Saturday, June 12, 2010

SummerCamp Anak Soleh di Masji Negeri, Shah Alam

SummerCamp Anak Soleh 2010
10-11 Jun 2010
Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Kehadiran : 88 peserta


Bergambar kenangan di sisi Masjid Negeri, Shah Alam..


Khusyuk mendengar taklimat program...

Lukman a.k.a abg ngah memeluk ayah tersayang..

Ust Zul bersama Kak Long (asmida) dalam sesi bersama ibu bapa..
Antara ibu bapa yang hadir ke Sesi Pleno bersama Waris...

Ust Luqman Hakim selaku moderator Sesi Pleno...


Urusetia pendaftaran sibuk memeriksa kehadiran....


Sesi ukhuwwah antara yang tua dan yang muda...


Cabaran Tali anak Soleh...



Sesi Aulad Cergas...

Membina keyakinan diri dalam Slot Matlamat Kejayaan..

Sesi Ice breaking,,,


Antara Ibu bapa yang awal mendaftarkan peserta...

Ust Luqman bersama peserta cilik...


Ust Ramadhan al Mubarak dalam sesi Matlamat Kejayaan..

Barisan Trainer Creative Solution " We Always Create The Creativity"

Dalam sesi Teknik Belajar & Pengurusan Masa..
SummerCamp Anak Soleh Edisi Masjid Negeri Shah Alam mencatatkan kenangan yang tersendiri untuk setiap peserta dan ibu bapa yang terlibat. Walau pun 2 hari tidak bermalam, hampir kesemua ibu bapa sanggup dan bersama-sama anak-anak mereka dalam sesi Qiamullail pada hari kedua yang bermula kira-kira jam 4.30 pagi. " Ada ke tidak ibu bapa yang nak hadir 4.30 pagi nie ustaz?" Tanya seorang FC kepada saya ketika hari pertama program."" Insya Allah ada. We do the best, Allah do the rest". Ujar saya dengan yakin walau pun dalam hati ada juga sedikit kerisauan. Kebimbangan terlerai apabila melihat seorang demi seorang peserta bersama ibu bapa hadir memenuhi ruang saf dewan solat bahagian bawah Masjid Negeri.
Apa yang pihak Creative Solution berikan kepada peserta ialah subjek yang berulang-ulang sejak sekian lama namun diberikan nafas baru dari aspek implementasinya. Polemik berkaitan anak soleh, jangan tinggal solat, isi masa cuti dengan perkara berfaedah, membentuk sikap belajar adalah sesuatu yang memang sedia ada menjengah ke lubang telinga pelajar. Sama ada keluar dari anak tekak ibu bapa, guru, nenek dan atuk, ustaz dan sesiapa sahaja.
Namun sedarkah kita bahawa kita sememangnya melakukan perkara yang sama setiap hari. Juga setiap tahun? Kita mengulang-ngulang aktiviti makan, tidur, mandi, membuang air. Kita juga mungkin mengulang-ulang pergi ke sekolah, balik kampung bila cuti sekolah. Setiap tahun, kita menyambut hari raya sebanyak dua kali. Kita mengulang-ulang solat 5 kali sehari. Setiap hari kita diminta mencium tangan ibu ayah sebelum ke sekolah. Ayah dan ibu kita juga melakukan perkara yang lebih kurang sama setiap hari. Pergi kerja, membasuh baju, mengemas rumah dan seumpamanya. Justeru, apa yang menariknya kerja yang diulang-ulang ini? Tak bosankah anda?
Mari kita melihat dari sudut pandang agama. Bagaimana kita hendak menjadikan kerja yang diulang-ulang ini menjadi terbaik. Sabda nabi s.a.w "Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun" ( Hadith riwayat Abu Daud)
Untuk menjadikan sesuatu yang diulang-ulang itu terbaik, kita haruslah sentiasa memperbaikinya. Mesti ada improvisasi. Perubahan ke arah yang semakin baik. Kerana itu agama melihat orang yang terbaik ialah yang hari ini lebih baik dari semalam. Jadikan apa yang kita makan dan cara kita makan dan minum semakin baik dari sehari ke sehari. Termasuk juga cara belajar, cara bersolat, cara berpakaian, cara meningkatkan ilmu serta apa jua yang kita lakukan dalam hidup kita. Pastinya peningkatan terhadap sesuatu amal akan meningkatkan rasa yakin kita terhadap kekuasaan Allah, membina tahap keyakinan diri dan dapat pula membantu orang lain untuk melakukan islah dan tajdid seperti kita.
Sebab itu ada suatu pepatah untuk direnungkan " Tidak kisah apa yang anda lakukan, tetapi BAGAIMANA anda melakukannya"..
Anak-anak yang cemerlang lahir dari Ibu bapa yang cemerlang....
We Always Creat The Creativity

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...