Monday, September 17, 2012

Pendaftaran Kem Motivasi Cuti Sekolah Nov-Dis 2012 Kini Dibuka!


Pendaftaran Kem Motivasi Cuti Sekolah November-Disember 2012 Kini Dibuka!



Rasulullah s.a.w bersabda : 
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
“Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat” (HR. Al-Bukhari).
“Perintahkanlah anak-anakmu menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun (Jika mereka meninggalkan solat)” 
(Sahih Sahihil Jami’ karya Al-Albani).

Selamat datang kepada ibu bapa dan pengunjung blog kemsupermuslim.blogspot.com. CSQ Training & Consultancy mengalu-alukan penyertaan anak-anak anda dalam Kem Motivasi Cuti Sekolah ( Kem Super Muslim 2012) yang terbaiksantaimenyeronokkan dan yang pastinya membina kesedaran untuk menjadi seorang super muslim.
Berikut adalah jadual siri jelajah SummerCamp CSQ bagi cuti sekolah 2012 ini : 






Kenapa CSQ Training & Consultancy memilih masjid sebagai lokasi?

Sesi 2012 merupakan tahun ketujuh pihak kami mengadakan kursus motivasi remaja dengan menggunakan masjid sebagai lokasi atas sebab berikut :
  1. Mendekat dan membiasakan anak-anak dengan masjid serta memberikan pengalaman baru untukbermalam di masjid serta pada masa yang sama mengikuti sesi motivasi yang ceria
  2. Tahap keselamatan yang baik berbanding kursus motivasi di kem @ resort
  3. Yuran peserta yang lebih murah dan berpatutan
Objektif SummerCamp SuperMuslim 2012 : 
  1. Membentuk matlamat (mindset) untuk berjaya dalam diri pelajar
  2. Menyerlah potensi akhlak mulia dalam diri peserta
  3. Merangsang semangat dan motivasi diri
  4.  Membentuk komunikasi yang baik antara anak dan ibu bapa
  5. Merangsang minat & semangat belajar melalui matlamat danstrategi yang betul
  6. Membina semangat dan jati diri menjadi remaja terbaik dalam segenap bidang
  7. Memahami konsep akhlak dan attitude dalam kehidupan sebagai pelajar
  8. Membina kefahaman asas fardhu ain berkaitan wudhu, solat & al quran
  9. Memahami konsep asas islam berkaitan aurat & pergaulan lelaki perempuan

Aturcara Kem SummerCamp SuperMuslim 2012 :
(Sila klik 2 kali pada paparan untuk imej lebih jelas) 



CARA PENDAFTARAN & PEMBAYARAN KEM MOTIVASI SUPER MUSLIM 2012

YURAN PENYERTAAN
RM150.00 merangkumi makan minum & penginapan 3 hari 2 malam, fail & bahan kursus, penceramah & fasilitator beserta sijil penyertaan

Untuk mendaftar, sila hubungi urusetia pendaftaran SummerCamp Motivasi Super Muslim 2012

ANDA JUGA BOLEH CETAK BORANG DI BAWAH DAN FAKS KEPADA 
03 6205 2554  (Sila klik pada imej untuk besarkan)







Sila maklumkan kepada kami sebaik sahaja pembayaran dibuat. Slip pembayaran boleh dihantar melalui faks 03 6205 2554 atau email ke csq_training@yahoo.com atau serahkan pada hari pendaftaran.


KEPERLUAN PESERTA PADA HARI KURSUS

Peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih. Berikut adalah keperluan peserta pada hari kursus : 

  1. Peserta lelaki ( Baju t-shirt berkolar, baju melayu bersongkok@kopiah, seluar sukan, )
  2. Peserta perempuan ( Baju t-shirt lengan panjang, seluar sukan, telekung solat)
  3. Alatan mandi, bantal, selimut, sleeping bag ( jika perlu)
  4. Ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu. (Sila maklumkan jika peserta mengalami alahan atau perlukan perhatian khas)
  5. Antara yang tidak perlu dibawa ialah kasut sukan,barang kemas dan barang berhargaTelefon bimbitakan disimpan oleh urusetia sepanjang kursus. Ibu bapa boleh menghubungi urusetia sekiranya ingin bercakap dengan peserta. 


PERUNDING MOTIVASI & JURULATIH UTAMA KURSUS



CSQ Training & Consultancy dibarisi Perunding & Jurulatih berwibawa untuk mengendalikan peserta sepanjang 3 hari 2 malam SummerCamp Motivasi Super Muslim berlangsung.

Berdiri dari kiri 

  • Saudara Mohd Shauqie Azmi (Jurulatih Pemb. Karakter CSQ), 
  • Ustaz Luqman Hakim Ghazali        ( Perunding Motivasi CSQ), 
  • Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ( Perunding Motivasi CSQ) dan 
  • Saudara Hasanuddin Haron(Jurulatih Kecerdasan Emosi CSQ)

BARISAN FASILITATOR CSQ TRAINING YANG CERIA & TERLATIH




CSQ Training & Consultancy menggunakan tenaga fasilitator yang telah mengikuti induksi dan siri latihanfasilitator secara intensif. Antara fasilitator yang terlibat ialah mahasiswa tahun akhir dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Insaniah, Kolej Universiti Islam Selangor dan Universiti Putra Malaysia.



Justeru, CSQ Training & Consultancy berbesar hati menjemput semua ibu bapa untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda dengan menyertai SummerCamp SuperMuslim 2012. 

Insya Allah, semoga usaha kita melahirkan generasi anak-anak soleh akan terlaksana dengan sedikit usaha ini.

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Salam hormat

CSQ Training & Consultancy
Let Us Show You The Way

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...