Friday, March 16, 2012

Terbatasnya Masa

Dhaka, Bangladesh - 2009


" Ustaz, bila boleh dapatkan jadual baru kem anak soleh cuti sekolah Mac ini?"


" Ustaz, cuti sekolah nie ada summercamp tak? Nak daftar anak dan kawan dia".


" Ustaz, bila nak update  tentang jadual kursus?

Pertanyaan ini hadir dalam kotak email dan khidmat pesanan ringkas (sms) saya. Diselang selikan dengan panggilan telefon.

Saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati menerima pertanyaan dan maklum balas dari para ibu bapa. Cuti sekolah Mac ini berlalu tanpa sebarang kursus motivasi atau kem anak soleh dari CSQ. Ramai ibu bapa bertanya. Dari Sungai Buloh, Shah Alam, Rawang, Subang Jaya dan pelbagai tempat lagi. Bahkan Johor dan Terengganu pun ada.

Saya memohon maaf atas kekurangan masa dalam merancang jadual kursus cuti sekolah sesi Mac 2012. Tidaklah sesibuk mana. Tetapi masa terhad dengan pertembungan jadual kursus haji di masjid menyebabkan dewan tidak dapat digunakan untuk kursus. Jadual kursus haji dilaksanakan di kebanyakan masjid tamat pada awal Jun 2012. Agak berat hati untuk memaklumkan kepada ibu bapa yang telah booking tempat sejak bulan Disember 2011 lagi sebaik tamat Kem Anak Soleh 2011  lepas.

Insya Allah, jadual Program Motivasi Anak Soleh pada cuti sekolah Mei 2012 akan di update lebih awal. 

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang prihatin.

Insya Allah kita bertemu dalam siri Summercamp Anak Soleh cuti sekolah Mei-Jun 2012.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...