"ALhamdulillah. Selepas ikuti program motivasi, anak saya dah tak lawan cakap saya lagi"
"Selepas ikuti kursus anak soleh, anak saya dah tak tinggal solat lagi"
" Ustaz, anak saya di dah berkali-kali hantar ke kem motivasi. Tapi perangainya makin teruk pulak"
" Ustaz, anak saya balik dari kem motivasi tu, dalam 2-3 hari nampak perubahannya. Tapi selepas tu, kembali seperti perangai lama. Apa harus saya lakukan?"
" Ustaz, saya tak kisah, asal anak saya ada aktiviti cuti sekolah ni. Sebab tu saya hantar dia ikut kem motivasi ni"
Ayat-ayat di atas merupakan antara persoalan yang selalu menerjah ke telinga saya sejak mula-mula terlibat dalam program pembangunan remaja dari 2004 lagi. Peserta datang mengikuti kem atau rehlah motivasi selama 2-3 hari dan pulang memulakan rutin mereka. Dalam kursus, peserta diberikan pencerahan berkaitan nilai hidup dan teknik-teknik serta kemahiran yang pelbagai. Teknik belajar, teknik urus masa, kemahiran mengurus diri, konsep akhlak rasul, bagaimana menjadi anak soleh, teknik smart solat dan pelbagai lagi input berguna hasil perencanaan dan perahan minda para jurulatih yang bertungkus lumus bukan sahaja untuk memastikan peserta gembira mengikuti program, tetapi mendapat pengisian dan pulang melakukan agenda perubahan dalam hidup mereka.
Persoalannya, bolehkan program 2-3 hari dapat merubah peserta secara total? Sikap dan akhlak buruk seseorang yang telah diamalkan sejak sekian lama dalam hidupnya. Telah dilakukan setiap hari dan berulangkali. Apakah boleh dirubah dalam masa yang begitu singkat. Seorang anak yang tidak pernah solat atau culas solatnya, bolehkah dia istiqamah dengan solat selepas habis program? Seorang peserta perempuan yang tidak bertudung, bolehkan selepas habis program dia bertudung? Seorang anak yang merokok, bolehkah selepas habis program dia berhenti merokok? Bolehkah semua perubahan ini berlaku secara drastik?
Jawapannya secara adil, Ya. Seseorang itu boleh diubah tidak dikira tempohnya. Jika hidayah Allah datang mengetuk pintu hatinya, yakin dan pasti dia akan berubah. Saidina Umar r.a. tidak memerlukan masa yang lama untuk menerima kemuliaan Islam. Seusai bacaan surah Taha dari kekandanya, Hafsah, Umar r.a. terpaku dan terarah kepada hidayah Allah s.a.w. . Tugas memberi hidayah ini Allah. Tugas mencari dan melakukan pencerahan kepada peserta ialah kita, ibu, ayah, guru dan masyarakat. Mungkin tugas ini mengambil masa yang singkat. Mungkin juga mengambil masa yang lama bergantung kepada penerimaan seseorang itu berdasarkan tahap pemikiran dan imannya, serta situasi persekitaran hidupnya dan juga siapakah insan di sekelilingnya.
Sejarah mencatatkan Abu Sufian lewat menerima Islam walau pun mengalirnya dakwah Rasulullah di segenap inci bumi Makkah dan Madinah.
Berbalik kepada persoalan penerimaan peserta terhadap input dan pengajaran sepanjang mengikuti kem motivasi , kita akan melihat beberapa situasi berikut :
- Peserta yang pulang dan berubah secara total
- Peserta yang pulang dengan perubahan yang sementara
- Peserta yang pulang tanpa sebarang perubahan langsung. Sama seperti keadaan mula-mula mengikuti kem.
Di manakah kategori anak-anak anda? Atau para pelajar anda?
