2 April 2011
130 Pelajar PMR SMK Dato Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan
Saya memulakan perjalanan seawal jam 5.45 pagi dari Damansara menuju ke Gemencheh untuk bersama 130 adik-adik PMR. Seusai solat Subuh di Hentian Penchala Link, perjalanan diteruskan dengan pemanduan sederhana. Melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Seremban akhirnya melalui exit tol Simpang Ampat. Saya bersama Ustaz Eddy melalui jalan kampung yang begitu indah dan mendamaikan hati. Sepanjang jalan menghijau rimbun dengan pepohon getah diselangi pohon buahan seperti durian yang baru mengeluarkan bunga putiknya lantas mengingatkan saya pada kampung halaman di Perlis.
8.30 pagi kami tiba di perkarangan Dewan Makan asrama sekolah. Hari ini saya mengendalikan 3 slot utama iaitu Membentuk Matlamat Diri, Jom Hebat dan Relung Hati Anak Soleh. Saya juga membuat sedikit pencerahan berkaitan Teknik Belajar sebagai panduan untuk para peserta memperkemaskini persiapan mereka menghadapi PMR 2011.
Aksi pelajar dalam slot mencari kawan...
Ternyata adik-adik PMR SMK Dato Mohd Taha begitu responsif, aktif dan komited sepanjang program. Terima kasih juga kepada Ustazah Nora, Ustaz Shahnun, Ustaz Zamsul dan semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sekalung budi setulus hati di atas layanan terbaik yang kami terima sepanjang bertamu di SMK Dato Mohd Taha.
Sekolah yang mendamaikan..pelajar yang menyenangkan..guru yang penyayang..terima kasih daun keladi..
Sri Damansara :: 10.00pm :: 2 April 2011
No comments:
Post a Comment