Tarikh : 3 April 2011
Tempat : SK Pandamaran Jaya, Pandamaran, Selangor
Kehadiran : Pelajar SPM dan ibu bapa yang terlibat dengan PTRS
Selepas kali pertama berpeluang bersama ibu bapa bakal calon UPSR 2011 di SK Pandamaran Jaya, saya sekali lagi bertamu di sekolah yang sama.
Kali ini bersama pelajar SPM 2011 dan ibu bapa mereka yang terlibat dalam Projek Tuisyen Rakyat Selangor. Subjeknya, motivasi persiapan pelajar dalam menghadapi SPM. Untuk ibu bapa yang hadir pula, fokusnya adalah berkaitan dengan sistem sokongan yang perlu mereka hidupkan sebagai pencetus semangat anak-anak.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat penting. Laluan pendidikan seseorang dibentuk hasil keputusan SPM. Bahkan laluan kerjayanya pada masa depan. Berikut adalah isi penting sesi pencerahan saya :
Ibu bapa
- Sentiasa sebutkan harapan kita kepada anak-anak yang bakal menghadapi SPM. Biar mereka sedar bahawa mereka sentiasa mendapat kredit penuh daripada ibu bapa. Jangan biar mereka keseorangan dalam ujian penting ini.
- Wujudkan sistem sokongan untuk anak-anak.Saya juga berkongsi teknik belajar kreatif bersama ibu bapa agar mereka dapat membantu memperkemaskan lagi persiapan anak-anak dalam menghadapi SPM 2011
- Doa yang tidak putus adalah senjata berharga setelah pelajar berusaha bersungguh-sungguh.
- Saya juga nyatakan kepada ibu bapa, jika pelajar gagal mencapai keputusan cemerlang setelah gigih berusaha, terimalah keputusan dengan hati terbuka. Tetap beri sokongan kepada mereka.
Di akhir program, saya meminta semua pelajar SPM bangun untuk memohon restu dari ibu bapa mereka. Sesi memohon restu ini sangat kritikal. Ada pelajar tidak pernah memohon restu dari ibu bapa mereka. Sebabnya, malu. Kenapa berasa malu? Kerana tidak biasa melakukannya.
" Mak, ayah, along nak ambil SPM tahun nie. Tolong doakan along. Restu along. Maafkan segala dosa along"
Pernahkan adik-adik atau ibu ayah saling mengucapkannya? Ayat tidak perlu sama dengan contoh di atas. Biar maksudnya sama walau struktur ayat berbeza.
Bagi yang belum pernah mengucapkannya, cubalah hari ini. Anda akan merasai nafas baru dalam mengeratkan hubungan bersama ibu bapa dan anak-anak.
Sekalung budi kepada En Suhaimi, Penyelaras N46 Dun Pelabuhan Klang,Cik Nurul Ima dari SUK Selangor & En Hadi kerana sudi menjemput saya . Alhamdulillah, saya dijemput sekali lagi untuk bersama 2000 pelajar SPM seluruh Selangor dalam pelancaran Projek TUisyen Rakyat Selangor peringkat Negeri yang akan disempurnakan oleh YBhg Menteri Besar Selangor di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam pada 24 April ini.
Untuk semua adik-adik, berjuanglah untuk SPM..
"Success is a journey, not a destination"
Pelajar bersama ibu dalam sesi memohon restu
En Suhaimi memberikan ucapan perasmian
Merenung diri sebelum majlis memohon restu...
No comments:
Post a Comment