Saudara Syukri
  • Saudari Aisyah Roslan
  • Saudari Siti Aisyah bt Isnin
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk:
  • Membina jati diri aqidah yang kuat (principal-centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah dan peribadi remaja muslim
  • Menanam penghayatan Islam sebagai benteng gejala sosial
  • Memahami keutamaan diri sebagai seorang anak, pelajar dan remaja muslim

jungle tracking

Menara Kejayaan


Bekerjasama dalam kumpulan untuk  mendaki bukit

Terima kasih kami ucapkan kepada warga Pusat Pemantapan Akidah Jelebu serta SK Bukit Jalor atas kesudian menjemput CSQ Training Centre dalam menjayakan program ini. Insya Allah semogapeserta program ini akan menjadi muslim yang cemerlang di dunia & akhirat.

CSQ @ MRSM PDRM :: KURSUS PECUTAN AKHIR PELAJAR PMR 2013

Program      : Kursus Pecutan Akhir bersama pelajar PMR 2013
Tarikh         :  5-7 Julai 2013
Peserta       : 140  calon PMR MRSM PDRM
Tempat       : Kem Kenari , Yan

Jurulatih terlibat:
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin
  • Ustaz Luqman
  • Saudara Zack Zawani
Objektif utama program ini ialah :
  • Membina jati diri yang kuat (Principle centric)
  • Membentuk sikap dan matlamat jelas untuk kecemerlangan
  • Memupuk sikap belajar untuk ilmu bukan berorientasikan peperiksaan
  • Membina sahsiah & peribadi remaja muslim


Solat berjemaah 

'Tanya sama pokok'


jungle tracking



Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput kami sekali lagi. Semoga kursus yang diadakan ini dapat membantu adik-adik MRSM PDRM untuk mendapat 8A dengan cemerlang akademik & juga sahsiah.

Tuesday, April 23, 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 : SummerCamp Super Muslim Siri II 2013


Daftar Kem Cuti Sekolah Mei-Jun 2013

Kem Motivasi Cuti Sekolah Mei-Jun 2013 SummerCamp Super Muslim Siri II


 Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan pengunjung setia CSQ Training Centre.

Sempena dengan cuti sekolah Mei-Jun 2013, CSQ Training Centre mengambil tanggungjawab mengadakan Kem Motivasi Cuti Sekolah iaitu SummerCamp Super Muslim Siri II. Sebagai lanjutan kepada SummerCamp Super Muslim Siri 1 yang dilaksanakan pada penghujung 2012 yang lepas.

Ambillah peluang ini untuk menghantarkan anak-anak anda mengisi masa cuti dengan aktiviti terbaik danberkualiti melalui 4 objektif yang telah kami sasarkan khas untuk peserta iaitu :

  1. Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial
  2. Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super
  3. Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran
  4. Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing bagi membolehkan pengisian dan impak kursus dapat dioptimumkan. Antara kaedah yang digunakan dalam memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima pengisian tetapi juga seronok dan bersemangat mengikuti kursus ialah :
  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir & doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.
CARA MENDAFTAR

Sila klik dua kali untuk paparan lebih besar. Anda boleh cetak borang pendaftaran di bawah dan faks ke  03 6205 2554

CARA PEMBAYARAN


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS



Daftarlah hari ini untuk pengesahan 100 tempat terawal.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berharga. Telefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 


PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS


CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH


CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.



Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim Siri II 2013

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

Wednesday, April 10, 2013

CSQ Training di RTM 1 : Rancangan Generasi Y


CSQ Training di RTM 1 : Rancangan Generasi Y

CSQ Training Centre di RTM 1 : Rancangan Generasi Y
Tajuk : Generasi Sihat Minda & Fizikal


Alhamdulillah, CSQ Training Centre membuat penampilan seterusnya di RTM 1 pada 6 April 2013 dalam rancangan Generasi Y. Talkshow remaja ini dihoskan oleh pengacara muda Muadz membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan generasi Y. Racangan ini juga diiringi oleh band muzik bersama para penonton yang dijemput khas dari universiti terpilih dan ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 2-3 petang di TV1.

Kali ini Ustaz Azizul dijemput menjadi panel bersama seorang model muslimah iaitu Fatimah Az Zahra manakala penonton ialah daripada Fakulti Sains Perubatan USIM. Topik yang dibincangkan pula ialah berkenaan Generasi Sihat Minda & Fizikal.






Mudah-mudahan ilmu dan perkongsian memberi manfaat kepada semua yang mendengar.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


CSQ Training Centre di RTM 1 : Anda Musykil


Alhamdulillah, sekali lagi Ustaz Azizul Asri dijemput mengisi slot Anda Musykil di RTM 1 pada 8-10 Mac 2013. Rancangan yang melibatkan interaksi bersama penonton ini disiarkan pada setiap hari Jumaat-Ahad pada jam 6.30-7.00 pagi.

Kali ini tajuk yang dibincangkan ialah " Anak Emak Anak Ayah".

Semoga beroleh manfaat kepada semua.

CSQ Training Centre

CSQ Training Centre bersama Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur


Kursus Muhasabah Diri Meningkatkan Prestasi 2013
4 April 2013
120 Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur
Aras 7, Mahkamah Kuala Lumpur

Jurulatih terlibat : 
Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
Ustaz Sabri Abd Rani
Saudara Hasanuddin Haron













Semoga kursus ini berjaya meningkatkan prestasi kerja warga mahkamah Kuala Lumpur.

Terima kasih

CSQ Training Centre
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...