Kata pujangga :
"Kita boleh membawa seekor kuda ke tebing sungai tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk meminum air"
Setiap kali musim cuti sekolah, sudah pasti kem-kem motivasi banyak dianjurkan. Pihak kerajaan melalui agensi berkaitan akan merancang program pembangunan pelajar sama ada dilakukan sendiri atau memilih mana-mana konsultan atau perunding yang sesuai. Atau memilih tokoh dan selebriti motivasi yang sering muncul di kaca televisyen untuk memberikan motivasi kepada masyarakat.
Tidak kurang juga masjid-masjid, jawatankuasa surau atau taman perumahan juga turut terlibat dalam memeriahkan suasana cuti sekolah dengan kem-kem motivasi. Dana dicari dan dipohon, jawatankuasa dibentuk, perunding dilantik dan hebahan mula dilakukan.
Termasuk juga agensi swasta dan korporat melalui Unit Latihan atau Badan Kebajikan atau juga Jawatankuasa Surau juga menyusun program yang sama untuk anak-anak kakitangan dan ahli persatuan.
Ibu bapa juga sudah mula mengintai apakah program yang sesuai untuk anak mereka ketika musim cuti sekolah. Ada yang memilih program outdoor base dan tidak kurang juga yang memilih indoor base. Jari mula menekan papan kekunci melayari internet mencari konsultan yang sesuai. Analisis peribadi terhadap pengisian, karisma konsultan di samping bajet yang sesuai dengan kemampuan diri dilakukan. Ada yang melihat kepada siapakah yang akan memberikan motivasi dalam program yang bakal disertai dan tidak kurang juga yang tak kisah siapa tokohnya asalkan modul dan pengisiannya difikirkan sesuai maka, itulah pilihan mereka. Ada juga yang memilih pengisian tahfiz sebagai ruang pengisian baru untuk anak-anak.
Bagi konsultan pula, cuti sekolah adalah masa sesuai untuk menyusun strategi pemasaran. Program motivasi khas dirancang dengan pelbagai modul yang bersesuaian. Biasanya cuti sekolah hujung tahun banyak menanggapi aspek pembentukan diri pelajar serta bagaimana memaksimumkan penggunaan masa. Isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan diri dan watak seorang anak soleh pelajar cemerlang digubal dan disusun dalam bentuk modul agar mencapai keberkesanan maksima.
Apakah suasana ini wujud atas keperluan atau suasana?
"Dah nak dekat cuti sekolah nie, takkan masjid kita tak buat program motivasi kot?" Tanya seorang setiausaha masjid kepada nazirnya.
"Abang, dah cari ke summercamp untuk along cuti sekolah nie ?" Tanya seorang isteri kepada suaminya.
"Along, sebab along buat masalah, cuti nie ayah hantar along ke kem motivasi". Tegas kata ayah menerpa ke telinga Syafiq.
"Persatuan kita asyik buat lawatan saja. Cuba tahun nie kita try buat kem motivasi untuk anak-anak kakitangan sekali. Taklah susah-susah nak hantar kat luar". Komen seorang ahli persatuan dlam ruangan chatbox persatuannya
Apakah wujud trend atas keperluan? Seperti wujudnya iklan motor pancit di bahu jalan, jambatan dan tembok kerana wujudnya penunggang motosikal yang mengalami tayar pancit. Atau wujudnya tudung atas jenama artis tertentu yang laris di pasaran atau pun kerana perlunya seseorang perempuan itu menutup auratnya.
Oleh kerana setiap ibu bapa sekarang bekerja, maka perlulah mereka menghantar anak-anak kecil ke pusat asuhan kanak-kanak. Maka menjadi trend pula bagi kewujudan pusat asuhan kanak-kanak sama ada berdaftar atau pun tidak.
Ada trend yang wujud kerana keperluan dan ada trend yang wujud tanpa keperluan. Hanya kerana trend itu sendiri sahaja.

Kini berlaku lambakan cerita dan filem hantu di pasaran. Trend menerbitkan filem genre seram ini semakin menjadi-jadi selepas kerajaan nampaknya seperti melonggarkan syarat atau membiarkan sahaja. Saya masih ingat dulu filem fantasia arahan Aziz M. Osman diharamkan kerana mengandungi unsur tahyul dan khurafat. Sekarang trend filem hantu kembali. Cukup dengan adanya watak seorang ustaz yang membacakan ayat al quran atau pun di akhir tayangan disiarkan ayat al quran yang menyuruh kita hanya takut kepada Allah s.w.t. Itu sudah dikira memadai untuk meneutralkan kembali plot asal cerita seram yang menunjukkan hantu boleh membunuh manusia dan ramai manusia takut hantu.
Jadi, filem genre hantu ini trend atau keperluan?
Kini, boleh dikatakan hampir semua orang ada akaun facebook. Malaysia menduduki carta 20 negara tertinggi menggunakan facebook iaitu pada kedudukan ke-16 di belakang Australia. Hampir 8 juta penduduk Malaysia menggunakan facebook. Rutin harian kita bertambah dengan adanya facebook. Suri rumah terpaksa ingat apa yang dilakukan hari ini, apa yang dimasak, apa keletah anak-anak dan segalanya. Untuk dikongsi dalam facebook. Jika mendapat like sudah memadai apatah lagi diberikan komen yang memuji, maka semangat untuk berfacebook esoknya lebih tinggi.
Jadi, facebook ini trend atau keperluan?
Bagaimana dengan kem motivasi.? .Sudah pasti berlaku hukum penawaran dan permintaan. Ianya wujud atas keperluan kedua-dua pihak sama ada ibu bapa atau konsultan perunding. Dalam sesetengah keadaan, ibu bapa merasakan perlunya pihak ketiga (third party) selain dari guru sekolah untuk memberitahu kepada anak mereka bahawa menghormati ibu bapa itu wajib dan perlu. Mengurus masa dan menghormati orang lain adalah prinsip hidup fundamental seorang remaja muslim. Tentunya perkara ini dipelajari di sekolah. Namun, kem motivasi mungkin memberikan nilai tambah dan pelengkap (compliment) ke arah tujuan tersebut.
Program pembangunan diri, kem motivasi atau atas apa jua namanya sudah pasti menekankan aspek pembentukan diri seseorang insan. Dalam program seperti ini, peserta diberikan idea, hujah dan fakta, cerita-cerita motivasi dan pengajaran melalui penceritaan, audio visual serta melakukannya sendiri melalui modul-modul yang disusun .Merekalah yang akan memilih untuk berubah atau melakukan pencerahan diri. Pilihan di tangan peserta. Dayung berada dalam genggaman, hanya menunggu hayunan ke dalam air untuk bergerak. Cara dayungan sudah diajar, kini tinggal satu sahaja iaitu...dayunglah ke destinasi...
No comments:
Post a Comment