Friday, September 9, 2011

Kem Cemerlang SPM 2012 di MRSM Kuala Kubu Baru

 Program Kecemerlangan SPM 2012
19-21 Ogos 2011
MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor
Penyertaan 146 peserta tingkatan 4 (SPM 2012)


Alhamdulillah,  CSQ Training berbesar hati dapat berkunjung berkongsi ilmu dengan adik-adik peserta tingkatan 4 MRSM KKB. Kami dijemput oleh Puan Siti Hajar selaku Penolong Pengetua MRSM KKB untuk memberikan pencerahan matlamat dan membentuk sikap dalam mencapai kejayaan. Walau pun sasarannya SPM 2012, namun perencanaan program ini bagi saya amat baik untuk mengolah sikap dan semangat lebih awal untuk adik-adik peserta menghadapi SPM pada 2012 nanti.


 Antara susunan fail terbaik..

 Fail tersusun kerjasama diadun...

 Antara wajah ceria pelajar cemerlang SPM 2012....


 Sesi lantikan kepimpinan SmartLeaders...


 Program diselangi zikir munajat....

 Mengisi masa sebelum Zohor dengan tadarus al Quran

 Tadarus Al quran mengambil keberkatan Ramadhan...

Slot bersama Imam Muda Azhar (Hos Jemputan Umrah Astro Oasis)

Alhamdulillah, keletihan mengharungi lapar dahaga ramadhan tidak menjangkiti semangat peserta yang sentiasa memberikan respons terbaik dalam setiap aktiviti yang kami laksanakan. Ditambah dengan kehadiran Imam Muda Azhar mengisi slot Kecemerlangan Diri Sempena Ramadhan menambah keterujaan peserta untuk menjadi remaja yang terbaik.

Sekalung budi setuls hati kepada semua yang terlibat. Guru-guru MRSM KKB khususnya Puan Siti Hajar, Ust Hafizuddin dan Cikgu Mie yang banyak membantu kami. Juga kepada semua sahabat seperjuangan CSQ Training yang sama-sama tidak tidur lena memikirkan formula terbaik untuk menambahkan lagi resepi kejayaan dalam program ini.

"When You Do The Best, That Is The Perfect, So, Do The Best You Can!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...