Apa fungsi kem motivasi? Pada saya kursus motivasi ialah suatu persinggahan untuk para peserta memahami persoalan mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dan juga bagaimana untuk mereka melakukan sesuatu. Contohnya mengapa mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan bagaimana mereka ingin mempraktikkan teknik belajar bersungguh sungguh. Atau persoalan mengapa mereka perlu mentaati ibu bapa dan bagaimana cara untuk mentaati ibu bapa. Atau persoalan mengapa mereka perlu menjadi remaja yang beragama dan bagaimana untuk menjadi remaja yang beragama.
Jadi, kem motivasi memberikan pencerahan kepada peserta tentang matlamat atau menjawab persoalan mengapa sesuatu itu perlu dilakukan. Kemudian diberikan teknik berkesan bagaimana melakukannya.
Kita pernah mendengar ungkapan " Tidak penting anda melakukan sesuatu, yang penting mengapa dan bagaimana anda melakukannya"
Atau ungkapan ini " Kita boleh membawa seekor kuda ke tebing sungai, namun kita tidak boleh memaksanya minum air"
Apa yang membentuk peribadi anak-anak kita selama ini? Kalau kita melihat seorang pelajar yang baik akhlaknya, hebat amal ibadahnya, cemerlang keputusan akademiknya. Sudah pasti kita akan lihat 3 faktor utama resepi kejayaanya iaitu persekitarannya, ibu bapanya dan rakan-rakannya. Persekitaran hidupnya yang dikelilingi dengan nilai-nilai yang baik hasil cerapan dari ibu bapa yang mempamerkan nilai kemanusian yang luhur dan ikhlas serta pengaruh rakan-rakan yang baik menjawab persoalan siapakah dia sekarang. Begitu juga dengan situasi seorang pelajar yang buruk akhlaknya. Sudah pasti 3 faktor tadi mengalami masalah dari aspek ekologi pendidikan hidupnya.
Justeru, apa perlu kita lakukan? Walau siapa kita, apa status dan taraf hidup kita, untuk memastikan anak-anak peserta mempunyai jangka hayat kesedaran yang berpanjangan sebaik sahaja pulang dari mana-mana kem motivasi sekali pun, ini cadangan saya :
Sri Damansara. 1.47am

- Nyatakan pada mereka bahawa mereka insan yang baru. Kita juga akan sama berubah seperti mereka sekiranyanya situasi kita sama macam mereka.Biar anak-anak tidak merasakan beban melakukan agenda perubahan kerana ramai-ramai akan melakukannya. Kalau ingin anak lazimi solat, kita juga lazimi solat. Ingin anak belajar berkesan, beri ruang belajar kepadanya. Luangkan masa efektif bersama.
- Kalau inginkan anak-anak mempunyai nilai-nilai yang baik, kita sebagai ibu bapa atau penjaga mesti berusaha menutup segala ruang dan pintu-pintu yang boleh membawa mereka kepada kerosakan. Pastikan dan awasi siapakah rakan mereka, ke manakah mereka selalu pergi, apakah kandungan web yang mereka lawati, apakah kandungan sms mereka, apakah bahan bacaan mereka. Lakukan dengan penuh strategi agar mereka tidak merasa terkongkong.
- Sentiasa berpesan apa kehendak kita. Berikan sentuhan kasih sayang sebagai seorang ibu dan ayah. Pamerkan yang kita seorang yang sabar, boleh dibuat kawan dan teman. Bukannya menjadi seperti radio buruk yang sukar dicari siarannya, tidak difahami suaranya dan sukar pula ditutup.
- Sentiasa berbincang suami isteri tentang perkembangan anak-anak. Hubungi guru mereka di sekolah dan berbincang. Boleh juga hubungi mana-mana pakar rujuk berkaitan untuk berkongsi pandangan. Libatkan diri dalam aktiviti mereka di sekolah jika diperlukan.
- Berdoa kepada tuhan. Tiada doa yang tidak diterima, tiada dosa yang tidak diampunkan dengan syarat, BERDOA.
Sri Damansara. 1.47am
No comments:
Post a Comment