Wednesday, January 16, 2013

CSQ Training Centre di MRSM Pontian, MRSM Alor Gajah & MRSM Mersing


CSQ Training bersama MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah & MRSM Pontian

Jelajah CSQ di 3 buah MRSM pada awal Januari 2013

Alhamdulillah, CSQ Training Centre berpeluang menjelajah 3 buah MRSM Zon Selatan pada awal Januari 2013. Tirai Januari dibuka dengan bersua muka bersama adik-adik dari MRSM Pontian, MRSM Mersing dan MRSM Alor Gajah.

3 subjek utama yang telah kami kongsikan bersama peserta dalam siri jelajah kami iaitu : 
  1. Pembentukan ilmu ( Building knowledge)
  2. Pembinaan kemahiran ( Developing skills)
  3. Perubahan sikap (Changing attitude)

Mudah -mudahan kami berjaya membantu pihak MRSM mencapai sasaran mereka. Terima kasih kepada Kaunselor dan guru-guru terlibat yang turut serta dalam setiap aktiviti demi memastikan peserta menerima pengisian dan melaksanakan aktiviti dengan sempurna.


CSQ Training Centre bersama MRSM Mersing
Kursus Teambuilding Kepimpinan Pelajar
(BWP, LDP, ALK, PSP & BADAR MRSM Mersing)
Tarikh : 4-6 Januari 2013
Peserta : 104 orang
Tempat : Kem Kota Minda, Kota Tinggi, Johor

Fokus Kursus Teambuilding Kepimpinan
  • Membentuk karakter super leader
  • Membina satu pasukan kepimpinan MRSM yang bersatu padu dalam gerakerja
  • Mendedahkan kemahiran asas sebagai kepimpinan pelajar
  • Membentuk keyakinan dan motivasi diri sebagai pemimpin masa hadapan

Bergambar kenangan bersama peserta lelaki dan perempuan Kepimpinan MRSM Mersing 2013

Bersama peserta perempuan serta barisan Smart Team yang dilantik

Dalam sesi Solo Drop untuk membina keyakinan diri peserta

Antara aktiviti dalam Explorasi Kepimpinan Mersing

Check point MasterChef MRSM

Tekun dan bersedia mendengar arahan. "A good leader must be a good follower"


CSQ Training Centre bersama MRSM Pontian
Kursus Orientasi Pelajar Super
Tarikh : 2-4 Januari 2013
Peserta : 148 orang pelajar PMR 2013
Tempat : MRSM Pontian

Fokus Kursus Orientasi Pelajar Super
  • Membentuk mind-setting kejayaan untuk melonjakkan prestasi MRSM
  • Mendedahkan kemahiran-kemahiran asas untuk mencapai kecemerlangan
  • Membentuk akhlak dan sikap yang betul dalam kehidupan remaja
  • Membina motivasi diri untuk berjaya dalam akademik dan pencapaian kokurikulum


Pelajar PMR MRSM Pontian 2013 bersedia untuk berjaya

8A sasaran kami

Modul "Solatlah di Mana mana"

Dalam sesi perpisahan bersama peserta PMR MRSM Pontian 2013


CSQ Training Centre bersama MRSM Alor Gajah, Melaka
Kursus Jati Diri Super Pelajar SPM 2013
Tarikh : 3 Januari 2013
Peserta : 180 orang pelajar SPM2013
Tempat : MRSM Alor Gajah
Fokus Kursus Orientasi Pelajar Super
  • Membentuk mind-setting kejayaan untuk melonjakkan prestasi MRSM
  • Mendedahkan kemahiran-kemahiran asas untuk mencapai kecemerlangan
  • Membentuk akhlak dan sikap yang betul dalam kehidupan remaja
  • Membina motivasi diri untuk berjaya dalam akademik dan pencapaian kokurikulum


Dalam modul Pesawat Kejayaan

Sesi Ice Breaking

Peserta SPM MRSM Alor Gajah 2013 yang ceria

Perbincangan tentang gejala sosial


Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Mudah mudahan adik-adik peserta berjaya mencapai target kejayaan masing masing. Kami di CSQ Training Centre sentiasa mendoakan kecemerlangan dan kebaikan untuk semua.

"Perfect is you do the best"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...